Sunday, December 2, 2007

Pengorbanan Itu Milikku...

Semalam adalah kenangan,
Hari ini merupakan kenyataan,
Bagaimana dengan esok? Adakah esok merupakan harapan?
Atau mungkin esok juga merupakan kenyataan yang akan terus menjadi kenangan...

Semalam cD pernah bahagia
Semalam juga cD riang tertawa
Semalam penuh dengan riak gembira

Kini...
cD seakan kecewa
Hati cD terguris terluka
Hari ini penuh dengan duka sengsara

Esok pula bagaimana?
Akankah cD kecapi bahagia, masih riang tertawa dan terus bergembira?
Atau mungkinkah esok cD masih lagi kecewa, terusan terguris terluka dan menangis kerana duka sengsara?

Demi Allah SWT...
Walaupun seketika, walaupun sekelip mata
cD x pernah leka, tidak juga pernah terlupa
Kamoolah satu-satunya
Permata yang terus bertahta
Buat semalam, hari ini, esok juga selamanya.

Ketahuilah olehmu sayangku,
Pengorbanan itu telah lama menjadi milikku.

-cDapee-

No comments: