Monday, March 31, 2008

Hemofilia dan Rawatan...

Pesakit hemofilia yang mengalami kecederaan atau kemalangan perlu mendapatkan rawatan seberapa segera yang mungkin. Terdapat dua jenis perawatan yang boleh dijalankan iaitu perawatan secara umum dan perawatan yang lebih khusus.

PERAWATAN UMUM

*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjaga berat badan supaya tidak berlebihan kerana berat yang berlebihan akan mengakibatkan pendarahan pada sendi terutama bahagian kaki.

*Melakukan kegiatan olahraga :
Olahraga akan membuatkan otot lebih kuat. Pendarahan dan luka kecil dapat dielakkan dengan kegiatan ini. Pesakit perlu bijak memilih jenis olahraga dan mengelak daripada olahraga yang berisiko seperti bola sepak. Aktiviti seperti renang amat digalakkan. Bimbingan daripada pakar terapi amat diperlukan untuk membantu pesakit.

*Sentiasa melakukan perawatan gigi dan gusi secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

*Mengikuti program imunisasi.

*Elakkan daripada menggunakan aspirin kerana ia akan meningkatkan pendarahan. Pesakit juga dinasihatkan tidak menggunakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

PERAWATAN KHUSUS

*Perawatan khusus diberikan kepada pesakit ketika mereka mengalami pendarahan atau luka. Pendarahan boleh berlaku sama ada di dalam atau di luar tubuh. Pendarahan dalaman umumnya sukar untuk diuruskan.

*Pertolongan perlu diberikan segera dan dilakukan dengan berhati-hati kerana pendarahan boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Pertolongan juga perlu diberikan sekiranya berlaku keretakan pada pada kepala pesakit. Ia memerlukan rawatan yang khusus kerana ia boleh mengakibatkan kematian.

PERTOLONGAN PERTAMA

*Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cuba untuk menghentikan pendarahan.
Seterusnya, bersihkan luka kecil yang terbuka terlebih dahulu dengan menggunakan alkohol.
Berikan tekanan yang lama pada luka dengan menggunakan kapas tetapi tekanan tidak boleh terlalu kuat.

REPLACEMENT THERAPY

*Replacement Therapy merupakan proses pembekuan darah yang sesuai seperti yang diperlukan dalam bentuk pemindahan plasma darah. Pemindahan ini dinamakan Cryoprecipitate untuk plasma yang mengandungi Faktor VIII atau Fresh Frozen Plasma (Plasma Segar Beku) yang mengandungi Faktor XI.

*Kedua-duanya dilakukan melalui pembuluh darah vena. Pemberian dos dan jadual replacement diberi berdasarkan kepada analisa pakar hematologi.

RICE

Rawatan yang perlu dilakukan apabila berlaku pendarahan pada otot dan sendi, sebelum dan selepas replacement therapy dinamakan RICE, iaitu :

REST : rehatkan anggota badan yang luka. Jika kaki mengalami pendarahan, berikan alat bantu seperti tongkat.

ICE : sapu bahagian yang luka atau tempat sakit dengan menggunakan ais atau bahan lain yang beku dan sejuk.

COMPRESS : tekan dan ikat tempat yang sakit, hingga bahagian tersebut tidak dapat bergerak tetapi jangan ikat terlalu kuat.

ELEVATION : meletakkan bahagian badan yang sakit lebh tinggi dari dada dan letakkan di atas benda yang lembut seperti bantal atau tuala.

-cDapee-

Sunday, March 30, 2008

Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku..ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga padapasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? "Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

-cDapee-

Saturday, March 29, 2008

Hemofilia...

Kamoo tahu apa itu Hemofilia???

Ermmm maybe ada yang tahu, dan mungkin juga ada yang tidak pernah dengar langsung istilah tersebut. Istilah Hemofilia ini juga dulu terlalu asing bagi cD, tetapi kini tidak lagi. Hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Hemofilia boleh menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.



Memar atau bahagian kulit yang membiru (lebam) kekadang tidak dianggap serius oleh seseorang. Namun tahukah kamoo hal demikian tidak boleh dianggap remeh oleh penderita hemofilia, ini kerana jika diabaikan, akibatnya terlalu serius. Hemofilia adalah suatu penyakit yang diturunkan dari ibu kepada anaknya pada saat anak tersebut dilahirkan. Hemofilia selalu diderita dikalangan lelaki, kerana penyakit itu diturunkan melalui kromosom X dan terjadi kerosakan di kromosom X.

Darah pada seorang penderita hemofilia tidak dapat membeku dengan sendirinya secara normal. Proses pembekuan darah pada seorang penderita Hemofilia tidak secepat dan sebanyak orang lain yang normal. Ia akan lebih banyak memakan masa untuk proses pembekuan darahnya. Seseorang yang menderita Hemofilia biasanya mengalami pendarahan yang teruk apabila terdapat luka kecil semasa mencabut gigi, terjatuh dan sebagainya. Pendarahan dihidung juga kerap berlaku dengan sendirinya. Pembekuan darah pada mereka lebih lama dari yang normal.

Jenis hemofilia dapat dikategorikan kepada 3 iaitu, hemofilia A disebabkan oleh kekurangan faktor VIII dalam darah, hemofilia B disebabkan kekurangan faktor IX dalam darah, dan hemofilia C disebabkan kekurangan faktor XI. Jenis yang paling umum adalah hemofilia A dan B. Penderita hemofilia yang terbanyak di dunia adalah hemofilia A sekitar 85%.

-cDapee-

Friday, March 28, 2008

Dari HUKM Ke GH...

Semalam cD berada di HUKM, hari nie pula di GH. Esok, lusa bagaimana pula? cD sendiri tidak pasti, maybe ada hikmah disebalik semua ini. Sebagai hambaNya, cD menerima dugaan ini dengan hati terbuka dan pasrah pada kehendakNya. Ternyata Allah SWT masih menyayangi cD, buktinya Dia menyedarkan cD dengan kesakitan ini. Jika cD sentiasa sihat dan alpa, maybe cD akan terus melupakanNya. Alhamdulillah, ternyata sinar masih menerangi hidup cD.

Sambil mengesat darah yang terus mengalir dari hidung, cD panjatkan kesyukuran keatas segala nikmat dan rahmat Allah SWT selama ini kepada insan yang bergelar cD. Saat ini air mata x mampu lagi untuk cD tahan, mengalir juga akhirnya selaras dengan aliran darah merah dihidung cD.

Doakan kebahagian dan kesihatan cD..
cD cayang Kamoo sumer, terutama pada Kamoo satu-satunya..

-cDapee-

Thursday, March 27, 2008

Haziq Lagi...

Chaaakkkkkkk....
Huhuhuh entry Haziq lagi, jangan marah ehhh.. Ermm sape plak ler nak marah, nie kan blog cD.. suke ati la cD nak buat ape kan? huhuh kekwat plak dia..

Pic nie diambil pada hari ke 24.. Tengok ler wajah comey Haziq time ngah tido nie.. Rasa nak cubit-cubit je kan.. huhuhu Rambut plak x hengat nak lawan uncle cD dia.. Buai laju-laju sampai pohan sena, tidurlah Haziq tidur ngan lena...

Muahhh kat pp.

-cDapee-

Tuesday, March 18, 2008

Aleya Natasya & Nurul Liyana...

Meh sini cD nak kenalkan ngan 2 orang anak buah cD yang comey nie.. yang sebelah kiri nie namanya Nurul Liyana (nana) dan yang sebelah kanan tu lak Aleya Natasya (tasya). cD nie kira pakcik yang garang gak ler, huhuhuh. Kekadang cian kat dowang nie, coz cD x bagi peluang n ruang langsung tuk dowang manje2 ngan cD...

Sebenarnya itu semua bukanlah niat cD, jauh di lubuk hati cD amat menyayangi mereka. Malah waktu zaman remaja dulu cD la yang jadi babysitter kepada kakak dan abang nana. Sebab cD terlalu memanjakan sangat, dowang nie jadi degil. Ermm malas nak ungkit, sumer tu citer lama. Hope satu hari nanti dorang faham dan sedar siapa yang menjaga, menyayangi dan memanjakan mereka satu ketika dulu..

Pe-pe pun hope lepas nie cD akan berubah dan beri sedikit ruang pada tasya dan nana. Dowang x salah pe2 pun, cD kesian kat tasya coz dalam usia yang muda dia kehilangan kasih sayang seorang ayah... Hope cD dapat memberikan apa yang termampu untuk membahagiakan dan menggembirakan mereka.

Amin...

-cDapee-

Saturday, March 15, 2008

Pelangi Mimpi...


When all the clouds
Darken up the sky way
There's a rainbow highway to be found
Leading from your window pane
Just a step beyond the rain

Somewhere over the rainbow
Way up high
There's a land that I heard of
Once in a lullaby

Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And our dreams
The dreams that you dare to dream
Really do come true

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow
Blue birds fly
Birds fly over the rainbow
Then why
Then oh why can't I?

If happy little blue birds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?

Lama sungguh cD x nampak pelangi, tapi pagi nie cD rasa bertuah sangat coz pelangi munculkan dirinya dan menyemarakan suasana hening selepas hujan.. Indah sungguh ciptaan Illahi, dengan gabungan 7 warna terpilih, pelangi mampu menarik perhatian siapa sahaja untuk berpaling dan terus menikmati keindahannya. Jikalah kehidupan cD seindah pelangi... pelangi mimpi, hanya indah di pandangan mata.. jauh disudut dan lubuk hati ini hanya diriNya yang tahu. Hishhh x baik mengeluh dan kecewa dengan kehidupan, inilah hakikat yang harus diterima dengan redha.. Setiap kejadian telah dijanjikan dan ditakdirkan sebegitu, sebagai hambaNya cD menerima dengan penuh keinsafan.. Moga Allah masih sayangkan cD.

Pengorbanan demi pengorbanan... Hanya linang dan titis airmata yang menemani cD di saat-saat begini. Mengapa sukar untuk memahami cD? Bukan menyesali diri atau mengungkiti setiap pengorbanan yang cD lakukan, ketahuilah... Pengorbanan itu sudah lama menjadi milik cD.. Apa yang cD harapkan kita mampu mengulangi saat-saat indah itu, seperti pelangi mimpi cD. Mampukah mimpi ini menjadi nyata, atau ianya kekal sebagai mimpi...

-cDapee-

Friday, March 14, 2008

Muhammad Haziq Hari Ke-10

Just nak update sket citer Haziq nie.. Baru dapat pic Haziq dari E, pic kali nie Haziq da buka mata... huhuhuh lagi nampak comey kan??

Pic nie diambil semasa hari ke-10 kelahiran Haziq, hope sumernye ok.. Ari tu E bagitau cD yang Haziq kena demam kuning.. Alhamdulillah skang sumernya da ok n Haziq pun da sihat.

cD lom sempat lagi nak g melawat E n Haziq, InsyaAllah kalau x pe dan keadaan mengizinkan cD akan turun gak ke Raub.. Haziq tunggu uncle datang ehhh.. kekekeke..

Muahhh kat pp.

-cDapee-

Sunday, March 9, 2008

Transfer Credit...

Alhamdulillah, permohonan cD untuk transfer credit beberapa subjek telah diluluskan.. Syukur sangat-sangat. Walaupun cuma 5 subjek je yang lulus, cD bersyukur sangat sekurang-kurangya cD dapat kurangkan satu semester kuliah... huhuhuh sonoknye..


Sonok-sonok la gak, tapi cD kena fokus pada study... Kalau dulu leh la sumer mak n abah tanggung. Sekarang sumer kos adalah sendirian berhad, huhuhuh. Sape x sayang duit, hope berkat kesungguhan cD nie akan membuahkan hasil, Amin... Semalam semak i-account KWSP, baki akaun ii cD da berkurangan... waaaaaa nangis.. Tapi x per, sumer nie untuk masa depan yang cerah.... cD percaya jika kita ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh pasti kejayaan menjadi milik kita...

-cDapee-

Wednesday, March 5, 2008

Selamat Pengantin Baru Ecah...

Rasanya cam baru semalam kita bergurau senda, gelak tertawa dan riang gembira bersama. Masih segar kenangan itu di benak dan minda cD. Realitinya sudah 8 tahun kita tinggalkan zaman remaja tersebut. Pantas masa berlalu dan meninggalkan kita, pada mereka yang peka berjalan seiring dengan masa... dan pada yang leka pula jauh tersungkur di sudut sana..

Zaman remaja adalah saat yang paling "best" dalam sejarah hidup siapa pun.. Begitu juga ngan cD. Ecah n Alid adalah best friend cD time skool dulu, yang len-len pun member cD gak, tapi cD memang rapat ngan Ecah n Alid.. Balik skool mesti jalan sama-sama, sweetnye time tu.. Tapi tu sumer da jadi sejarah yang akan terus kekal di dalam lubuk hati cD...

16 Feb 2008 Ecah telah dinikahkan dengan hubby tersayang, tahniah n sori coz cD x dapat hadir bersama memeriahkan majlis.. Pe2 pun Ecah tetap maintain "chantek"... Ko memang chantik dari skool lagi, kalau tidak x kan ler ko jadi rebutan sumer termasuk si "pendek" tu... oopppppss i did it again...



Pe2 pun Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia ke anak cucu...

p/s adiah kawen ko bile nak angkut?

-cDapee-

Tuesday, March 4, 2008

Muhammad Haziq...

Alalalalala... Comeynye Muhammad Haziq nie.. Lahir pada 02 Mac 2008 pada pukul 8.47 am. Baby boy yang comey nie adalah milik pasangan E dan Esa, E adalah sahabat yang merangkap adik kesayangan cD. Huhuhuh....

Sepanjang mengenali E banyak pengalaman suka duka yang kami kongsi bersama. Pernah satu ketika kami bermasam muka hampir satu bulan. Tapi tu sumer citer lama, ikatan persahabatan dan aura adik beradik lebih kuat membuatkan kami x boleh berenggang lama.

Malah E adalah insan yang cD percayai dan boleh berkongsi apa juga masalah dan rahsia. cD cuma ada 2 sahabat perempuan yang cD amat percaya dan mereka tahu segala rahsia tentang siapa sebenarnya diri cD ini. Pada E dan Linda, Thanks coz menjadi sahabat yang paling memahami dan sanggup menerima cD seadanya. Ikatan persahabatan kita x mungkin akan terputus walaupun masing-masing telah mempunyai kehidupan sendiri. Semoga kalian berbahagia bersama insan tersayang.


E, dihari berbahagianya sewaktu bergelar Raja Sehari...

Waktu nie cD still berisi kan?? huhuhuh..
-cDapee-

Sunday, March 2, 2008

Eppy Besday Mak...

Ari nie 01 Mac 2008, merupakan ulangtahun kelahiran insan yang paling cD sayang. Tanpa insan ini cD x mampu untuk melihat dunia dan berada ditahap mana cD bertapak sekarang...

Happy Birthday Mak, cD cayang mak... Mak menyambut ulang tahun yang ke-53 tahun nie. cD sentiasa mendoakan kebahagian & kesihatan untuk mak dan abah. Semoga kita sentiasa hapi dan bahagia satu family, Amin...

Macam biasa tiap-tiap kali sambut besday, tugas cD adalah menyediakan "kek". My brother n sister lak masing-masing bawak makanan selain kek. Taun nie cD pilih Tiramisu. Selalu org jer panggil cD Tiramisu, kali nie cD nak mak n family lak yang rasa cam ner hebatnya Tiramisu.. Huuhuhhu hebat sangat ke? Jangan x tau, x sampai setengah jam, kek da licin... sedap sangat la gamaknya. Dowang sumer puji, kek kali nie paling sedap yang pernah cD pilih.. Ala tetiap taun pun sedap gak kan...

cD bersyukur sangat coz dapat family yang ikatan kekeluargaannya kukuh dan rapat. Memang tiap kali besday kami adik beradik akan berkumpul dan plan macam-macam tuk mak n abah. Hanya mak dan abah yang kami ada, time mereka masih bernyawa nie la kami adik beradik dapat berbakti.. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kesihatan dan kebahagian buat mak dan abah, Amin.. Doa anak-anakmu..

Time Raya taun lepas, cD cayang Mak... Muahhh kat pp


Semester break ari tu, g jejalan ngan Mak...

-cDapee-