Monday, March 31, 2008

Hemofilia dan Rawatan...

Pesakit hemofilia yang mengalami kecederaan atau kemalangan perlu mendapatkan rawatan seberapa segera yang mungkin. Terdapat dua jenis perawatan yang boleh dijalankan iaitu perawatan secara umum dan perawatan yang lebih khusus.

PERAWATAN UMUM

*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjaga berat badan supaya tidak berlebihan kerana berat yang berlebihan akan mengakibatkan pendarahan pada sendi terutama bahagian kaki.

*Melakukan kegiatan olahraga :
Olahraga akan membuatkan otot lebih kuat. Pendarahan dan luka kecil dapat dielakkan dengan kegiatan ini. Pesakit perlu bijak memilih jenis olahraga dan mengelak daripada olahraga yang berisiko seperti bola sepak. Aktiviti seperti renang amat digalakkan. Bimbingan daripada pakar terapi amat diperlukan untuk membantu pesakit.

*Sentiasa melakukan perawatan gigi dan gusi secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

*Mengikuti program imunisasi.

*Elakkan daripada menggunakan aspirin kerana ia akan meningkatkan pendarahan. Pesakit juga dinasihatkan tidak menggunakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

PERAWATAN KHUSUS

*Perawatan khusus diberikan kepada pesakit ketika mereka mengalami pendarahan atau luka. Pendarahan boleh berlaku sama ada di dalam atau di luar tubuh. Pendarahan dalaman umumnya sukar untuk diuruskan.

*Pertolongan perlu diberikan segera dan dilakukan dengan berhati-hati kerana pendarahan boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Pertolongan juga perlu diberikan sekiranya berlaku keretakan pada pada kepala pesakit. Ia memerlukan rawatan yang khusus kerana ia boleh mengakibatkan kematian.

PERTOLONGAN PERTAMA

*Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cuba untuk menghentikan pendarahan.
Seterusnya, bersihkan luka kecil yang terbuka terlebih dahulu dengan menggunakan alkohol.
Berikan tekanan yang lama pada luka dengan menggunakan kapas tetapi tekanan tidak boleh terlalu kuat.

REPLACEMENT THERAPY

*Replacement Therapy merupakan proses pembekuan darah yang sesuai seperti yang diperlukan dalam bentuk pemindahan plasma darah. Pemindahan ini dinamakan Cryoprecipitate untuk plasma yang mengandungi Faktor VIII atau Fresh Frozen Plasma (Plasma Segar Beku) yang mengandungi Faktor XI.

*Kedua-duanya dilakukan melalui pembuluh darah vena. Pemberian dos dan jadual replacement diberi berdasarkan kepada analisa pakar hematologi.

RICE

Rawatan yang perlu dilakukan apabila berlaku pendarahan pada otot dan sendi, sebelum dan selepas replacement therapy dinamakan RICE, iaitu :

REST : rehatkan anggota badan yang luka. Jika kaki mengalami pendarahan, berikan alat bantu seperti tongkat.

ICE : sapu bahagian yang luka atau tempat sakit dengan menggunakan ais atau bahan lain yang beku dan sejuk.

COMPRESS : tekan dan ikat tempat yang sakit, hingga bahagian tersebut tidak dapat bergerak tetapi jangan ikat terlalu kuat.

ELEVATION : meletakkan bahagian badan yang sakit lebh tinggi dari dada dan letakkan di atas benda yang lembut seperti bantal atau tuala.

-cDapee-

No comments: