Friday, May 30, 2008

El Orfanato...

Ermmm nie movie ke-2 cD dalam minggu nie.. citer The Orphanage atau dalam spanish El Orfanato... Kelas x cD layan citer spanish lagi, feeling mi amor, mi amor bagai huhuhu. Sebenarnya dari last week lagi cD tingin nak tengok citer nie. Macam ada aura yang menarik minat cD. Memang berbaloi penantian cD, jalan citernye mudah dan x terlalu sukar untuk difahami. Berkisar tentang misteri disebuah rumah anak yatim yang menghantui Laura dan keluarganya.

Pada Kamoo-Kamoo yang suke tengok telenovela mexico yang satu ketika dulu penah hangat kat tv3, ntv7 dan rtm1 boleh la g menonton. Bagi cD citer nie memang best, tapi bagi mereka yang just nakkan hiburan maybe citer nie membosankan..

Sinopsis:-

Filem Spanish ini mengisahkan Laura yang membesar di sebuah rumah anak yatim di tepi pantai, dijaga dengan baik oleh semua staf di situ dan rakan-rakan anak yatim yang lain yang dianggap seperti keluarga sendiri. Kini, setelah 30 tahun berlalu, Laura kembali bersama suami, Carlos dan anak lelakinya yang berusia 7 tahun, Simon. Laura mengimpikan untuk membuka kembali rumah anak yatim yang pernah dihuninya itu untuk kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Namun, tanpa dia ketahui, rumah lama tersebut menyimpan suatu rahsia yang akan membahayakan dirinya sekeluarga. Filem ini diterbitkan oleh penerbit Pan's Labyrinth dan Hell Boy, Guillermo del Toro.

Budak lelaki cacat yang menjadi misteri...

Hanya mereka yang menghampiri maut dapat melihat orang-orang yang telah mati...

The Orphanage/Rumah anak-anak yatim...

-cDapee-

No comments: