Tuesday, April 29, 2008

Patung Kertas...

Bestnye malam nie cD g nonton teater.. Citer Patung Kertas. Tak sabar nak tengok Datuk Jalaluddin Hassan jadi Mak Hayam Besar... huhuhuh, sure meletop citer nie.. Jom kita nonton reramai..

Membariskan pelakon-pelakon popular antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim dan Ebi Yus, teater ini dijangka memuaskan penonton apabila mereka melihat watak Jalaluddin sebagai mak nyah. Jom baca sinopsis...

Ia mengisahkan dunia pahit manis kumpulan Paper Dolls yang bermula dengan perhubungan akrab antara abang Long (lakonan Datuk Jalaluddin Hassan) dengan Adik Chu dan Wan. Mereka melakukan aktiviti kebajikan dalam kumpulan Patung Kertas yang mempromosikan primadona hitam putih pada setiap persembahan mereka.

Pergolakan dunia Patung Kertas yang penuh suka duka itu bagaimanapun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang ahli baru kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang.

Tidak setakat itu sahaja, perebutan ‘kawasan bisnes’ juga menjadikan suasana lebih tegang dan ada antara Patung Kertas ini tidak ’sebulu’ malah adegan cabar mencabar berebut kawasan juga berlaku. Di sebalik kekalutan itu, Abang Yus (lakonan Ebby Yus) seorang pemuda yang pada awalnya hanya peniaga kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘bisnes’ Paper Dolls tersebut turut dibabitkan oleh golongan tersebut. Kenapa Abang Yus pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya.

Kisah ini turut menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long menjadi sebahagian daripada kehidupan primadona tersebut. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh kumpulan Patung Kertas ini kepada seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung berlubang?

Cerita-cerita di sebalik nama Patung Kertas ini pasti meruntun jiwa penonton bila mengetahui kenapa dan mengapa mereka jadi begitu.

-cDapee-

No comments: