Friday, February 1, 2008

cD Menunggu...


cD begini seperti selalu
Membilang waktu yang terus berlalu
Entah berapa lama cD tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu??

cD mimpikan suram cahaya bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali
cD tunggu angin perubahan
Barat utara timur juga selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya bagai langit dan bumi
cD di sini Kamoo di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayang ataupun kerana sabar
cD menunggu

Airmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu cD putuskan
Pasrah segalanya pada tuhan

cD masih lagi seperti selalu
Masih membilang waktu yang berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruanghati
Menyuluh arah agar kembali

Semalam, hari ini, esok juga selamanya cD akan tetap begini. cD masih seperti dulu, sedikit pun x berubah. Biarlah waktu merawat segalanya. Walaupun terbuang, walaupun tidak diperlukan cD masih disini dan akan terus menunggu.

-cDapee-

No comments: