Friday, March 28, 2008

Dari HUKM Ke GH...

Semalam cD berada di HUKM, hari nie pula di GH. Esok, lusa bagaimana pula? cD sendiri tidak pasti, maybe ada hikmah disebalik semua ini. Sebagai hambaNya, cD menerima dugaan ini dengan hati terbuka dan pasrah pada kehendakNya. Ternyata Allah SWT masih menyayangi cD, buktinya Dia menyedarkan cD dengan kesakitan ini. Jika cD sentiasa sihat dan alpa, maybe cD akan terus melupakanNya. Alhamdulillah, ternyata sinar masih menerangi hidup cD.

Sambil mengesat darah yang terus mengalir dari hidung, cD panjatkan kesyukuran keatas segala nikmat dan rahmat Allah SWT selama ini kepada insan yang bergelar cD. Saat ini air mata x mampu lagi untuk cD tahan, mengalir juga akhirnya selaras dengan aliran darah merah dihidung cD.

Doakan kebahagian dan kesihatan cD..
cD cayang Kamoo sumer, terutama pada Kamoo satu-satunya..

-cDapee-

No comments: