Sunday, April 6, 2008

Happy Anniversary Cayang...

Alhamdulillah, walaupun lemah cD masih mampu mengukirkan senyuman.. Tidaklah semanis mana, tapi ianya ikhlas.. Yup ini yang cD mahukan, sentiasa kelihatan ceria dan happy seperti mana yang pernah cD lakukan satu ketika dulu. Dugaan ini bukan penghalang untuk cD, segalanya mungkin.

Hari nie merupakan hari yang paling istimewa dalam hidup cD. Happy Anniversary cayang. cD sayang Kamoo sangat-sangat. Semua ini bukan penghalang untuk kita, Sesungguhnya tempoh 3 tahun ini terlalu indah dan sukar digambarkan. Walaupun terkadang ada waktu-waktu sukar kita berjaya mengatasinya. Selama 2 tahun dalam masa perkenalan dan 1 tahun bersama menjalin ikatan, cD akui cD semakin lemah. Kekadang cD letih, tapi demi kasih dan sayang ini cD gagahi juga. Kamoo satu-satunya harta yang paling berharga dalam hidup cD. Dalam hayat ini, cD hanya mencintai, menyayangi dan mengasihi kamoo. Sesungguhnya cD amat berdosa kerana mencintai, menyayangi dan mengasihi Kamoo lebih daripada cD mencintai, menyayagi dan mengasihi yang Maha Esa juga Mak dan Abah. Percayalah... Semua yang lahir adalah ikhlas dan jujur, tidak pernah sekalipun cD mengkhianati ikatan suci ini. Kamoo tahu kebenaran ini kan?

cD cuma mohon Kamoo fahami diri ini, sabar dengan karenah cD dan relakan pemergian cD bila tiba waktunya. cD sentiasa menyayangi kamoo tiap detik dan waktu, tiada hentinya sayang ini. Love u so much...

-cDapee-

No comments: