Wednesday, April 30, 2008

I Stay In Love...

Pernafasan ini seakan sesak
Perasaan ini terusan sebak
Kepedihan ini tidak teragak
Air mata gugur gedebuk-gedebak...

huhuhuhu, terer la cD buat lawak
Semuanya hanya kerana awak..

-cDapee-

Patung Kertas, Hebat dan Meletop...

Seperti yang dicanangkan sebelom nie, dan selepas dipertontonkan dengan mata kepala cD sendiri... Apa yang boleh cD katakan, memang Hebat.. Meletop sangat teater muzikal Patung Kertas semalam. Kepuasan menonton memang dapat dirasai, klimaks tahap gaban huhuhu.. Kredit harus diberikan pada semua pelakon kerana mereka memberikan komitmen sepenuhnya dan satu persembahan yang amat-amat menarik skali.

Semalam juga banyak VIP yang turut hadir untuk menonton Patung Kertas, antara yang mendapat perhatian lenca kamera tentunya Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K. Pasangan tersebut nampak sweet sangat dengan baju sedondon berkaler hitam. Turut kelihatan Mak Hayam Besar, Opppssss Jaafar Onn.. (Amponnnn jgn saman ehh) Fadlun dan pasangan, Imuda dan Bob Azrai..

Antara babak yang menarik perhatian cD adalah time flashback zaman kanak-kanak Adik Cu.. Pelakon licik yang memegang watak Adik Cu tu memang kelas... part dia goyang gerudi tu kalah Inul.. Liuk lentuk dia memang menarik, hope besar nanti x patah ye dik.. huhuhu. Part nyah tua buat persembahan Mak Yong juga menarik... kelakar sangat, tapi diselitkan dengan keperitan liku-liku hidup seorang pondan... masa muda dan jelita dipuja.. bila da kertu merasaaa.. Azab sangat..

Kemuncak yang dinanti-nanti adalah pada part malam gala yang dianjurkan bagi mengutip dana untuk membantu kos pembedahan adik syafik. Meletop sangat.. Semua Mak-mak Hayam bersatu buat persembahan.. kelas sangat.. dan yang paling menarik emcee pada Malam Gala itu adalah pondan paling chantek Miss Viviana.. Sujud Mak Hayam.. jgn saman ehh da kipas banyak nie.. Tanpa Viviana rasanya Malam Gala tersebut x meriah langsung.. Viviana juga sempat mengusik Datuk Siti dan Datuk K.. memang kelas la ko nyah...

So pada yang belom lagi menonton, cD sarankan luangkan la masa dan pergi menonton.. x rugi kerana kepuasan anda dijamin.. Hari nie last show ok.. Cepat...

-cDapee-

Tuesday, April 29, 2008

Patung Kertas...

Bestnye malam nie cD g nonton teater.. Citer Patung Kertas. Tak sabar nak tengok Datuk Jalaluddin Hassan jadi Mak Hayam Besar... huhuhuh, sure meletop citer nie.. Jom kita nonton reramai..

Membariskan pelakon-pelakon popular antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim dan Ebi Yus, teater ini dijangka memuaskan penonton apabila mereka melihat watak Jalaluddin sebagai mak nyah. Jom baca sinopsis...

Ia mengisahkan dunia pahit manis kumpulan Paper Dolls yang bermula dengan perhubungan akrab antara abang Long (lakonan Datuk Jalaluddin Hassan) dengan Adik Chu dan Wan. Mereka melakukan aktiviti kebajikan dalam kumpulan Patung Kertas yang mempromosikan primadona hitam putih pada setiap persembahan mereka.

Pergolakan dunia Patung Kertas yang penuh suka duka itu bagaimanapun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang.

Tidak setakat itu sahaja, perebutan ‘kawasan bisnes’ juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara Patung Kertas ini tidak ’sebulu’ malah adegan cabar mencabar berebut kawasan juga berlaku. Di sebalik kekalutan itu, Abang Yus (lakonan Ebby Yus) seorang pemuda yang pada awalnya hanya peniaga kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘bisnes’ Paper Dolls tersebut turut dibabitkan oleh golongan tersebut. Kenapa Abang Yus pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya.

Kisah ini turut menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long menjadi sebahagian daripada kehidupan primadona tersebut. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh kumpulan Patung Kertas ini kepada seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung berlubang?

Cerita-cerita di sebalik nama Patung Kertas ini pasti meruntun jiwa penonton bila mengetahui kenapa dan mengapa mereka jadi begitu.

-cDapee-

Monday, April 28, 2008

The Tattooist...

Lepas beli novel ari tu cD x terus balik... Tatau nak wat ape, segenap ruang still terasa kosong dan kontang.. huhuhu cD dilanda kemarau. So pe lagi, seperti biasa cD g nonton sowang-sowang. Kali nie layan citer The Tattooist. Tatau pun nie citer per, main belasah jer coz citer nie jer yang cD lom tengok lagi, huhuhu.. Bole dikatakan hampir sumer cite yang ditayangkan cD da nonton pun. Pelakon dia pun ok gak "Jason Behr", dulu cD suka tengok dia berlakon dalam siri Roswell.

Memula cD ingat movie nie citer pasal tattoo jer, Rupenya ade hantu disebalik tattoo tersebut.. Ayooooo seram n takottttttt.. Citer hantu rupenya.. Setiap orang yang ditattoo akan mati dalam masa beberapa jam.. Hantu nie ngamok dan nak balas dendam coz dia gak mati kerana tattoo yang dijangkiti virus.. Gitu la lebih kurang.. Ok la citer nie, ade suspen, seram n romantik... kekekek..

-cDapee-

Novel Baru...

Assalamualaikum,

Penat sungguh rasanya kehidupan nie, terkadang rasa letih sangat.. Walau bagaimana hidup perlu diteruskan selagi belum tertutup kelopak dan alis mata ini. Terasa kosong, lapang dan kontang. Bagi mengisi kekosongan tersebut mari kita membaca, huhuhu. Lama gak cD tak tambah koleksi novel yang ada, so ari sabtu lepas cD telah membeli 3 buah novel baru, karya Mimie Afinie dan Richie Rachman. Mereka nie adalah penulis fav cD selain Norhayati Brahim. Jom baca sinopsis novel nie, kalau suke leh la beli n baca..

Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung. Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.

Kisah yang diadaptasi daripada sebuah jurnal kehidupan milik Rano Indrapura Collins. Ceritanya bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu menyaksikan papanya mencurangi kesetiaan mamanya. Dia bertindak membunuh Vivek, pembantu rumah yang dianggap parasit dalam keluarganya. Rano melarikan diri ke Palembang dan bertemu Tuan Christ Goldthope. Dengan bantuan lelaki itu, dia berjaya menjadi pemain bola sepak profesional di Sumatera Selatan.

Namun kejayaannya digalang ganti dengan maruah diri. Rano terjebak dalam dunia lelaki dengan lelaki.Dia jatuh cinta pada Isabelle. Namun hubungan itu terlerai kerana keadaan. Rano tidak disenangi oleh Therry kerana cemburukan personalitinya. Dia juga sering digoda oleh Tony Blake yang mahu budinya dibayar dengan 'hanya satu malam.'Teuku Herman, tokoh paling berpengaruh di kota Palembang pula menggunakan kemewahan untuk memerangkap Rano.

Akhirnya, Rano rebah di tangan playboy tua itu. Hubungan terlarang ini mengundang dendam isteri Teuku Herman. Dia berkomplot dengan Toni Blake. Rano ditangkap atas tuduhan mengedar dadah. Dengan kelicikan Teuku Herman, Rano berjaya melarikan diri ke Phuket dan menukar identiti dirinya menjadi Georgie Collin. Kemudian dengan bantuan Hazel yang mencintainya, mereka mencuba bidang komersial di Kuala Lumpur. Nama Georgie menjadi terkenal.

Bagaimanakah kesudahan jurnal kehidupan pemuda ini? Cinta dan dendam telah membawa Rano@Georgie jauh merantau. Sedangkan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki sejati.


MAAFKANKU SAYANG… sebuah novel yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Lucu, sedih, saspen, marah… itulah yang akan anda rasakan sepanjang menghayati novel yang sarat dengan konflik ini.

Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai. Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

Di tempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia. Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang. Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!

“Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…” Kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati…

“Maafkan ku sayang…”
Bisik hatinya di angin lalu.

-cDapee-

Sunday, April 27, 2008

Hunny Dan MMS...

Hari rabu lepas cD terima MMS dari Hunny. Sebak bila cD baca mesej yang disertakan bersama MMS tersebut, "Ku Rindu Waktu Yang Dulu..." Teringat zaman cD aktif Myspace dulu, semuanya sudah berlalu. cD dah tinggalkan semuanya dibelakang, tidak sekalipun cD menoleh semula... tapi satu yang masih melekat kat hati cD kenangan bersama Kamoo semua. cD cuma meninggalkan dunia "on9" yang penuh fantasi, x bermakna cD tinggal Kamoo semua yang banyak mengajar erti persahabatan.

Pada Hunny, Ipen dan Abang E... cD masih seperti dulu. Kita akan tetap bersahabat sampai cD menutup mata. Percayalah..

-cDapee-

Wednesday, April 23, 2008

Congkak...

Asal-usul permainan "congkak" kononnya diperkenalkan di sebuah kerajaan di langit. 7 lubang menghala ke neraka dan 7 lagi menghala ke syurga. Entah bagaimana, permainan itu turun ke bumi, dan telah mewujudkan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan. Ayooooo suspen x?

Semalam cD g nonton lagi, dengan harapan yang berkobar-kobar untuk menanti kejutan yang bakal menyentap jantung bila menonton cite nie. Tapi hampa, bukan citer nie x best.. tapi kurang menyengat dan tidak sehebat Jangan Pandang Belakang. Entah mengapa ada ketikanya situasi yang patutnya menyeramkan menjadi lawak plak... Satu panggung bergema dengan hilai tawa penonton.. Walau ape pun x rugi nonton cite nie..

Berikut adalah sinopsis cite congkak, cam yang cD penah cakap.. cD x suke nak buat review, terpulang pada individu kalau rasa menarik pergi la menonton dan nilaikan sendiri.

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya. Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik. Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

-cDapee-

Tuesday, April 22, 2008

Meronggeng Sakan...

Petang ahad lepas, cD n the Divas meronggeng sakan... Mana x nye, bile dapat berkumpul ngan khai, baby fasha n kak iza.. aktiviti ronggeng-meronggeng hebat dipertontonkan. huhuhu tapi bukanlah untuk tayangan dan tontonan umum.

Ermm betul ke penggunaan istilah ronggeng nie? Lantak laa, ingat Rokiah je leh meronggeng kat Istana Budaya? Kitowang pun bole laaa.. x pasal-pasal sentap n kekwat.. Pe pun petang semalam happening gilew, lately nie cD kerap habiskan masa ngan the Divas.. Dowang nie la tempat untuk cD lupakan segala ketegangan fikiran yang kerap sangat tersimpul rapi.. cD takut satu masa nanti ianya akan tersimpul mati lak, huhuh minta simpang la.

-cDapee-

Monday, April 21, 2008

Haziq dan Uncle cD...

Chakkkkkkk..

Huhuhuhu, semalam adalah hari yang dinanti-nantikan selama nie, coz semalam cD dapat jumpe, dapat pelok, dapat dokong n dapat gomol si Haziq yang comey nie... Rasakan... Perasan atau tidak rupa Haziq nie berubah-ubah dari masa ke semasa... Update gitu.. cuba tengok entry haziq yang lepas-lepas, sejak berusia satu hari sehinggalah pada hari ke 49... Bertambah comey kan??

Semalam sempat la gak snap-snap ngan Haziq nie... Mane leh x snap-snap, rugi laaa coz bukan selalu dapat jumpe Haziq... Next week Haziq da nak balik Raub. Kalau ada masa sebelom Haziq balik Raub nanti cD nak snap-snap lagi, bukan apa semalam dapat jumpe sekejap je.. rushing nak g kuliah..

-cDapee-

Sunday, April 20, 2008

Movie Marathons...

Assalamualaikum...

Ngantuknye... mana idaknye, semalam sakan layan movie. Marathons gitu. Belah siangnya cD layan "Definitely, Maybe" dan "Forbidden Kingdom" sowang-sowang. Malam plak bersama the Divas kitowang layan "Over Her Dead Body". Puas sangat-sangat, cam klimaks gamaknye huhuhu. Sumer cite best sangat-sangat terutama Forbidden Kingdom, view kat dalam citer nie memang chantek sangat. Suke tengok bamboo dia, tumbuh sebatang-sebatang x macam bamboo kita yang tumbuh serumpun. Ermmm cD bukan nak wat review filem ok, x koser laaa, saper nak tengok g la cinema.

