Friday, February 15, 2008

Yang Mencintai Kamoo...


1. Orang yang mencintai Kamoo tidak akan pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai Kamoo. Dia hanya tahu, hanya Kamoo di hatinya.

2. Orang yang mencintai Kamoo akan selalu menerima Kamoo seadanya. Di matanya Kamoo tetap cantik/hensem walaupun mungkin Kamoo merasakan yang berat badan Kamoo sudah bertambah.

3. Orang yang mencintai Kamoo selalu ingin tahu tentang apa saja yang Kamoo lakukan disepanjang hari. Dia akan menyimpan jadual harian Kamoo dan akan membacanya pada setiap saat. Dia mengambil berat akan dirimu.


4. Orang yang mencintai Kamoo akan tetap mengirimkan SMS "good morning", "dah makan?", "good night' dan lain-lain lagi, walaupun Kamoo tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah secara tidak langsung dia menyatakan rasa cintanya kepada Kamoo.

5. Orang yang mencintai Kamoo akan selalu mengingati setiap kejadian yang Kamoo lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang Kamoo sendiri sudah lupa, kerana itu adalah saat-saat yang amat bermakna baginya. Dan apabila mengenangkan saat-saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat-saat itu tidak akan berulang lagi.

6. Orang yang mencintai Kamoo selalu mengingati setiap kata-kata yang Kamoo ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang Kamoo sendiri sudah lupa bila Kamoo mengungkapkannya. Dia akan sentiasa menyematkan kata-katamu di hatinya kerana kata-katamu itu penuh dengan harapan yang dia harapkan darimu.


7. Orang yang mencintai Kamoo akan belajar untuk menyukai lagu-lagu kegemaran Kamoo. Kesukaan Kamoo adalah kesukaannya juga. Walaupun sukar untuk dilakukan, tetapi akhirnya dia berjaya.

8. Orang yang mencintai Kamoo akan bersusah hati apabila Kamoo diserang selsema, batuk atau demam. Dia akan menjagamu walaupun terpaksa bersengkang mata.

9. Orang yang mencintai Kamoo akan mengucapkan kata-kata semangat apabila Kamoo mengatakan yang Kamoo akan menduduki ujian. Dia akan bertanya tarikh ujian itu berlangsung, dan apabila tiba saat itu, dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untukmu.


10. Orang yang mencintai Kamoo akan membelikan sesuatu yang istimewa buatmu. Mungkin pada Kamoo itu hanyalah sesuatu yang biasa. Tetapi baginya itu sangat bermakna dan dia ingin Kamoo memilikinya.

11. Orang yang mencintai Kamoo akan terdiam sesaat ketika sedang berbual denganmu di telefon sehingga Kamoo menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia sedang memikirkan apa yang ingin dia katakan seterusnya kerana dia tidak mahu Kamoo berkecil hati atau marah diatas kebodohannya dalam berkata-kata.

12. Orang yang mencintai Kamoo selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya denganmu, melakukan apa saja yang Kamoo sukai walaupun dia terpaksa meninggalkan apa saja yang dia sedang lakukan pada waktu itu.


13. Orang yang mencintai Kamoo akan menghiasi skrin komputernya atau telefon bimbitnya dengan gambar-gambar Kamoo. Dia ingin melihat wajah Kamoo pada setiap masa kerana hatinya akan tenang dengan kehadiranmu.

14. Orang yang mencintai Kamoo mungkin akan melakukan perkara yang kadang-kadang akan membuatkan Kamoo tidak selesa seperti menelefonmu beberapa kali dalam sehari, atau mengejutkan Kamoo di tengah malam dengan mengirimkanmu SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan tentang Kamoo. Dia merinduimu.

15. Orang yang mencintai Kamoo akan segera meminta maaf apabila Kamoo mengatakan yang dirinya telah melakukan sesuatu yang membuatkan dirimu terganggu. Dia berjanji tidak akan melakukannya lagi dan dia akan sentiasa berpegang pada janjinya itu.


16. Orang yang mencintai Kamoo akan sentiasa bersedia dan tidak akan pernah mengelak dari menunaikan permintaanmu walau sesukar mana pun permintaanmu itu. Dia akan berusaha untuk memenuhinya dan akan menangis apabila dirinya gagal, tanpa pengetahuanmu...

17. Orang yang mencintai Kamoo akan sanggup bersengkang mata menunggu panggilan telefonmu walaupun telah jauh malam. Dan apabila Kamoo menelefon dan bertanya mengapa belum tidur lagi, dia akan mengatakan yang dia sebenarnya masih berjaga kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikannya.

18. Orang yang mencintai Kamoo akan menyimpan setiap SMS yang Kamoo hantarkan kepadanya walaupun telah berbulan-bulan lamanya, kerana setiap pemberianmu akan sentiasa menjadi benda-benda yang berharga buatnya, walaupun hanya SMS yang bertulis "apa khabarmu hari ini sayang?"


19. Orang yang mencintai Kamoo akan sentiasa gembira dihadapanmu walaupun hatinya menangis kesedihan. Dia tidak mahu menyusahkan dirimu dengan masalahnya kerana kesedihanmu akan membuatkannya lebih sedih. Tanpa Kamoo sedari, gelak tawamu dan senyumanmu adalah ubat kepada setiap kepayahannya.

20. Orang yang mencintai Kamoo akan segera sedar apabila Kamoo tidak memerlukannya lagi dan memintanya untuk menjauhkan diri dari Kamoo. Dia akan berlalu pergi dan menghilangkan dirinya dari pandanganmu, kadang-kadang tanpa pun Kamoo sedari. Walaupun amat berat untuk dilakukan, tetapi dia akan tetap melakukannya untuk dirimu.

21. Orang yang mencintai Kamoo akan tetap menyayangimu walaupun Kamoo sudah memiliki teman istimewa. Dia akan mengikuti perkembanganmu dari jauh dan cuba untuk bergembira diatas kebahagiaanmu.


22. Jika tiba suatu saat bila Kamoo merinduinya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu Kamoo kerana sebenarnya dia tak pernah pergi jauh dan mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu Kamoo dan sentiasa menunggu untuk saat itu menjelma kembali.

23. Orang yang begitu mencintai Kamoo, tidak pernah memaksa Kamoo untuk memberinya sebab dan alasan kenapa Kamoo mahu meninggalkannya, walaupun hatinya meronta untuk mengetahui kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Dia tidak akan menyalahkanmu, jauh sekali membencimu. Kerana orang yang begitu mencintai Kamoo itu benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernahkah ada insan yang melakukan semua yang tersebut di atas kepada Kamoo? Jika ya, jangan sia-siakan dirinya kerana Kamoo akan menyesal melakukannya.

-cDapee-

No comments: