Monday, December 3, 2007

Kau Kata Cinta, Tapi Madahmu Berdusta...

Ibarat berkecai alam semesta
Terapung tenggelam entah kemana arah
Tika dikau berbisik ku hiba
Bagai tujuh lautan kekontangan
Dedaun berguguran seakan berputus asa
Kala dikau melangkah pergi

Bukan ini yang ku pinta
Tidak mungkin ini akhirnya
Kerna ku masih genggam sumpah setia
Kata cinta kau lafaskan
Janji manis mengagungkan kasihmu
Madah dusta menghancur jiwaku nan lara
Adakah sebenarnya ini cuma permainan cinta hampa
Tidakkah kau merasa derita

-cDapee-

Selamat Pengantin Baru Linda...

Tanggal 23 November 2007 yang lepas, bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia iaitu penghulu segala hari... Selepas solat Asar dengan hanya 2 kali lafaz, Linda telah sah dinikahkan. Alhamdulillah... Akhirnya Linda sah menjadi isteri kepada hubby, Hairy.

Selamat Penganting Baru buat Linda dan Hairy, semoga berkekalan hendaknya sehingga ke anak cucu... cD merupakan tulang belakang untuk majlis kawen nie, huhuhuh... gigih nie datang dari KL ke Kodiang, Kedah semata-mata nak memeriahkan majlis.. Sanggup amek cuti, ye la "Ma Best Friend Wedding".. Kebiasaannya cD jarang turun padang untuk majlis-majlis kawen nie, bukan x suka bermasyarakat... cuma segan nak bercampur... huhuhu matilah kekwat. Last meringankan tulang temulang nie masa majlis kawen Akak september 2004. Antara majlis yang cD terlibat adalah majlis kawen Along, Angah, Kak Anum n Majlis kawen Linda nie merupakan yang paling latest ler..
Bukan cakap kosong jer ehhh, tuk majlis nie cD ade gak ler sumbangkan tenaga sket tuk wat sirih junjung pihak lelaki n pompuan skali.. kelas 2 dalam 1... Sirih junjung urban lagi.. x guna konsep tradisi langsung.. Matilah menghancurkan tradisi orang melayu.. Tapi jangan x tau, ramai yang memperkatakan tentang konsep sirih junjung tu.. Glamer la plak.. huhuhu.
Satu lagi baju gaun putih untuk majlis potong kek malam tu juga adalah pilihan cD... chantek x?.. 1st time tengok teruja sangat.. bila cD cadangkan kat Linda dia pun setuju.. so pe lagi sambar jer laaaa.. harganya??
Secara x sengaja cD juga telah menjadi jurugambar x rasmi untuk majlis nie.. kekekeke, sumer pic nie adelah koleksi cD sendiri.. Matilah banyak pose-pose brani mati yang cD arahkan, tapi x leh la ditayangkan kat sini.. Bukan tontonan Umum katenya...


-cDapee-

Sunday, December 2, 2007

Pengorbanan Itu Milikku...

Semalam adalah kenangan,
Hari ini merupakan kenyataan,
Bagaimana dengan esok? Adakah esok merupakan harapan?
Atau mungkin esok juga merupakan kenyataan yang akan terus menjadi kenangan...

Semalam cD pernah bahagia
Semalam juga cD riang tertawa
Semalam penuh dengan riak gembira

Kini...
cD seakan kecewa
Hati cD terguris terluka
Hari ini penuh dengan duka sengsara

Esok pula bagaimana?
Akankah cD kecapi bahagia, masih riang tertawa dan terus bergembira?
Atau mungkinkah esok cD masih lagi kecewa, terusan terguris terluka dan menangis kerana duka sengsara?

Demi Allah SWT...
Walaupun seketika, walaupun sekelip mata
cD x pernah leka, tidak juga pernah terlupa
Kamoolah satu-satunya
Permata yang terus bertahta
Buat semalam, hari ini, esok juga selamanya.

Ketahuilah olehmu sayangku,
Pengorbanan itu telah lama menjadi milikku.

-cDapee-