Kalau ikutkan hati, nak jer sambung marathon lagi.. tapi x per, kita simpan untuk esok-esok plak huhuhu. Saper da tengok congkak? Angkat tangan.. Best kew cite tu ehh? Tingin gak nak tengok, kalau seram tengok sowang-sowang cD hajak la the Divas.. leh jerit ramai-ramai.. sonoknye..

-cDapee-

Thursday, April 17, 2008

E=MC2...

Tracklist:

01. Mariah Carey - Migrate (featuring T-Pain)
02. Mariah Carey - Touch My Body
03. Mariah Carey - Cruise Control (featuring Damian Marley)
04. Mariah Carey - I Stay In Love
05. Mariah Carey - Side Effects (featuring Young Jeezy)
06. Mariah Carey - I'm That Chick
07. Mariah Carey - Love Story
08. Mariah Carey - I'll Be Lovin' U Long Time
09. Mariah Carey - Last Kiss
10. Mariah Carey - Thanx 4 Nothin'
11. Mariah Carey - O.O.C
12. Mariah Carey - For The Record
13. Mariah Carey - Bye Bye
14. Mariah Carey - I Wish You Well

Sonoknye...

cD dapat download full album E=MC2, ermmm x yah susah-susah nak kena beli... huhuhu. Tapi pada peminat setia Mariah Carey pastikan anda membeli yang Ori ok. Cehhh kekwat, sendiri donlot x per orang len cD suruh beli plak.. Album nie memang best gilew, cD cakap nie bukan coz cD big fan MC, tapi album nie memang best sangat-sangat. Seperti yang diketahui umum single pertama "Touch My Body" da meletop-letop n ianya juga merupakan single #1 MC yang ke-18.. Tahniah akak Mariah coz berjaya tewaskan Elvis, cuma tinggal lagi 2 tangga jer untuk memadamkan rekod yang dipegang oleh The Beatles.

Secara peribadi cD suka sangat ngan keseluruhan album nie, single ke-2 Bye Bye juga dijangka akan menjadi single #1 ke-19. Tapi yang paling melekat kat hati dan sanubari cD adalah lagu track ke 4, I Stay In Love. Syahdu sangat..

-cDapee-

Friday, April 11, 2008

Haziq yang Tembam...

Assalamualaikum...

Just nak update sket pasal si comey Haziq nie, tengok ler Haziq da tembam kan?? huhuhuh.. cD terima pic nie semalam.. Dah masuk hari ke 40, kejap je rasanya... dalam masa 40 hari Haziq membesar dengan sihat dan kuat... cam iklan "milo" lak jadinye.. So lagi 4 hari E akan habis tempoh pantang.. next week sure Haziq akan turun KL.. Arghhh tak sabar rasenya nak pelok dak comey nie..

p/s: Haziq bersedialah untuk didera oleh Uncle cD.. huhuhuh

-cDapee-

Monday, April 7, 2008

Sayuran Pencegah Kanser...

Lately nie cD prihatin sket tentang pemakanan, banyak yang perlu dijaga. ada yang boleh diambil dan ada juga yang perlu dikurangkan.. Pe pun pemakanan yang seimbang mampu membantu mengimbangi kesihatan.. so jagalah pemakanan anda...


BROKOLI
Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.



TOMATO
Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.



KUBIS
Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.



BAWANG PUTIH dan MERAH
Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.



LOBAK
Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.



LADA MERAH
Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.

-cDapee-

Sunday, April 6, 2008

Happy Anniversary Cayang...

Alhamdulillah, walaupun lemah cD masih mampu mengukirkan senyuman.. Tidaklah semanis mana, tapi ianya ikhlas.. Yup ini yang cD mahukan, sentiasa kelihatan ceria dan happy seperti mana yang pernah cD lakukan satu ketika dulu. Dugaan ini bukan penghalang untuk cD, segalanya mungkin.

Hari nie merupakan hari yang paling istimewa dalam hidup cD. Happy Anniversary cayang. cD sayang Kamoo sangat-sangat. Semua ini bukan penghalang untuk kita, Sesungguhnya tempoh 3 tahun ini terlalu indah dan sukar digambarkan. Walaupun terkadang ada waktu-waktu sukar kita berjaya mengatasinya. Selama 2 tahun dalam masa perkenalan dan 1 tahun bersama menjalin ikatan, cD akui cD semakin lemah. Kekadang cD letih, tapi demi kasih dan sayang ini cD gagahi juga. Kamoo satu-satunya harta yang paling berharga dalam hidup cD. Dalam hayat ini, cD hanya mencintai, menyayangi dan mengasihi kamoo. Sesungguhnya cD amat berdosa kerana mencintai, menyayangi dan mengasihi Kamoo lebih daripada cD mencintai, menyayagi dan mengasihi yang Maha Esa juga Mak dan Abah. Percayalah... Semua yang lahir adalah ikhlas dan jujur, tidak pernah sekalipun cD mengkhianati ikatan suci ini. Kamoo tahu kebenaran ini kan?

cD cuma mohon Kamoo fahami diri ini, sabar dengan karenah cD dan relakan pemergian cD bila tiba waktunya. cD sentiasa menyayangi kamoo tiap detik dan waktu, tiada hentinya sayang ini. Love u so much...

-cDapee-

Thursday, April 3, 2008

Kuala Lumpur Tengahari Semalam...

Tengahari semalam, 1 April 2008.. warga kota Kuala Lumpur dikejutkan dengan keadaan cuaca yang tiba-tiba bertukar gelap gelita. Keadaan sekeliling bertukar menjadi gelap dan dalam waktu yang sama hujan turun dengan lebatnya, diiringi ribut petir bagi memeriahkan suasana... huhuhu.. Mungkinkah ini hari penentuan?? Hari perhitungan bagi semua umat manusia?? Sama-samalah kita renungkan.. Semoga apa yang berlaku memberi peringatan dan pengajaran pada kita semua..




Gambar diambil pada pukul 2.02, 1 April 2008... Pandangan dari aras 52, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS...

-cDapee-

Wednesday, April 2, 2008

Hemofilia dan Prinsip Keturunan...

PRINSIP KETURUNAN

Setiap sel dalam tubuh manusia memiliki struktur- struktur yang disebut sebagai kromosom (chromosomes). Dalam ilmu kimia, sebuah rantai kromosom yang panjang disebut DNA. DNA pula disusun dalam ratusan unit yang disebut gen yang dapat menentukan sifat manusia seperti warna mata.

Setiap sel terdiri daripada 46 sel kromosom yang disusun dalam 23 pasang. Salah satu daripada pasangan kromosom ini adalah kromosom seks atau kromosom yang menentukan jantina manusia. Wanita memiliki dua kromosom-X dalam satu pasang manakala lelaki memiliki satu kromosom-X dan satu kromosom-Y dalam satu pasang.

Gambar 1

Gambar 1 menggambarkan keturunan pada kromosom seks.Ibu yang memiliki dua kromosom X, menghasilkan sel ovum yang mengandungi kromosom X. Bapa yang menghasilkan satu kromosom X dan satu kromosom Y, menghasilkan sel sperma yang mengandungi kromosom X atau kromosom Y. Jika bapa menyumbangkan kromosom X maka anak yang akan terhasil adalah perempuan. Jika bapa menyumbangkan kromosom Y anak yang terhasil adalah lelaki.
Hemofilia terjadi akibat daripada mutasi yang berlaku pada gen yang menghasilkan Faktor VIII dan IX. Mutasi ini berlaku pada kromosom X.


Gambar 2

Gambar 2 memperlihatkan apa yang terjadi jika lelaki penderita hemofilia mempunyai anak dari seorang wanita normal. Semua anak perempuan akan memiliki sifat pembawa(carrier), jika mereka mewarisi kromosom X yang membawa sifat hemofilia dari seorang bapa. Semua anak lelaki tidak akan terkena hemofilia jika mereka mewarisi kromosom X normal dari bapa.

Gambar 3

Gambar 3 menggambarkan keadaan keturunan jika seorang lelaki normal memiliki anak dari wanita pembawa hemofilia. Jika mereka mendapat anak lelaki, maka anak tersebut 50% mungkin menghidap hemofilia. Bergantung kepada kromosom X yang diwarisinya. Jika mewarisi kromosom X normal dari ibu, anak tersebut tidak akan menghidap hemofilia dan jika mendapat kromosom X mutasi dia akan terkena hemofilia. Begitu juga dengan anak perempuan, sepasang anak perempuan mempunyai kemungkinan sebanyak 50% untuk menjadi pembawa hemofilia. Anak perempuan normal jika mewarisi kromosom X normal dan sebaliknya ia akan menjadi pembawa hemofilia.

-cDapee-