Tuesday, February 5, 2008

Antara Dosa, Hasrat dan Hakikat...

Dosakah cD?
Bila menyayangi Kamoo...
Dosakah cD?
Bila mengasihi Kamoo...
Dosakah cD?
Bila mencintai Kamoo...

Siapalah diri ini untuk menjatuhkan hukuman, dosa dan pahala adalah urusan Allah SWT. Menyedari itu cD pasrah dan cuba memperbaiki diri.

Perlukah cD??
Menyayangi kamoo...
Perlukah cD??
Mengasihi Kamoo...
Perlukah cD??
Mencintai Kamoo...

Katalah apa saja, lemparkanlah segala dusta. Apa yang pasti cD perlukan Kamoo di dalam mengharungi hidup ini.

Hakikatnya
cD menyayangi Kamoo...
Hakikatnya
cD mengasihi Kamoo...
Hakikatnya
cD mencintai Kamoo...

Menyedari hakikat ini, cD gugup sendiri. Kamoo yang lama bertahta dihati telah pergi meninggalkan cD. Haruskah cD terus menanti?

Mungkin cD berdosa kerana menyayangi, mengasihi dan mencintai Kamoo. Tetapi cD masih dan perlu menyayangi, mengasihi dan mencintai Kamoo. Mengapa? Kerana hakikatnya cD amat-amat menyayangi, mengasihi dan mencintai Kamoo untuk semalam, hari ini, esok juga selama-lamanya.

Tapi..
Tapi...
dan tapi lagi....
Apakah Kamoo juga menyayangi cD???
Apakah Kamoo juga mengasihi cD???
Apakah Kamoo juga mencintai cD???

Jawapannya seakan kabur kini
Jika dahulu cD sangat pasti
cD lah satu-satunya yang bertahta di hati
tapi kini Kamoo berlalu pergi
Tinggalkan cD menanti mati…

Kamoo…
cD rindu.

-cDapee-

No comments: