Friday, May 30, 2008

El Orfanato...

Ermmm nie movie ke-2 cD dalam minggu nie.. citer The Orphanage atau dalam spanish El Orfanato... Kelas x cD layan citer spanish lagi, feeling mi amor, mi amor bagai huhuhu. Sebenarnya dari last week lagi cD tingin nak tengok citer nie. Macam ada aura yang menarik minat cD. Memang berbaloi penantian cD, jalan citernye mudah dan x terlalu sukar untuk difahami. Berkisar tentang misteri disebuah rumah anak yatim yang menghantui Laura dan keluarganya.

Pada Kamoo-Kamoo yang suke tengok telenovela mexico yang satu ketika dulu penah hangat kat tv3, ntv7 dan rtm1 boleh la g menonton. Bagi cD citer nie memang best, tapi bagi mereka yang just nakkan hiburan maybe citer nie membosankan..

Sinopsis:-

Filem Spanish ini mengisahkan Laura yang membesar di sebuah rumah anak yatim di tepi pantai, dijaga dengan baik oleh semua staf di situ dan rakan-rakan anak yatim yang lain yang dianggap seperti keluarga sendiri. Kini, setelah 30 tahun berlalu, Laura kembali bersama suami, Carlos dan anak lelakinya yang berusia 7 tahun, Simon. Laura mengimpikan untuk membuka kembali rumah anak yatim yang pernah dihuninya itu untuk kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Namun, tanpa dia ketahui, rumah lama tersebut menyimpan suatu rahsia yang akan membahayakan dirinya sekeluarga. Filem ini diterbitkan oleh penerbit Pan's Labyrinth dan Hell Boy, Guillermo del Toro.

Budak lelaki cacat yang menjadi misteri...

Hanya mereka yang menghampiri maut dapat melihat orang-orang yang telah mati...

The Orphanage/Rumah anak-anak yatim...

-cDapee-

Tipah Tertipu...

Haloooooooo..

Minggu nie ade banyak movie baru yang ditayangkan... sonoknyer hidup huhuhu.. so semalam movie pertama yang cD tonton minggu nie adalah citer Someone Behind You (Korea) Ermm cD x jumpe la poster kat GSC tu, yang ade kat yahoo n google poster nie jer.. cD tertarik nak tengok citer nie pun coz poster dia.. tapi nampaknye tipah tertipuuuuuu.. Citer nie x best langsung, malas la nak cite coz cD pun cam x paham jer tengok... so len kali jangan tertipu oleh poster ehhh..

Eeeeeiiii rasa x puas hati la plak, nak kena cite sket laa.. citer nie berkisar tentang pembunuhan dan kematian ahli keluarga yang di lakukan oleh mereka sendiri akibat dirasuk gamaknye.. Tapi ntah la cam bodoh jer, maybe cD x paham jalan citer dia kot... Apa yang cD faham, dia x boleh percayakan sesiapa termasuk dirinya sendiri.. tapi dia ikut jer cakap ade sorang mamat nie. Mamat nie pun alami situasi yang sama.. sebenarnya mamat nie x wujud langsung pun.. Gilekan, pening arr tengok citer nie. Last-last sumer yang terlibat mati.. hampeh..

x per, malam nie nak kembalikan mood ngan tengok citer Long Kong 2, x pun citer Super Hero Movie.. Bestnyer....

-cDapee-

Wednesday, May 28, 2008

Happy Birthday Ucuk...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Ucuk...
Happy Birthday 2 You

Hari nie 28 Mei 2008, ucuk akan menyambut besday yang ke-27... Eppy Besday Ucuk. Siapa ucuk nie? Namanya Hidney Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Reel oleh teman-teman. Ucuk tu panggilan manja cD pada Reel, dan kata ganti nama ke-2 cD.. huhuhu ngade nak manje-manje.. Dek kerana kerap sangat guna panggilan ucuk, nama tu lekat sampai skang. Haaa.. nie cD bukan nak wat kontroversi ehhh, jangan fikir bukan-bukan.. cD geget kang. cD nie jenis yang manje, anak bongsu plak tu.. so kekawan cD sume da faham n masak ngan perangai cD.

Berbalik pada tuan empunya diri, apa yang boleh cD gambarkan Reel nie seorang teman yang paling memahami. pendengar yang baik, tempat cD ngadu masalah... penghibur berbakat.. leh nyanyi, suara Reel sedap tau. huhuhu apa lagi ehhh... Pendek kata x rugi milikki sahabat seperti Reel. Bersyukur sangat coz diberi peluang mengenali insan yang istimewa nie..

Jun 2007

Ermmm satu lagi Reel nie jenis yang suka dan berani mencuba sesuatu yang baru. Kalau benda tu menarik minat.. tanpa teragak-agak dia akan mencubanya.. Hal nie cD x gemar sangat, bukan x boleh mencuba tapi terkadang benda yang ingin dicuba tu boleh merbahayakan diri sendiri.. Pe2 pun cD tau Reel pandai jaga dirinya...

Buat Reel, Happy Birthday.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berbahagia hendaknya. Muahhh kat pp.

Penghibur hati yang lara... Februari 2007

Jun 2007

-cDapee-

Tuesday, May 27, 2008

Hati Ini Telah Dilukai...

Semalaman terkenangkan dirimu...
Mengalir air mataku membasahi pipi
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku?
Sedangkan kau tahu perasaan ini...

Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggup ku singkirkan semua cinta yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
Kata perpisahan yang kau pinta

Biarkanlah, biarkan aku hidup sendirian
Tak inginku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah, biarkan aku hidup sendirian...
Kerana hati ini telah dilukai...

Adakah dengan mengalah bererti kita tewas dan lemah? Entahlah, bagi cD mengalah bukan bermakna kita kalah, tapi cD beralah untuk tidak mengusutkan lagi keadaan. Biarlah cD mengalah dari terusan terluka, sesungguhnya sekeping hati yang cD milikki ini tak mampu untuk dirobek lagi. Luka yang mengalirkan darah x berwarna ini masih belum kering parutnya. Dalam apa juga situasi cD kerap mengalah, tanyalah mereka-mereka yang mengenali diri ini. Sukar untuk cD mengatakan tidak. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga, terkadang hati sendiri kerap tercalar demi menjaga hati dan perasaan insan lain. Bagaimana dengan hati ini?

Terkadang cD merajuk sendiri, mahu atau tidak sendirian cD pujuk kembali hati supaya tidak kalah pada emosi sendiri. Rajuk cD x lama, boleh dikatakan cD dah imun dengan semua nie. Merajuk dan memujuk hati sendiri. cD bersyukur diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini. Bukan mudah untuk cD mengalah, tapi biarlah cD beralah... Hati cD x sekeras mana, sekali ianya tercalar cD masih mampu bertahan.. tetapi jika acapkali tercalar tentu parah lukanya kan? Masih mampukah untuk cD terusan bertahan?

Kali nie biarlah cD beralah, pedihnya luka ini x mampu cD tanggung sendirian. Hati ini perlu dirawat sebelum terus melarat... Biarlah masa menentukannya, moga waktu yang berlalu mampu merawat kelukaan ini.

-cDapee-

Haziq Da Botak...

Assalamualaikum...

Lama rasanya cD x update citer Haziq kan? Jangan risau Haziq still kesayangan uncle cD.. huhuhu, last week time g Raub patutnye cD singgah umah E.. disebabkan ada hal yang x dapat dielakkan cD terpaksa batalkan niat dan terus balik KL. Pada E, minta maaf banyak-banyak.. len kali cD singgah ehh..

Rindu sangat kat Haziq, cD minta E mmskan pic Haziq.... Hamik ko, Haziq da botak... huhuhuh tapi still comey lagi kan? cam uncle cD dia gak. Ermmm 2 Jun nie Haziq genap 3 bulan, da besar dia ehhh. Muahh kat pp Haziq, cayang dia.

-cDapee-

Monday, May 26, 2008

Movie Lagi...

24 Mei 2008
Pavilion, Kuala Lumpur
Indiana Jones And The Kingdom of the Crystal Skull

Last week sempat nonton satu movie jer, huhuhu jadi ler kan. Ermmm cene nak cakap ehhh, citer nie ok la.. best jugak... matilah sumer citer komennye ok sajor.. Pendek kata sungguh menghiburkan, padat ngan aksi-aksi mencabar(mencabar ke?) cD suka part semut merah yang besar-besar tu... real sangat.. part gayut-gayut ngan monyet tu pun ok gak.. cam tengok citer tarzan lak.. Tapi yang ketara Harrison Ford da tua laaa.. huhuhu tapi lakonan still mantap, tua-tua keladi, nampak ensem lagi.

Citer nie berkisar tentang misteri tengkorak kristal.. Macam-macam halangan yang terpaksa dilalui oleh Indi untuk membongkar misteri tersebut. Dalam kekalutan tersebut juga Indi bertemu semula dengan kekasih lamanya dan anak yang dia tidak pernah tahu kewujudannya. Menarik kan.. Malas nak citer banyak-banyak, pada yang suke citer nie leh la g nonton.. memang best..


This week nak tengok citer Super Hero Movie lak.. x sabarnyer.. Sebelom terlupe jom ramai-ramai kita g nonton teater P. Ramlee The Musical..

Tarikh Persembahan: 28 Mei - 14 Jun 2008
Tempat Persembahan: Panggung Sari, Istana Budaya
Masa 3.00 Petang, 8.30 Malam
Untuk keterangan lanjut dan pembelian tiket, sila hubungi:
Hotline: 03-77115000
Laman Web Tiket: www.axcess.com

-cDapee-

Enjoykan Diri...

Hari sabtu lepas, jadual cD padat gilew.. Paginye ke Raub, memenuhi undangan majlis perkahwinan.. Petangnye pula sesi berpoye-poye ngan geng mental... huhuhu. Tatau la hidup cD cene tanpa dowang nie, tiap kali bersama hapi jer manjang... segala belenggu dapat di campak jejauh. Thanks kekawan ku cayang... Muahhh kat pp Kamoo sume.

Kali nie lokasi untuk berpoye-poye adalah di Pavilion.. huhuh terasa bagaikan golongan elit sebentar. Orang heboh bercerita tentang kehebatan Pavilion, tapi bagi cD yang telah beberapa kali menjejakkan kaki disini x terasa teruja langsung.. Tatau ngape. Apa salahnya sesekali tukar angin kan.. jauh perjalanan luas viewnye kan.. opssss.. Kunjungan ke Pavilion bukan semata-mata untuk berpoye-poye jer, kitorang sebenarnya g tengok Indiana Jones.. Nanti cD citer pasal movie nie.. Kalau dah berkumpul sama-sama ngan geng mental, x sah kalau mental tu nak dok diam. Mula la nak snap-snap sana, snap-snap sini...

Nie sebahagian dari pic-pic yang terlepas dan diluluskan untuk tontonan umum.. huhuh

Happy Together....

Happynyer kami........

Pose nie jer yg termampu.. huhuh

pose fav cD, muncung....

cD n Khai

Kak Izz nak jadi kuda...

Fash n Kak Izz

Sakan seharian berpoye-poye, terasa letih sangat.. so perhentian terakhir adalah umah Khai. Kitorang plan tengok Konsert Akhir AF kat umah Khai.. Ermmm macam biasa konsert hambar dan boring.. malas nak citer panjang...

-cDapee-

Slamat Pengantin Baru Shikin...

Sabtu, 24 Mei 2008
Kampung Sungai Lui, Raub Pahang.

Selamat Pengantin Baru Shikin, semoga bahtera yang dibina kekal dan bahagia hendaknya. Sabtu lepas cD gagahkan diri ke Raub untuk mengotakan janji bagi memeriahkan majlis perkahwinan Shikin dan Zamri. Shikin nie kawan baik cD time sama-sama berkhidmat di Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad. Dia la teman gaduh, teman mengadu masalah, teman makan sama-sama... huhuhu Rindu saat-saat hapi dulu.

Kini, Shikin telah sah menjadi isteri dan teman hidup orang, semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa... Amin. Setahun yang lepas, dalam bulan Mei juga cD pernah ke Raub... Masa tu majlis perkahwinan E. cD tidak sendirian, kerana Kamoo ada menemani cD.. tapi kunjungan ke Raub kali nie Kamoo tiada. Sebak rasanya bila terkenang memori tersebut, sama-sama gelak tertawa dalam kereta, gurau senda dan genggaman erat jari-jemari Kamoo sepanjang perjalanan seakan masih terasa. Hangatnya suasana itu, tapi kini... Kamoo tiada.

Arghhhh cD jangan bunuh mood kebahagian perkahwinan Shikin.. sori teremosi jap.. huhuh. Nie cD titipkan sebahagian dari gambar perkahwinan Shikin..

Anggun, Ratu sehari...

Nak jugak....

cD, mencomelkan dirinya... huhu

-cDapee-

Friday, May 23, 2008

Lelahku Sendirian...

Setiap hari cD memohon
Agar yang Esa sentiasa memberikan cD ketenangan
Kekuatan dalam hati bagi menempuhi segala dugaan
Terlalu sukar untuk hadapinya sendirian
Tapi cD pasti punya ertinya.....

Lelah rasanya hidup sebegini, cD akui cD x sekuat dulu. cD x mampu untuk menguntumkan senyuman tiap detik dan waktu, ada kalanya basah juga pipi ini dihujani manik-manik kayangan. Katalah apa saje, hinalah semahunya... cD terima seadanya. Apakah lelaki x mampu menitiskan air mata?, lelaki x punyai rasa nurani?, mahupun cetusan sanubari?, mungkin Kamoo menganggap cD lemah.. Ya cD akui, tapi cD gagahi juga.

Adakalanya cD merasakan hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar akan hancur berderai segalanya
Ya Allah tabahkanlah hati cD melalui semua ini
Kuatkan dan cekalkan diri ini ke akhirnya.....

Mudah untuk mengatakan semuanya akan "OK", keadaan akan kembali seperti biasa satu ketika nanti. Tapi realitinya, lidah tetap tidak memahami hati. Lidah hanya menzahirkannya tapi batin ditanggung sendirian oleh hati, bagaimana kata hati? Sendiri menunggu mati...

Kamoo,
cD Rindu....

-cDapee-

Thursday, May 22, 2008

cD Love You Till The End...

I just want to see you
When you're all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I can't escape
I love you 'till the end

I just want to tell you nothing
You don't want to hear
All I want is for you to say
Why don't you just take me
Where I've never been before
I know you want to hear me
Catch my breath
I love you 'till the end

I just want to be there
When we're caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you
When the night puts on it's cloak
I'm lost for words don't tell me
All I can say
I love you 'till the end

Selagi jasad masih bernyawa cD akan terus menyayangi Kamoo. cD sedar segalanya telah berakhir dan tidak mengharapkan waktu berputar kembali. Seperti yang cD kata, hati ini telah terkatup... Didalam hati cD cuma ada Kamoo, dan sehingga ke akhirnya akan terusan begitu. Tapi cD mohon, jika satu hari nanti pintu hati cD terbuka... Maafkanlah diri ini. Apa yang nyata saat dan ketika ini hati cD x akan terbuka.

-cDapee-

Hapuslah Air Matamu cD...

Terkadang kenangan yang pahit itu lebih bermakna dari mimpi yang indah.... Kerana realitinya, mimpi hanyalah mimpi, indahnya sementara kita diulit lena... lantas terjaga segalanya lenyap begitu saja..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Seperti cD, hidupnya bergantung pada kenangan lalu dengan erti kata lain cD hidup dalam kenangan. cD mengimbas satu persatu detik indah dalam hidupnya untuk menapak dan meneruskan sisa hayatnya. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Tetapi dengan kekecewaan itulah cD belajar untuk mengharungi liku kehidupan ini. cD bersyukur kerana berpeluang merasai kemanisan cinta, dan sekurang-kurangnya cinta berjaya mengetuk pintu hati cD. Walaupun seketika cinta Kamoo terus bersemadi. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Masa akan terus berlalu, tapi percayalah... tiap detik bersama Kamoo segar selamanya, tidak sekali-kali Kamoo akan luput dari ingatan ini.

Sejujurnya hati ini telah tertutup, tiada ruang yang mampu dipenuhi lagi. Tiap ceruk dan penjuru telah dipenuhi oleh kasih dan cinta Kamoo, seperti yang pernah cD lafaskan dulu.. Tiada cinta yang lain melainkan cinta Kamoo. Hati ini telah bernoktah setelah hadirnya Kamoo, kini cD akan menoktahkan ceritera cinta kita. Hidup ini akan terasa indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Hapuslah air matamu cD....

-cDapee-

Wednesday, May 21, 2008

Lakaran Kehidupan cD...

Mengimbas kenangan 3-4 tahun lepas, cD senyum sendiri. Seorang insan yang naif, lincah, hapi, degil dan manje. Segalanya datang dalam satu pakej, maybe x lengkap tapi memadai bagi insan yang bernama cD. Tiada halangan dalam kehidupan seharian, apa yang cD tahu dia hapi dengan dunianya. cD ada keluarga yang menyayangi, kawan-kawan yang memahami dan kebebasan hidup tanpa sebarang komitmen. Jarang cD mempamerkan kedukaan dan kesedihannya, tiada istilah terluka atau kecewa. Kehidupan cD seakan sebuah lukisan, lakaranya cukup indah dan jelas tergambar pada tiap lirikan yang memandang.

"Seronoknya menjalani kehidupan sebagai seorang yang bergelar cD", statement nie pernah keluar dari mulut seorang hamba Allah. Sejujurnya cD sendiri terkejut dengan penilaian hamba Allah tersebut. Manusia menilai sesuatu yang zahir melalui apa yang tergambar oleh pandangan mata, tapi mereka tidak memahami apa yang terpendam jauh didasar yang tidak terselam dalamnya.

Kehidupan di dalam lukisan, lakaran yang cukup indah..

cD selesa dengan pandangan sebegitu, biarlah dimata umum cD seorang yang hapi dan bebas dari sebarang belengu masalah. Apa yang tersirat dan terpendam adalah milik cD sepenuhnya. Perasaan ini bukan untuk dikongsi bersama, kelukaan dan kekecewaan menjadikan cD seorang yang kuat dan tabah. Jika semua ini dikongsi bersama, cD khuatir cD akan menjadi lemah dan tidak mampu menanganinya sendirian, bagaimana jika cD tiada tempat untuk bergantung? tempat untuk mengadu? Oleh itu cD harus berani berdiri diatas titian ini tanpa bergantung pada sesiapa. Bukan ego, tapi cD harus dan perlu hadapinya.

Terkadang cD rindu pada waktu-waktu yang berlalu. Rindu pada cD yang dulu, juga rindu pada Kamoo. Sesungguhnya bukan mudah, menjalani kehidupan ini tanpa Kamoo disisi.. Biarlah cD membawa jauh rindu ini, moga masa mampu merawat segalanya kerana pengorbanan sudah lama menjadi milik cD...

Jauh disudut hati cD masih bermimpi, mimpi yang indah moga esok Kamoo kembali lagi. Jauh disudut hati ada waktu-waktunya, cD berdoa Kamoo pulang semula... Walaupun berat, cD tetap menerima pemergian Kamoo buat selamanya...

-cDapee-

Tuesday, May 20, 2008

Movie Lagi...

Assalamualaikum..

Last week cD menonton lagi, huhuhuh.. tahun nie memang cD pecah rekod, coz tiap-tiap minggu ada je movie yang cD tonton. Paling kurang 1 movie 1 minggu, tapi last week 3 movie skali cD tonton...

Jumaat malam, 16 Mei 2008
9.40 pm/Tgv Klcc
The Chronicles Of Narnia, Prince Caspian

Cite nie cD tonton ngan Kak Izz n Fash, best sangat-sangat. Kali nie Narnia dicemari dengan kehadiran manusia, satahun mereka di England setelah meninggalkan Narnia bersamaan dengan beribu-ribu tahun di Narnia. Banyak perubahan yang terjadi sepanjang tempoh tersebut, jangan lepaskan peluang menonton filem hebat nie ehhh... banyak watak menarik antaranya pahlawan tikus.. huhuhu

The Chronicles Of Narnia Prince Caspian...

Ahad Malam, 18 Mei 2008
11.40 pm/Tgv Klcc
40 Hari Bangkitnya Pocong

Cite nie lak cD tengok ngan Khai, Nana n Farah, gile x kitorang tengok midnight citer Pocong? huhuhu. Ermmm susah nak gambarkan perasaan time tengok cite nie, suspen tu memang ada, seram pun ada gak.. tapi entah kenapa citer pocong nie cam x berapa menakutkan.. cD tertunggu-tunggu gak nak menjerit tapi hampa... cuma suspen lite-lite sajor.

Isnin, 19 Mei 2008 (hari wesak)
12.30 pm/Tgv Klcc
Beranak Dalam Kubur

Pompuan nie bole beranak dalam kubur, pastu kuar ngan baby dia.. eeeiii seram.

Cite nie cD tengok ngan The Divas.. huhuhu Kak Izz, Fash n Khai, baru lengkap. Konon-konon cite nie seram sangat coz tu x brani tengok midnight so tengok siang jer.. Intro citer nie leh tahan, seram gak coz pompuan ngandung kena Voodoo, kat tangga umah lak tu... seram, last-last mati kena jerut, tergantung gitu dengan perot yang memboyot...

Mayat pompuan nie mengamok kat Hospital, sampai rumah mayat kat spital nie kena tutup. Nak jadi lebih menarik ada sekumpulan pelajar perubatan ala-ala Grey's Anatomy wat lawatan kat spital nie.. Biasa la kalau ade pelajar nakal kan.. Dowang telah menceroboh rumah mayat yang ditutup itu. So terimalah pembalasan, sorang-sorang mati dengan dasyat... nak tu kesudahan cite nie, n kenapa mayat pompuan tu mengamok g la tengok ehh..

menjerit-jerit khai ngan Fash, Kak Izz lak da tutup muka.. cD?? slamba jer, huhuhuh kekwat kan... Bagi cD citer nie ok la, best n menerik sket dari citer Pocong tu..

-cDapee-

Butterfly Fish...

Ermmm bercoti x henggat dunia, sampai penuh inbox. Macam la glamer sangat kan, huhuhu. Dalam banyak-banyak emel yang cD terima, ada satu emel yang menarik dan ingin cD kongsikan dengan Kamoo sumer. Rasanya ramai gak yang da dapat emel nie, tapi peduli hape cD nak kongsi gak.. huhuhuh kekwat sangat.

Pernah dengar tentang "Butterfly Fish"? Menarik kan bunyinya.. Tapi rupa da fizikal ikan tersebut lagi menarik.. Ikan yang mempunyai sayap or kepak seperti rama-rama. Dari apa yang cD baca, ikan nie banyak terdapat di perairan arab, yang menghala ke laut merah.. Indah sungguh ciptaan yang Maha berkuasa.

Chantek kan sayap ikan nie...


Bersedia untuk terbang bebas...

Yang nie kaler biru, chantek...

-cDapee-

Thursday, May 15, 2008

Teman...

Apabila Kamoo ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kamoo mungkin akan menjauhinya....

Andai Kamoo ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kamoo akan membencinya....

Andai Kamoo inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kamoo mungkin akan memfitnahnya....

Andai Kamoo inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kamoo mungkin akan menyalahkannya....

Andai Kamoo inginkan SESEORANG sebagai teman,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan ... Kekurangan ... Keburukan ..
Kalau itu yang Kamoo boleh terima dari seorang TEMAN
Tidak mustahil Kamoo akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana Kamoo juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.....

-cDapee-

Tuesday, May 13, 2008

Merewang Di Hari Sabtu...

Petang ari sabtu yang lepas, cD sempat merewang-rewang dengan Kak Izz n Fash.. Kalau da berjalan tu memang x hengat dunia, dari satu mall menapak ke mall yang len plak. Rasanya habis sumer mall kat KL nie kitorang terjah.... wahhhh tapi hasilnya nan ado.. Penat lutut jer, tapi x beli hape pun.. dah nama pun window shopping kan..

cD syukur sangat, bila saat-saat tersepit dengan situasi skang nie sekurang-kurangnya cD tidak sendirian. So x de la terasa sangat, walaupun kepedihannya hanya cD yang tahu. cD akan terus menjadi cD, biarlah dimata umum cD ceria dan hapi... Kedukaan tetap milik cD seorang, x mampu rasanya nak berkongsi dengan sesiapa. Dahhhh jangan emo lelebih lak..

Kemanisan hidup akan terasa jika kita tahu apa matlamat yang harus kita capai. Jangan leka dibuai mimpi-mimpi indah yang selalunya terus kekal sebagai mimpi. Sebaliknya kejarlah sesuatu yang mampu digapai di medan realiti ini. Pastikan ianya bermanfaat pada diri sendiri dan juga insan-insan sekeliling kita. Gagal dalam seperkara bukan bermakna kita gagal terus, sebaliknya teruskan tekad dan berusaha. InsyaAllah sinar sentiasa ada. Percayalah..

Pose dulu sebelom shopping....

Pose lagi...

Kakakku...

Fash... Tempat bermanja... huhuh

-cDapee-

Janda Baik...

Kisahnya bermula dengan lagenda seorang puteri yang cantik dan baik, sang puteri membantu dan merawat para pembesar dan pahlawan Negeri Pahang yang cedera dari perperangan di Selangor. Kini tempat indah ini lebih dikenali sebagai Janda Baik.

Dikelilingi oleh hutan dara dan banjaran titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Mengambil masa 40 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Janda Baik adalah destinasi percutian mendamaikan dengan udara yang segar dan hutan yang menghijau pasti menjanjikan sesuatu yang segar.

Dari percutian romantik bersama teman istimewa atau menghabiskan masa yang indah bersama keluarga sehinggalah mengaturkan majlis-majlis perkahwinan dan korporat. Semuanya ada di sini. Maklumat lanjut tentang Janda Baik boleh lawati di SINI <--- klik jer, jangan malu-malu.

Sebelom nie, cD hanya tahu Janda Baik adalah satu tempat yang berada di negeri Pahang. Tidak terfikir langsung adanya Janda Baik yang lain melainkan tempat itu. Rupa-rupanya masih ada satu lagi Janda Baik, jeng.. jeng... jeng..

Nie la Janda Baik yang cD maksudkan...

Tak sangka plak ada spesis tumbuhan yang diberi nama Janda Baik... 1st time cD tengok pokok nie masa teman kakak g beli tanah, baja n pasu ari tu. Tak pasti plak pokok nie mengeluarkan bunga or just berdaun sahaja.

-cDapee-

Monday, May 12, 2008

Namun Engkau Tahu...

Aku tak menyangka
Begini akhirnya cerita indah kita bersama
Sukar tuk percaya
Tergamaknya engkau
Menghembus kata itu padaku
Namun engkau tahu
Semua itu bukanlah untukku…

Sejujurnya…
Aku tahu apa berlaku
Dibelakangku selama ini
Kupejamkan mata

Tapi sampai bila….
Aku kan membisu untukmu
Namun engkau tahu
Ku tetap menyayangimu
Selamanya…

Sejujunya cD tak punyai siapa-siapa atau apa-apa di saat dan ketika ini. Kamoo lah segalanya bagi cD, tapi kini apa lagi yang mampu cD katakan.... Kamoo sendiri tahu cD luar dan dalam, adakah tempoh 3 tahun ini suatu tempoh percubaan? Maknanya cD telah gagal walaupun sedaya upaya cD cuba untuk membahagiakan kita. cD x akan mati dengan situasi ini, cD x akan mengalah, selamanya akan terus disini.. selamanya akan kekal begini. Tiada ruang yang mampu dipenuhi atau diisi, tahta dihati tetap milik kamoo. Ketahuilah oleh mu, pengorbanan itu sudah lama jadi milikku.

