Saturday, March 29, 2008

Hemofilia...

Kamoo tahu apa itu Hemofilia???

Ermmm maybe ada yang tahu, dan mungkin juga ada yang tidak pernah dengar langsung istilah tersebut. Istilah Hemofilia ini juga dulu terlalu asing bagi cD, tetapi kini tidak lagi. Hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Hemofilia boleh menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.



Memar atau bahagian kulit yang membiru (lebam) kekadang tidak dianggap serius oleh seseorang. Namun tahukah kamoo hal demikian tidak boleh dianggap remeh oleh penderita hemofilia, ini kerana jika diabaikan, akibatnya terlalu serius. Hemofilia adalah suatu penyakit yang diturunkan dari ibu kepada anaknya pada saat anak tersebut dilahirkan. Hemofilia selalu diderita dikalangan lelaki, kerana penyakit itu diturunkan melalui kromosom X dan terjadi kerosakan di kromosom X.

Darah pada seorang penderita hemofilia tidak dapat membeku dengan sendirinya secara normal. Proses pembekuan darah pada seorang penderita Hemofilia tidak secepat dan sebanyak orang lain yang normal. Ia akan lebih banyak memakan masa untuk proses pembekuan darahnya. Seseorang yang menderita Hemofilia biasanya mengalami pendarahan yang teruk apabila terdapat luka kecil semasa mencabut gigi, terjatuh dan sebagainya. Pendarahan dihidung juga kerap berlaku dengan sendirinya. Pembekuan darah pada mereka lebih lama dari yang normal.

Jenis hemofilia dapat dikategorikan kepada 3 iaitu, hemofilia A disebabkan oleh kekurangan faktor VIII dalam darah, hemofilia B disebabkan kekurangan faktor IX dalam darah, dan hemofilia C disebabkan kekurangan faktor XI. Jenis yang paling umum adalah hemofilia A dan B. Penderita hemofilia yang terbanyak di dunia adalah hemofilia A sekitar 85%.

-cDapee-

1 comment:

eqbalzack said...

salam singgah ke blog cd...meninggalkan jejak! hehe