Tuesday, December 30, 2008

Gile, Meroyan @ Angau???

Hamek ko tajuk entri x hengat...

1st cD nak minta ampun dan maaf coz lama x update, errr perlu ke nak minta maaf bagai nie? huhuhu rasanya perlu, walaupun x ramai yang membaca blog nie tapi cD tau ada SR yang sentiasa mengikut dan membontoti jejak jejak cD... matilah membontot katanya.. Lebih seminggu lamanya cD x meninggalkan sebarang coretan buat kamoo semua, sejujurnya cD telah dijangkiti penyakit diatas tu.. Apakah?? Yaaa dalam seminggu lebih nie cD agak gile, terkadang meroyan dan bila difikir-fikir sindromnya lebih kepada Angau... Matilah... Apa semua nie? Ko ngape cD??

Kalau kamoo semua perasan, 2 minggu lepas entri cD berbaur jiwang kan... eeiiuuwww. Mulanya cD sendiri x perasan perubahan yang berlaku... tapi bila dah masuk minggu ke-2 seindromnya makin ketara eeiiiuuwwww ngape leh jadi gini? Bertahun cD meniti hari berhati-hati dengan harapan x jatuh lagi, tapi tanpa disedari cD terjelepok juga. awwwhhhh sakitnya. Arghhh mungkin ini mimpi, tapi mungkinkah cD bermimpi dalam celik begini? Mustahil... lantas hp dicapai, cD membaca kembali satu persatu pesanan ringkas yang telah dihantar, diulang ehh yang telah dihantar... maknanya cD yang hantar bukan terima. Antaranya..

09/12/08, 9:04pm
malam semakin kelam
bulan terusan menghilang
rindu teramat dalam
hanya pada ***** tersayang

18/12/08, 10.28pm
you never see the way i look into ur eyes...
you never realize the LOVE i feel inside...

gud bye n take care

22/12/08, 1:06am
entah....
terasa seakan mengganggu privacy org lain...
try untuk x jatuh lagi, tapi da terlambat
coz cD da terjatuh syg kat *****.
sori

Eeeeiiuuwwww... cam x caye cD boleh hantar sms berbaur gedik + lucah jiwang gini.. Matilah. Ermm cD x pasti tapi jelas sindrom nie makin hari makin kuat. Normal ke semua nie ehh? cD takot nak berdepan dengan semua nie, tapi memang jelas cD da jatuh jauh ke dalam nie.. Tolon tolon..

Pada ***** cD maksudkan tiap patah sms tu... (matilah, sempat lagi berdrama)

p/s: 143

-cD-

Monday, December 22, 2008

Maafkanlah...

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Ermmm peristiwa semalam seakan sukar untuk cD lupakan, berkali cD cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku.. tapi ternyata ianya sukar. Beberapa keping hati telah tercalar semalam, cD juga x terkecuali. Apa yang paling cD kesalkan ianya terjadi hanya kerana salah faham, dan cD mengaku cD yang patut dipersalahkan... Sebagai manusia alasan yang cukup sinonim adalah "x dapat lari dari membuat kesilapan" tapi kesilapan tersebut mampu dielak jika emosi tidak menguasai diri....

Pada kamoo... ya kamoo, cD mohon ampun dan maaf... Entahlah perasaan bersalah kian menebal dalam sanubari nie. x pernah cD alami situasi sebegini, walaupun singkat terlalu banyak yang telah kita kongsi bersama. cD terasa istimewa diperlakukan sebegitu, nyata insan yang lebih lama mengenali kamoo x miliki apa yang cD miliki. Terima kasih atas huluran yang luruh itu, nyata cD telah mencalitkan noda atas kealpaan diri sendiri.

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Semalaman cD memikirkan apa yang telah terjadi... Nyata segala kesalahan jatuh atas ubun2 cD, ketidaksabaran yang disirami emosi laknatullah telah mencetuskan kekusutan. Dinginnya menusuk ke kalbu dan menggigilkan tulang temulang. cD melirik kembali pada kiriman pesanan ringkas yang menjadi medan pertempuran kita semalam. Satu persatu cD amati... nyata beberapa ayat penting yang sepatutnya menjelaskan keadaan telah terlepas pandang. Sebetulnya keadaan tidak akan sekusut begini jika cD memahami makna yang ingin disampaikan... Entahlah, cD lemah dan tenggelam dalam pukulan emosi yang menggila. Mangsanya kita semua karam bersama. Maaf sekali lagi...

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...


cD sedar, keadaan x mampu kembali seperti sedia kala. Luka yang x terlihat oleh pandangan mata pasti mengalirkan darah yang x berwarna. cD yakin, coz cD pakar dalam kes-kes sebegini... tercalar dan robek sana sini amat sebati dengan insan bernama cD.. cD cuma berharap kejernihan kembali di muara pabila keruhnya dihanyutkan. Setiap titisan yang gugur semalam membuktikan kealpaan cD, dengan rendah diri cD menyesali atas apa yang berlaku, Maafkanlah...

p/s: terus melangkah, gagahi mencari arah.... Tuhan sinarilah kiblatku.

-cD-

You're The Reason I Believe In Love...

I do swear that I'll always be there...
I'd give anything and everything...
I will always care,
Through weakness and strength,
Happiness and sorrow,
For better for worse,
I will love you with every beat of my heart...

p/s: Matilah lagi... untuk makluman semua, cD akan bz sepanjang bulan n ujung tahun nie. Start 2nd January cD akan pulang ke HQ... Banyak benda yang perlu cD selesaikan sebelum meninggalkan Forestry buat selamanya...

-cD-

p/s: 143...

When I first saw you, I saw love...
And the first time you touched me, I felt love...
And after all this time,
You're still the one I love...

p/s: 143...

Matilah.... seminggu x update, tetiba pose-pose jiwang... Ko ngape?

-cD-

Thursday, December 11, 2008

Bila Dewa Dewi Bali Pose...

Hamek ko...

Title blog x menahan, Dewa Dewi Bali katanya... lebih hebat dari Diva ke? Akceli cD ngah selongkar pic-pic yang ada, pastu baru pasan ada pic yang x sempat cD nak publish ari tu... Maklumla keje banyak katanya, mana nak closing lagi tapi sempat layan blog kan...

Layan jer la ehhh, pic nie dirakam sewaktu cD ngan dak-dak mental menjamu selera @ santap kat Bora Ombak ari tu... Ingatkan dah publish semua, tup tup ade yang tersisa.. mrasa la pose-pose verangan semuanya. Ko mampu pose Dewa Dewi?



Ermmm bukan takat pose Dewa Dewi jer, salah seorang dari kami tetap tamau ngalah... tatap nak verangan Diva (Dewa + Dewi) kiranya dialah yang paling hebat antara kami semua... Nanges tau tengok pose dia. Time sesi Cover Girl ari tu pun dia yang paling menyerlah... ermm menyerlah or over? x kesah laaa yang penting dia tetap melert... tapi siapa dia ehhh??

Sape lagi.... Fasha laaa...

Ko mampu pose Ratu Gong??

p/s: Berlari mengejar pelangi walaupun sedar ku x punya banyak waktu...

-cD-

Wednesday, December 10, 2008

Matilah Sexy Katanya...

Tu diaaa...
Ucuk TAG lagi, TAG My collection of stuff pun cD x sempat nak buat dah kena TAG lagik... Ermm untuk x menghampakan Ucuk dan memenuhi permintaannya cD dengan rendah diri mempersembahkan... jeng jeng jeng.

Jom kita tengok arahannya dulu...
1. Snap OR post 3 pictures of yourself, that you think is sexy.
2. It doesn't have to be revealing or showing lots of skin...
3. Explain why you think each picture is sexy...
4. Tag 5 more friends!
5. Happy Sexy-ing!!!

