Tuesday, February 26, 2008

Happy Birthday Cayang...

25 Feb 2008, besday insan yang teramat cD cayang. Tahun nie merupakan tahun ke-3 kita sambut besday bersama. cD berdoa dan berharap semoga cD mendapat peluang yang sama untuk 20 ke 30 tahun lagi... Amin.

Walaupun cuma dapat luangkan masa selama 10 minit, cD amat bersyukur.. Sempat potong kek sama-sama n dia menyuapkan sepotong kek ke mulut cD.. Terharu sangat, pada Kamoo ketahuilah cD amat-amat menyayangi kamoo.

Luv u so much...

-cDapee-

Friday, February 15, 2008

Yang Mencintai Kamoo...


1. Orang yang mencintai Kamoo tidak akan pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai Kamoo. Dia hanya tahu, hanya Kamoo di hatinya.

2. Orang yang mencintai Kamoo akan selalu menerima Kamoo seadanya. Di matanya Kamoo tetap cantik/hensem walaupun mungkin Kamoo merasakan yang berat badan Kamoo sudah bertambah.

3. Orang yang mencintai Kamoo selalu ingin tahu tentang apa saja yang Kamoo lakukan disepanjang hari. Dia akan menyimpan jadual harian Kamoo dan akan membacanya pada setiap saat. Dia mengambil berat akan dirimu.


4. Orang yang mencintai Kamoo akan tetap mengirimkan SMS "good morning", "dah makan?", "good night' dan lain-lain lagi, walaupun Kamoo tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah secara tidak langsung dia menyatakan rasa cintanya kepada Kamoo.

5. Orang yang mencintai Kamoo akan selalu mengingati setiap kejadian yang Kamoo lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang Kamoo sendiri sudah lupa, kerana itu adalah saat-saat yang amat bermakna baginya. Dan apabila mengenangkan saat-saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat-saat itu tidak akan berulang lagi.

6. Orang yang mencintai Kamoo selalu mengingati setiap kata-kata yang Kamoo ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang Kamoo sendiri sudah lupa bila Kamoo mengungkapkannya. Dia akan sentiasa menyematkan kata-katamu di hatinya kerana kata-katamu itu penuh dengan harapan yang dia harapkan darimu.


7. Orang yang mencintai Kamoo akan belajar untuk menyukai lagu-lagu kegemaran Kamoo. Kesukaan Kamoo adalah kesukaannya juga. Walaupun sukar untuk dilakukan, tetapi akhirnya dia berjaya.

8. Orang yang mencintai Kamoo akan bersusah hati apabila Kamoo diserang selsema, batuk atau demam. Dia akan menjagamu walaupun terpaksa bersengkang mata.

9. Orang yang mencintai Kamoo akan mengucapkan kata-kata semangat apabila Kamoo mengatakan yang Kamoo akan menduduki ujian. Dia akan bertanya tarikh ujian itu berlangsung, dan apabila tiba saat itu, dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untukmu.


10. Orang yang mencintai Kamoo akan membelikan sesuatu yang istimewa buatmu. Mungkin pada Kamoo itu hanyalah sesuatu yang biasa. Tetapi baginya itu sangat bermakna dan dia ingin Kamoo memilikinya.

11. Orang yang mencintai Kamoo akan terdiam sesaat ketika sedang berbual denganmu di telefon sehingga Kamoo menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia sedang memikirkan apa yang ingin dia katakan seterusnya kerana dia tidak mahu Kamoo berkecil hati atau marah diatas kebodohannya dalam berkata-kata.

12. Orang yang mencintai Kamoo selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya denganmu, melakukan apa saja yang Kamoo sukai walaupun dia terpaksa meninggalkan apa saja yang dia sedang lakukan pada waktu itu.


13. Orang yang mencintai Kamoo akan menghiasi skrin komputernya atau telefon bimbitnya dengan gambar-gambar Kamoo. Dia ingin melihat wajah Kamoo pada setiap masa kerana hatinya akan tenang dengan kehadiranmu.

14. Orang yang mencintai Kamoo mungkin akan melakukan perkara yang kadang-kadang akan membuatkan Kamoo tidak selesa seperti menelefonmu beberapa kali dalam sehari, atau mengejutkan Kamoo di tengah malam dengan mengirimkanmu SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan tentang Kamoo. Dia merinduimu.

15. Orang yang mencintai Kamoo akan segera meminta maaf apabila Kamoo mengatakan yang dirinya telah melakukan sesuatu yang membuatkan dirimu terganggu. Dia berjanji tidak akan melakukannya lagi dan dia akan sentiasa berpegang pada janjinya itu.


16. Orang yang mencintai Kamoo akan sentiasa bersedia dan tidak akan pernah mengelak dari menunaikan permintaanmu walau sesukar mana pun permintaanmu itu. Dia akan berusaha untuk memenuhinya dan akan menangis apabila dirinya gagal, tanpa pengetahuanmu...

17. Orang yang mencintai Kamoo akan sanggup bersengkang mata menunggu panggilan telefonmu walaupun telah jauh malam. Dan apabila Kamoo menelefon dan bertanya mengapa belum tidur lagi, dia akan mengatakan yang dia sebenarnya masih berjaga kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikannya.

18. Orang yang mencintai Kamoo akan menyimpan setiap SMS yang Kamoo hantarkan kepadanya walaupun telah berbulan-bulan lamanya, kerana setiap pemberianmu akan sentiasa menjadi benda-benda yang berharga buatnya, walaupun hanya SMS yang bertulis "apa khabarmu hari ini sayang?"


19. Orang yang mencintai Kamoo akan sentiasa gembira dihadapanmu walaupun hatinya menangis kesedihan. Dia tidak mahu menyusahkan dirimu dengan masalahnya kerana kesedihanmu akan membuatkannya lebih sedih. Tanpa Kamoo sedari, gelak tawamu dan senyumanmu adalah ubat kepada setiap kepayahannya.

20. Orang yang mencintai Kamoo akan segera sedar apabila Kamoo tidak memerlukannya lagi dan memintanya untuk menjauhkan diri dari Kamoo. Dia akan berlalu pergi dan menghilangkan dirinya dari pandanganmu, kadang-kadang tanpa pun Kamoo sedari. Walaupun amat berat untuk dilakukan, tetapi dia akan tetap melakukannya untuk dirimu.

21. Orang yang mencintai Kamoo akan tetap menyayangimu walaupun Kamoo sudah memiliki teman istimewa. Dia akan mengikuti perkembanganmu dari jauh dan cuba untuk bergembira diatas kebahagiaanmu.


22. Jika tiba suatu saat bila Kamoo merinduinya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu Kamoo kerana sebenarnya dia tak pernah pergi jauh dan mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu Kamoo dan sentiasa menunggu untuk saat itu menjelma kembali.

23. Orang yang begitu mencintai Kamoo, tidak pernah memaksa Kamoo untuk memberinya sebab dan alasan kenapa Kamoo mahu meninggalkannya, walaupun hatinya meronta untuk mengetahui kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Dia tidak akan menyalahkanmu, jauh sekali membencimu. Kerana orang yang begitu mencintai Kamoo itu benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernahkah ada insan yang melakukan semua yang tersebut di atas kepada Kamoo? Jika ya, jangan sia-siakan dirinya kerana Kamoo akan menyesal melakukannya.

-cDapee-

Friday, February 8, 2008

Pengabdian & Pengertian Cinta cD...

Setia cD hanya pada Kamoo
Tiada habis terlayani
Pengabdian janji cD
Segala ini tercukupi

cD jatuh cinta
Takdir cD hidup dengan Kamoo
Pengertian cinta sepanjang umur cD

cD jatuh cinta
Hidup ini indah kerana Kamoo
Menjalani cinta sehati dengan Kamoo
Itulah hidupku..

Menikmati semua waktu
Bila adanya Kamoo menyayangi
Segala-galanya indah terasa
Yakin dan abadi kisah kita

Tiada gentar diri ini
Bila sentiasa disamping Kamoo
cD ingin selalu selamanya bersama Kamoo
cD ingin Kamoo selalu disini
Menemani cD selamanya...

Disini telah terukir dan terpahat cinta kita. Moga ianya kekal dan terus abadi selamanya, walaupun kerap tercalar, sedikitpun x pernah cD menyerah... Hanya pada Kamoo cD mengabdikan cinta ini dan moga Kamoo mengerti serta mampu memahami istilah cinta yang diberi...

-cDapee-

Wednesday, February 6, 2008

Kembalilah Senyum...



Ingatkah Kamoo pada senyuman ini?
Satu ketika dulu pernah menyinari
Setiap ceruk dan sudut hati
Tapi kini kemana lari sembunyi

Ermm baru kini cD sedari, senyuman yang sering diberi telah lama bersembunyi... Mungkin hatinya terluka, mungkin juga memerlukan masa... segalanya mungkin.. Berilah ruang dan sedikit waktu untuk dirinya merawat segala duka, agar kembali tersenyum dirinya...

Kembalilah Senyum.

-cDapee-

Tuesday, February 5, 2008

Antara Dosa, Hasrat dan Hakikat...

Dosakah cD?
Bila menyayangi Kamoo...
Dosakah cD?
Bila mengasihi Kamoo...
Dosakah cD?
Bila mencintai Kamoo...

Siapalah diri ini untuk menjatuhkan hukuman, dosa dan pahala adalah urusan Allah SWT. Menyedari itu cD pasrah dan cuba memperbaiki diri.

Perlukah cD??
Menyayangi kamoo...
Perlukah cD??
Mengasihi Kamoo...
Perlukah cD??
Mencintai Kamoo...

Katalah apa saja, lemparkanlah segala dusta. Apa yang pasti cD perlukan Kamoo di dalam mengharungi hidup ini.

Hakikatnya
cD menyayangi Kamoo...
Hakikatnya
cD mengasihi Kamoo...
Hakikatnya
cD mencintai Kamoo...

Menyedari hakikat ini, cD gugup sendiri. Kamoo yang lama bertahta dihati telah pergi meninggalkan cD. Haruskah cD terus menanti?

Mungkin cD berdosa kerana menyayangi, mengasihi dan mencintai Kamoo. Tetapi cD masih dan perlu menyayangi, mengasihi dan mencintai Kamoo. Mengapa? Kerana hakikatnya cD amat-amat menyayangi, mengasihi dan mencintai Kamoo untuk semalam, hari ini, esok juga selama-lamanya.

Tapi..
Tapi...
dan tapi lagi....
Apakah Kamoo juga menyayangi cD???
Apakah Kamoo juga mengasihi cD???
Apakah Kamoo juga mencintai cD???

Jawapannya seakan kabur kini
Jika dahulu cD sangat pasti
cD lah satu-satunya yang bertahta di hati
tapi kini Kamoo berlalu pergi
Tinggalkan cD menanti mati…

Kamoo…
cD rindu.

-cDapee-

Monday, February 4, 2008

Mengapa Dee?...

Mengapa Dee?

Sebuah garapan episod cinta yang tragis, kehidupan Dee penuh dengan liku-liku dan ranjau berduri. Kemana saja Dee melangkah pasti dihujungnya dia akan kecewa dan terluka. Puas Dee menangis dan meratapi nasibnya yang malang, tapi Dee sedar masih ada insan yang lebih malang darinya. Untuk semua, raikanlah cinta. Usah persiakan satu yang didepan mata, kerana sekali cinta beralih arah selamanya bertitik noktah.

Watak utama
Diana (Dee)
Abang

Watak penyedap rasa…. (huhuhu)
Karina
Hanafie

Episod 1

Air mata Dee gugur lagi disaat malam mula melabuhkan tirainya, ringkas saja sms yang diterima dari insan yang paling Dee sayang.

“Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Amin..”

Terlalu ringkas ucapan tersebut bagi pasangan yang berkasih, fikir Dee. Tiada panggilan sayang dan tiada ungkapan romantis seperti yang sering Dee terima. Hatinya huncur seperti gelas yang ditimpa batu kerikir, berderaian dan berterbangan ibarat debu-debu. Dee mengesat sisa air mata yang masih menuruni pipi gebunya. Pipi yang satu ketika dulu sering menerima kucupan mesra dari Abang. Air mata Dee gugur lagi, deras dan terus mengalir. Lama Dee bermenung begitu, setelah difikir-fikir Dee menghelakan satu nafas lega. Sekurang-kurangnya abang masih ingat dan menghantar sistem pesanan ringkas tersebut. Walaupun ringkas tapi penuh bermakna buat Dee.

Every time I close my eyes
I thank the lord that I've got you
And you've got me too
And every time I think of it
I pinch myself cuz I don't believe it's true
That someone like you loves me too

Lamunan Dee terhenti bila track 16-Everytime I close my eyes, mengalunkan iramanya. Lagu tersebut adalah antara koleksi lagu cinta Dee untuk abang. Bait-bait lirik lagu tersebut dihayatinya, sebak terus meresap dan memenuhi ruang dada Dee. Murah sungguh nilai mutiara jernih Dee, lantas ianya gugur lagi, gugur dan terus mengalir ibarat sungai yang tiada penghujungnya. Dee mengesat air matanya, dia menangis bukan kerana kecewa, tetapi kerana terlalu gembira dan bahagia. Lirik lagu tersebut seperti memahami dan ditujukan khas buat Dee. Mengimbas diawal perkenalan dengan abang, Dee tidak menyangka yang abang juga menyimpan perasaan terhadap Dee. Malah abang pernah mengalirkan air matanya kerana terlalu menyayangi Dee. Air mata yang gugur bukan kerana terpaksa mahupun dipaksa, mengalirnya kerana tulus dan ikhlas jalinan 2 jiwa. Cinta abang sedalam cinta Dee juga. Tetapi mengapa Dee? Soalan yang tidak pernah Dee kemukakan. Perlukan pertanyaan tersebut diutarakan? Mempersoalkan tentang hati dan perasaan. Cinta tidak memerlukan sebab, cinta lahir dari hati. Itulah yang difikirkan Dee.

Bagi Dee, abanglah pelita yang menerangi hidupnya selama ini. Tanpa abang, apalah makna hidup Dee. Kesedihan dan air mata Dee lenyap bersama kesayupan malam yang membuai dan membelai perasaannya. Lena juga Dee akhirnya….

Bersambung.....

-cDapee-

Sunday, February 3, 2008

Penantianku...

Penantian hanyalah waktu
Waktu yang memisahkan aku juga dirimu
Selang waktu berlalu aku masih menanti
Menanti kehadiran dirimu, mungkinkah berlaku?
Hanya padaMu tuhan, tidak pernah jemu ku pinta
Semoga akhirnya bahagia dihujung cerita
Namun takdir penentu segalanya
Kemampuannya tidak pernah aku kecapi
Setia menanti, sujud dan tersungkur disini
Penantianku hanyalah satu penantian
Agar terjawablah segala pintu hatiku
Yang amat mendambakan kehadiran dirimu
Penantianku…
Mungkinkah berakhir?

Cayang,
cD menantimu…

-cDapee-

cD x mampu untuk menanti selama 1000 tahun, tapi cD sanggup menanti dan terus menunggu selama hayat masih dikandung badan. Tiada apa yang istimewa dan membahagiakan tanpa dirimu. Walaupun sinar dihujung sana terus bergemerlapan, tidak sekali-kali cD akan meninggalkan kekelaman ini. cD percaya kekelaman ini bukanlah untuk selamanya, suatu hari ia pasti bersinar dan menerangi kembali hidup ini.