-cDapee-

Movie Lagi...

Last week sakan cD nonton movie. Bulan nie aje macam-macam movie hebat yang akan kuar antaranya The Chronicles Of Narnia Prince Caspian, Indiana Jones dan banyak lagi laaa.. Sumernya best-best, rugi kalau terlepas menonton nie.. Last week cD sempat tonton 2 movie yang best sangat, What Happens In Vegas dan Speed Racer.

What Happens In Vegas adalah citer komidi romantik lakonan Cameron Diaz dan Ashton. Suka sangat cite nie, coz tiap kali cameron bawa watak komidi, lawak dia spontan. Bukan lawak bodoh yang dibuat-buat. Mereka bertemu di Vegas apabila cameron membawa hati yang parah setelah break off di hari besday tunang dia. Part nie sedih gile, bayangkan dia nak wat surprise kat tunang dia, tapi last-last dia yang terkejut berok. Ashton lak kena pecat oleh bapaknya sendiri coz x beri komitmen secukupnya.. kekeke. Macam-macam yang berlaku sepanjang mereka di Vegas.. so g la nonton kalau nak tahu ngape dowang kahwin dalam keadaan mabuk dan berebut USD 3 juta.

Speed Racer pun x kurang hebatnya, memang terhibur sangat. cD x pandai la nak wat review nie, sebab tu cD selalu cakap x suke wat review... just nak kongsi citer-citer hebat yang sedang panas di panggung-pangung sajor... so g nonton cepat-cepat ehhh memang best.

Kalau Kamoo sumer penah tengok citer kartun Speed Racer nie sure Kamoo tahu jalan citer Movie nie... biase la filem yang diadaptasi dari citer kartun

-cDapee-

Thursday, May 8, 2008

Wajah Rahsia Hati

Now what if I never kiss your lips again
Or feel the touch of your sweet embrace.
How would I ever go on?
Without you there’s no place to belong
Well someday love is going to lead you back to me
But till it dose I'll have an empty heart
So I'll just have to believe
Somewhere out there you're thinking of me

You'd think I'd be strong enough to make it trough
And rise above when the rain falls down
But its so hard to be strong
When you've been missing somebody so long
It's just a matter of time I'm sure
But time takes time and I can't hold on
So wont you try as hard as you can
To put my broken hearth together again?

Sekuat mana cD mampu bertahan, cD terus pertahankan... tapi sekuat dan sekukuh manalah hati dan perasaan ini? Ada kalanya terguris juga, ada waktunya terusik ulunya. Berat dan payah rasanya untuk cD terusan mengukir senyum, terasa bagaikan hipokrit. Segalanya jelas terlukis diwajah, tanpa mampu cD selindungi lagi... Wajah x mampu menipu, inilah wajah rahsia hati cD.

Kamoo cD rindu...

-cDapee-

Kak Izz dan Sate...

Ermmm lately nie cD kerap sangat makan sate, kalau nak tau Kak Izz la orang yang bertanggungjawab dalam hal nie.. huuhu Ampun kakak, Adik cD bercakap benar.. kekeke.

Kak Izz nie boleh dikatakan hantu sate, tapi dia bukanlah hantu, buktinya tengok pic cD ngan dia. Chantek kan orangnya, baik hati plak tu.. sonok dapat kakak cam nie. Bila kuar makan sure dia akan order sate, sekali order 20 - 30 cucuk.. tapi limit untuk dimakan hanya 10 cucuk je. Cene tu, sape nak jawab? So cD n Baby Fasha adalah mangsa untuk habiskan sate-sate tadi.

Lepas nie sure badan cD bertambah Kg... arghhhh tidak...

Azabnye nak abiskan 1 cucuk sate nie....
last-last cD gak kena sumbat..

Buat kakak.. cD cayang sangat kat kakak. Thanks 4 everything, entry nie khas buat kakak. Muahhh kat pp.

-cDapee-