Monday, February 4, 2008

Mengapa Dee?...

Mengapa Dee?

Sebuah garapan episod cinta yang tragis, kehidupan Dee penuh dengan liku-liku dan ranjau berduri. Kemana saja Dee melangkah pasti dihujungnya dia akan kecewa dan terluka. Puas Dee menangis dan meratapi nasibnya yang malang, tapi Dee sedar masih ada insan yang lebih malang darinya. Untuk semua, raikanlah cinta. Usah persiakan satu yang didepan mata, kerana sekali cinta beralih arah selamanya bertitik noktah.

Watak utama
Diana (Dee)
Abang

Watak penyedap rasa…. (huhuhu)
Karina
Hanafie

Episod 1

Air mata Dee gugur lagi disaat malam mula melabuhkan tirainya, ringkas saja sms yang diterima dari insan yang paling Dee sayang.

“Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Amin..”

Terlalu ringkas ucapan tersebut bagi pasangan yang berkasih, fikir Dee. Tiada panggilan sayang dan tiada ungkapan romantis seperti yang sering Dee terima. Hatinya huncur seperti gelas yang ditimpa batu kerikir, berderaian dan berterbangan ibarat debu-debu. Dee mengesat sisa air mata yang masih menuruni pipi gebunya. Pipi yang satu ketika dulu sering menerima kucupan mesra dari Abang. Air mata Dee gugur lagi, deras dan terus mengalir. Lama Dee bermenung begitu, setelah difikir-fikir Dee menghelakan satu nafas lega. Sekurang-kurangnya abang masih ingat dan menghantar sistem pesanan ringkas tersebut. Walaupun ringkas tapi penuh bermakna buat Dee.

Every time I close my eyes
I thank the lord that I've got you
And you've got me too
And every time I think of it
I pinch myself cuz I don't believe it's true
That someone like you loves me too

Lamunan Dee terhenti bila track 16-Everytime I close my eyes, mengalunkan iramanya. Lagu tersebut adalah antara koleksi lagu cinta Dee untuk abang. Bait-bait lirik lagu tersebut dihayatinya, sebak terus meresap dan memenuhi ruang dada Dee. Murah sungguh nilai mutiara jernih Dee, lantas ianya gugur lagi, gugur dan terus mengalir ibarat sungai yang tiada penghujungnya. Dee mengesat air matanya, dia menangis bukan kerana kecewa, tetapi kerana terlalu gembira dan bahagia. Lirik lagu tersebut seperti memahami dan ditujukan khas buat Dee. Mengimbas diawal perkenalan dengan abang, Dee tidak menyangka yang abang juga menyimpan perasaan terhadap Dee. Malah abang pernah mengalirkan air matanya kerana terlalu menyayangi Dee. Air mata yang gugur bukan kerana terpaksa mahupun dipaksa, mengalirnya kerana tulus dan ikhlas jalinan 2 jiwa. Cinta abang sedalam cinta Dee juga. Tetapi mengapa Dee? Soalan yang tidak pernah Dee kemukakan. Perlukan pertanyaan tersebut diutarakan? Mempersoalkan tentang hati dan perasaan. Cinta tidak memerlukan sebab, cinta lahir dari hati. Itulah yang difikirkan Dee.

Bagi Dee, abanglah pelita yang menerangi hidupnya selama ini. Tanpa abang, apalah makna hidup Dee. Kesedihan dan air mata Dee lenyap bersama kesayupan malam yang membuai dan membelai perasaannya. Lena juga Dee akhirnya….

Bersambung.....

-cDapee-