-cDapee-

Hanya Kamoo Cintaku...

Emosi cD makin tak tertahan, makin tak terbendung malah makin x terluah. Dek kerana terlalu dasyat dan ngerinya cD pun terluka... Bila time emosi x menentu begini mulalah nak memberontak, meronta dan akhirnya nangis sorang2. cD tak sanggup nak menanggung semua ini sendirian, tapi cD masih mampu bertahan. Apalah erti linang air mata jika dibandingkan dengan ketulusan dan keikhlasan cinta cD selama ini. Tidak sia-sia air mata cD menitis kerana tiap titisannya mengalirkan erti cinta dan pengorbanan cD selama ini. Biarlah ianya terus mengalir.

Time2 cam nie kesilapan cD plak asyik kelihatan, asyik kedengaran dan asyik diulangkan sehingga tak tertahan pedihnya, namun masih cD pertahankan... Tapi untuk apa semua ini? Semuanya yang cD lakukan hanya untuk kamoo, kerana hanya kamoo cintaku. Hanya kamoo...

10 bulan lepas cD pernah cipta satu madah cinta buat kamoo yang cD sayang. Walaupun ianya tidaklah sebagus dan sepuitis mana, tapi cukup bermakna kerana madah tersebut lahir dari hati cD yang terlalu menyayagi kamoo. Kini cD titipkan kembali madah tersebut seperti ianya baru semalam tercipta. Masih dan tetap menyayangi kamoo selamanya.

Hanya Kamoo Cintaku…

Kamoo tahu bertapa tulusnya sayang cD pada Kamoo
Kamoo juga tahu bertapa dalamnya cinta cD terhadap Kamoo
Tiap pelukan…Tiap ciuman…
Terasa hangat dalam kesaljuan

Tiada hangatnya pelukan sehangat dakapan Kamoo
Tiada saljunya ciuman sesalju kucupan Kamoo
Berdua denganmu bahagia senantiasa
Sesungguhnya hanya Kamoo satu satunya…
Insan yang teramat cD cintai.
Sentiasa memanja dan membelai tanpa jemu..

Ya Allah berikanlah cD kekuatan
Mengharungi dugaan, merentasi cabaran cinta ini
Dikala kuntuman rindu mekar melata
Titis air mata gugur tika terkenangkan Kamoo
Kerana sesaat tanpa Kamoo kelam duniaku
Sesat dalam selang peredaran waktu

Kamoo….
Hanya Kamoo yang cD mahu
cD Cayang Kamoo, muahh kat pp.


-cDapee-

Saturday, February 2, 2008

cDapee...

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realize
You're a loss I can't replace

cDapee...
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me

cDapee...
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me

Walking down the streets of Nothing Ville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can’t still the voice inside of me
That is calling out your name

cDapee...
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me

cDapee...
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me

Time will never change the things you've told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see…..

-cDapee-

Friday, February 1, 2008

cD Menunggu...


cD begini seperti selalu
Membilang waktu yang terus berlalu
Entah berapa lama cD tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu??

cD mimpikan suram cahaya bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali
cD tunggu angin perubahan
Barat utara timur juga selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya bagai langit dan bumi
cD di sini Kamoo di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayang ataupun kerana sabar
cD menunggu

Airmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu cD putuskan
Pasrah segalanya pada tuhan

cD masih lagi seperti selalu
Masih membilang waktu yang berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruanghati
Menyuluh arah agar kembali

Semalam, hari ini, esok juga selamanya cD akan tetap begini. cD masih seperti dulu, sedikit pun x berubah. Biarlah waktu merawat segalanya. Walaupun terbuang, walaupun tidak diperlukan cD masih disini dan akan terus menunggu.

-cDapee-