Matilah nak pic sexy katanya... ermmm seb bek x perlu dedah-dedah dan menampakkan kulit yang berkurap tu, huhuhuuh (matilah kulit sape yang berkurap).. Ermm tapi kalau x dedah x ler sexy kan? oopsss jap nak selongkar pic lama-lama yang boleh dikategorikan "sexy" or "seksa"... Owhhh Ucuk guna pic zaman Myspace ehhh, jap.. jap.. rasanya cD ade pic kategori tu time zaman Myspace gak... huhuhuhu enjoy.

seksi ke? 25/09/2005

Ayoooo aurat 20/05/2006

ANTM sangat 20/05/06

Cene... sexy or seksa? huhuuh Ermmm nak kena explain ehh ngape cD rasa pic nie sexy? Ok sebab yang paling utama cD merasakan pic nie sexy coz "Mendedahkan Aurat"... Matilah tutup mata semua.... kekeke. Sebab ke-2 pula cD "Basah" time tu... ermmm faktor air mampu menjadikan seseorang itu seksi walaupun hakikatnya dia azab sangat... matilah kau... Sebab terakhir yang paling logik boleh cD huraikan ialah bila cD + air (basah) + aurat terdedah = "sexy"....

Ko mampu?? Matilah.... Tapi bila cD mendedahkan aurat 100% rasanya lebih teserlah ke"seksa"annya... kan kan kan....

pic cD yang paling "sexy" 14/05/2007

p/s: Peringatan... pic-pic tersebut dirakamkan diwaktu zaman kegemilangan cD... skang cD da low profile.. matilah aku...

-cD-

Tuesday, December 9, 2008

cD Mangsa "Qurban"...

cD tatau nak mulakan story dari mana... Semalam satu tragedi telah menimpa cD, kira musibah yang amat dasyat laaa.. waaaa tatau nak nanges or nak gelak guling-guling... Kesimpulannya cD nanges kejap pastu gelak bagai nak gile... matilah meroyan. Ermm nie kisah yang benar-benar terjadi pada cD, bukan rekaan dan x ade tokok tambah... semuanya real dan telah cD alami sendiri semalam...

Jeng jeng jeng...
Apakah yang telah terjadi? Dikala semua umat islam riang menyambut Aidil Adha cD plak murung dan suram cam kambing, lembu, kerbau dan unta yang bakal menjadi mangsa korban katanya... Matilah cD jadi mangsa korban ke? Musibah yang melanda cD nie boleh dikira sebagai balasan laaa.. Tu diaaa balasan katanya, apakah dosa cD sehingga diperlakukan sebegini... Time orang semua sebok menjalani ibadah "Qurban" cD lak sebok dan gigih ke OU untuk menonton movie... Hamek ko time lembu, kerbau, kambing dan unta meronta-ronta cD plak bersuka ria menonton movie... agaknye nie la penyebabnya kan, alpa sangat... Ya Allah ampunkan hambamu ini... waaaaaaaaaaa

Ishhh cam siyes je bunyinya kan... tapi apa sebenarnya yang berlaku? Kamoo semua pun tentu meronta-ronta cam mangsa korban kan... x sabar nak tau kisah sebetulnya kan.. huhuhuh ye la ye la cD teros ke pointnya... Musibah yang amat dasyat dan paling hebat pernah terjadi pada cD sepanjang hidup adalah kerana "Jatuh Terduduk & Digelakkan oleh Pak Guard"...

Waaaaaaaaa nanges, hanjeng tol la pak guard tu... bukan nak tolong digelakkan lagi, dan yang paling best 2 kali cD mengalami kejadian yang sama.... 1st masa nonton movie, cD nyaris tersungkur masa turun tangga nak cari tempat duduk.. mujurlah nyaris, kalau idak tatau ler satu pawagam gelakkan cD... Ingatkan malang cD berakhir disitu je, jangan mimpi ler coz musibah yang paling dasyat berlaku time cD g ATM Bank Islam kat Jalan Raja Laut, alaaaa kat sebelah KWSP tu.. Semalam kan satu hari hujan... apa la punya malang time jalan menuju ke ATM tu cD telah tergelicik dan jatuh terduduk... waaaaaaaaaa sakit tau bontot. Nasib la x ade orang, yang ada cuma pak guard sengal tu... Malu gile coz dia gelakkan cD, nanges lagi..

Selesai je urusan ngan ATM cD terus masuk kete dan gelak bagai nak gile... Khai ada sama, dia pun gelakkan cD... Hanjeng sangat... cD nanges dan gelak dalam masa yang sama... tobat Aidil Adha taun depan cD nak dok umah jer... waaaaaaaaaaa

p/s: len kali g tolong kerja-kerja "Qurban" bukan g nonton movie... matilah aku.

-cD-

"Entah"...

Nie le lirik yang terkesan dan berbekas dihati cD... Waaaaa nanges... "Entah" cD pun tatau kapan cD akan membuka pintu hati nie... cececece... Verangan.

Ku tahu kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu diriku tak pernah berpaling dari dirimu
Teganya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masihkah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapankah ku dapat membuka hati ini
Untuk mu..Oooo...

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Teganya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masihkah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapankah ku dapat membuka hati ini
Untuk mu.. Oooo...

Masihkah ada O ooo...
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masihkah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapankah ku dapat membuka hati ini
Untuk mu.. Oooo...

p/s: Kasih pandanglah ke mataku, jangan kau memaling wajahmu....

-cD-

Confession No.1...

Ermmm da lama cD nak publish entri nie, tapi masa x mengizinkan dan hari nie barulah berkesempatan... Kamoo kenal ngan Afgan? Errr sape Afgan nie?

Afgan Syah Reza dilahirkan di Jakarta, 27 Mei 1989 (19 tahun) adalah penyanyi Indonesia. Anak kedua dari empat bersaudara pasangan Lola Purnama dan Loyd Yahya ini merilis debut albumnya berjudul Confession No.1 di bulan Januari 2008. Album yang diisi dengan 13 lagu ini banyak dipengaruhi pop, soul, R&B, dan jazz. Tentu kamoo pernah dengar lagu "Terima Kasih Cinta" kan, single tersebut telah melayakkan Afgan menerima platinum. Nak tau lagi tentang Afgan, google sendiri...

Akceli... cD nie bukanlah fanatik sangat ngan lagu-lagu indon nie... Penyanyi Indon fav cD pun x ramai, tapi siyes Afgan telah mencuri hati cD... kekekek (hatiku dicuri katanya...) Ada satu lagu yang benar-benar berkesan dan berbekas di hati cD dalam album Confession No.1 nie, dengarkan trek no.4 "Entah"... Lirik dan melodinya terasa dekat, arghhhh nanges..

1. Tanpa Batas Waktu
2. Terima Kasih Cinta
3. Klise
4. Entah
5. Yang ku Tahu Cinta Itu Indah
6. Hanya Ada Satu
7. Betapa Aku Cinta Padamu
8. Sadis
9. Shanty Lussy
10. I.L.U
11.Hilang Rasa
12. Biru
13.My Confession

Kalau kamoo semua nak tau cD da ada full ablum "Confession No.1" nie + lagu Bonus "Padamu Ku Bersujud"... jangan jelez... dan seperti biasa sape-sape yang berminat bolehlah hubungi cD.. kekeke

p/s: Beli yang ori ehhh... tapi kalau nak pirate gak cari cD... matilah jadi lanun.

-cD-

Friday, December 5, 2008

Bila cD di"HANJENG"kan...

Apakah???

Sape plak la yang brani meng"HANJENG"kan anak pak Razak nie? huhuhhu gini kisahnya, time outstation ke Penang ari tu cD cuma bawa bag baju n bag laptop... biase la tu kan, tapi time balik ke KL jumlah bag bertambah... kekeke mau idaknya borong jeruk je 8 kilo, hamek ko...

Dipendekkan story, sesampai je KLIA (tuntutan bagasi) satu daripada bag cD x muncul-muncul... sudah bag cD ilang... waaaaaaa nanges, cD telah di"HANJENG"kan... ermm sebenarnya cD x kesah sangat, tapi sedih dan terkilan coz bag tu berat sangat.. penat tau mengusungnya.. Bag yang ilang tu adalah bag yang penuh muatan jeruk seberat 8 kilo katanya... huhuhuh

kat atas tu bag yang ilang.....

Keji sangat coz di"HANJENG"kan dengan bag yang penuh dengan muatan jeruk Penang katanya... Aloooo jeruk bukan sebarangan jeruk tau, ada salak madu 2 kilo, mangga kuning 1 1/2 kilo (1/2 kilo tu abg eQ punye), buah pala dan jeruk buah campur-campur... (berat gilew). Kecewa gak coz walaupun x de barangan yang berharga, tapi jeruk tu pesanan orang-orang KL... terkilan la dowang... Dengan berat kaki cD melangkah ke kaunter "lost n found" untuk membuat laporan... penat nie isi borang bagai, disoal selidik cam penjenayah... tup tup kuar satu statement:

"Nie ke bag Encik??"

Hanjeng.... kata ilang cene leh ade plak nie... sentap ok.. penat menunggu kat kaunter tuntutan bagasi, katanya dah transit ke Phuket bagai, tup tup ada... memang HANJENG.... (tapi sumer tu dalam hati jer laaa, gilew ko nak meroyan depan orang) sambil memanjatkan syukur kepada Allah SWT coz menemukan semula bag jeruk Penang cD... kekekek

pose dalam ERL.... penat sangat...

p/s: pernahkan kamoo di"HANJENG"kan sebegitu?

-cD-

Thursday, December 4, 2008

I'm Back!!!

Yey....

I'm Back... tapi banyak benda nak kena setelkan dulu, nanti bila da free sket cD akan citekan apa yang berlaku sepanjang berada di Penang.. Matilah orang Penang asyik banje makan je, semua makanan yang tahap kolestrolnye tinggi yaaa amat... Nasi kandar Subaidah, Nasi kandar Line Clear... ayoooo

Apa-apa pun yang paling utama, cD miss kamoo semua... Muahhh muahh kat pp

p/s: Masihkah ada cinta di hatiku untukmu?

-cD-

Monday, December 1, 2008

Penang...

Haloooooo

Just nak g tau, cD x dapat nak update blog cDapee.blogspot.com nie untuk beberapa hari. cD kena outstation ke Penang untuk pemantauan projek-projek LEVI. Ermm ingatkan taun nie boleh la goyang kaki n ngangkang jer kat opis nie, tup tup akhir taun kena plak wat pemantauan... Sentap...

Kamoo semua tentu nak tau projek LEVI nie apa kan? Ape kejadahnya LEVI tu... Keje cD sebenarnya bukan hanya di dalam pejabat sahaja, ada ketikanya Jabatan/Kementerian akan buat pemantauan dan cD akan di seret sama... matilah kena seret.. Akceli cD handle satu projek yang di beri nama Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Segala kos pembayaran projek dan proses pembayaran adalah dibawah tanggungjawab cD... Wooo cam berat je kan? kekeke..

Kali nie Penang adalah lokasi untuk pemantauan sempena penutup tahun 2008, matilah penutup katanya.... Flight cD kul 5.10 pm, bile-bila masa jer akan berlepas, kira-kira jam 6 kang cD akan menjejakkan kaki di Pulau Mutiara... Sonoknye...

p/s: Jangan noti-noti ehhh time cD x de nie... Daaaaa

-cD-

Friday, November 28, 2008

Baby Comey...

Khamis (8.10am)
27 November 2008
Hospital Selayang

Alhamdulillah... pada 27 November 2008, jam 8.10 am lahirlah seorang putera comey milik pasangan Noor Azlinda & Hairy... Inda nie opis mate cD, kira best friend cD kat opis nie laaa. Setelah 2 hari kena tahan kat wad, akhirnya Inda selamat melahirkan baby boy seberat 3.06kg. Comey sungguh baby nie, tengok ler pic2 yang sempat cD snap-snap nie..

Sebenarnya pic-pic nie cD amek secara seludup, matilah jadi lanun lagik... Alkisahnya begini, waktu melawat bermula jam 1 pm hingga 7 pm... semalam hujan lebat gilew-gilew, so cD sampai Hospital Selayang agak lewat... lepas kenen-kenan + gedik-gedik kat abang guard tu akhirnya cD dibenarkan masuk ( huhuhu power x cD ngayat?)

Walaupun Inda bersalin normal, tapi dia banyak tumpah darah... cian sangat, time cD datang dia nampak masih lemah lagi.. pe-pe pun Alhamdulillah, semuanya dah selamat... Tahniah buat Inda & Hairy atas kelahiran baby boy yang comey nie...

Comey kan.....



putih gebu sungguh, sesuci salju...



Papa contoh? ooppsss...



Tahniah... da jadi mak orang kan....

p/s: lahirmu kedunia adalah lambang cinta dan kasih sayang antara dua jiwa, moga hadirmu mengeratkan lagi ikatan ini, amin...

-cD-

Thursday, November 27, 2008

Cover Girl@Boy?...

Easy,
Breezy,
Beautiful,
Cover Girl... oopsss matilah ade Boy katanya.

Nie la padahnya kalau sindrom Diva sudah meresap jauh ke liang-liang nadi dan menjadi darah beku, oopssss mula la nak gedik-gedik x tentu pasal... Berikut adalah edisi Cover Girl (walaupoooooon ade Boy) @ Bora Ombak katanya... Matilah Tyra sujud sambil menitiskan air mata tengok pic nie.. Rasakan..

Kalau kamoo semua nak tengok bertapa "flawlessnya" kulit muka dak-dak mental nie, sila klik pic untuk besar... matilah korang... huhuhu (pecah pewot gelak sowang2 nie cam orang gilew.. tu le slalu sangat meroyan katanya...

Enjoy, Muahhh muahh kat pp.

chantek ke?

suke pic nie...

Nanges, Fasha over tau...

easy...


breezy...


beautiful...


cover girl @ boy....


pose Jaslene Gonzalez katanya...


Moncong x hengat...



p/s: Easy, Breezy, Beautiful Cover Girl... matilah walaupon ada Boy...

-cD-

Wednesday, November 26, 2008

Mangsa Kekejaman TAG...

Tu diaaa tajuk entri...

Ngapelah la cD selalu menjadi mangsa ehhh, kejam sungguh teman-temanku nie... kekeke sudah jangan nak berdrama swasta petang-petang nie. Ermm Bro Chime yang encem tu telah meng"TAG" cD lagi, memandangkan TAG nie senang cD buat la untuk memenuhi permintaan... Pada cik Hanie, sori... blom berkesempatan nak jawab TAG hang... sabar ehhh.. Bro Chime sungguh kejam coz soh cD jawab 2 TAG sekali... nanges...

TAG #1
*ambil 4 gambar anda dalam watak yang berbeza
*kemudian gambar2 itu disusun dalam bentuk collage
*gambar itu mestilah disnap oleh orang lain. jangan snap sendiri!!
(matilah nak soh sape yg amek, x kira cD snap sendiri jugak)


TAG #2
Take a screenshot of your desktop without moving/closing any of the windows.

tu diaaa, sekali model charmbracelet kuar...

Ermmm rasakan cD nak TAG orang len plak, kamoo semua kena jawab ehhhh.. jangan ngade-ngade tamoo buat plak... ermm nak TAG sape ehhh?

1. Ucuk
2. Hanie
3. Sakura

p/s: Hope Bro Chime berpuas hati ngan jawapan cD nie... len kali jangan la kejam sangat, sambung nanges...

-cD-