Monday, April 28, 2008

Novel Baru...

Assalamualaikum,

Penat sungguh rasanya kehidupan nie, terkadang rasa letih sangat.. Walau bagaimana hidup perlu diteruskan selagi belum tertutup kelopak dan alis mata ini. Terasa kosong, lapang dan kontang. Bagi mengisi kekosongan tersebut mari kita membaca, huhuhu. Lama gak cD tak tambah koleksi novel yang ada, so ari sabtu lepas cD telah membeli 3 buah novel baru, karya Mimie Afinie dan Richie Rachman. Mereka nie adalah penulis fav cD selain Norhayati Brahim. Jom baca sinopsis novel nie, kalau suke leh la beli n baca..

Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung. Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.

Kisah yang diadaptasi daripada sebuah jurnal kehidupan milik Rano Indrapura Collins. Ceritanya bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu menyaksikan papanya mencurangi kesetiaan mamanya. Dia bertindak membunuh Vivek, pembantu rumah yang dianggap parasit dalam keluarganya. Rano melarikan diri ke Palembang dan bertemu Tuan Christ Goldthope. Dengan bantuan lelaki itu, dia berjaya menjadi pemain bola sepak profesional di Sumatera Selatan.

Namun kejayaannya digalang ganti dengan maruah diri. Rano terjebak dalam dunia lelaki dengan lelaki.Dia jatuh cinta pada Isabelle. Namun hubungan itu terlerai kerana keadaan. Rano tidak disenangi oleh Therry kerana cemburukan personalitinya. Dia juga sering digoda oleh Tony Blake yang mahu budinya dibayar dengan 'hanya satu malam.'Teuku Herman, tokoh paling berpengaruh di kota Palembang pula menggunakan kemewahan untuk memerangkap Rano.

Akhirnya, Rano rebah di tangan playboy tua itu. Hubungan terlarang ini mengundang dendam isteri Teuku Herman. Dia berkomplot dengan Toni Blake. Rano ditangkap atas tuduhan mengedar dadah. Dengan kelicikan Teuku Herman, Rano berjaya melarikan diri ke Phuket dan menukar identiti dirinya menjadi Georgie Collin. Kemudian dengan bantuan Hazel yang mencintainya, mereka mencuba bidang komersial di Kuala Lumpur. Nama Georgie menjadi terkenal.

Bagaimanakah kesudahan jurnal kehidupan pemuda ini? Cinta dan dendam telah membawa Rano@Georgie jauh merantau. Sedangkan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki sejati.


MAAFKANKU SAYANG… sebuah novel yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Lucu, sedih, saspen, marah… itulah yang akan anda rasakan sepanjang menghayati novel yang sarat dengan konflik ini.

Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai. Bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

Di tempat itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia. Terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang. Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuat dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!

“Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…” Kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati…

“Maafkan ku sayang…”
Bisik hatinya di angin lalu.

-cDapee-

No comments: