Tuesday, May 27, 2008

Hati Ini Telah Dilukai...

Semalaman terkenangkan dirimu...
Mengalir air mataku membasahi pipi
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku?
Sedangkan kau tahu perasaan ini...

Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggup ku singkirkan semua cinta yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
Kata perpisahan yang kau pinta

Biarkanlah, biarkan aku hidup sendirian
Tak inginku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah, biarkan aku hidup sendirian...
Kerana hati ini telah dilukai...

Adakah dengan mengalah bererti kita tewas dan lemah? Entahlah, bagi cD mengalah bukan bermakna kita kalah, tapi cD beralah untuk tidak mengusutkan lagi keadaan. Biarlah cD mengalah dari terusan terluka, sesungguhnya sekeping hati yang cD milikki ini tak mampu untuk dirobek lagi. Luka yang mengalirkan darah x berwarna ini masih belum kering parutnya. Dalam apa juga situasi cD kerap mengalah, tanyalah mereka-mereka yang mengenali diri ini. Sukar untuk cD mengatakan tidak. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga, terkadang hati sendiri kerap tercalar demi menjaga hati dan perasaan insan lain. Bagaimana dengan hati ini?

Terkadang cD merajuk sendiri, mahu atau tidak sendirian cD pujuk kembali hati supaya tidak kalah pada emosi sendiri. Rajuk cD x lama, boleh dikatakan cD dah imun dengan semua nie. Merajuk dan memujuk hati sendiri. cD bersyukur diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini. Bukan mudah untuk cD mengalah, tapi biarlah cD beralah... Hati cD x sekeras mana, sekali ianya tercalar cD masih mampu bertahan.. tetapi jika acapkali tercalar tentu parah lukanya kan? Masih mampukah untuk cD terusan bertahan?

Kali nie biarlah cD beralah, pedihnya luka ini x mampu cD tanggung sendirian. Hati ini perlu dirawat sebelum terus melarat... Biarlah masa menentukannya, moga waktu yang berlalu mampu merawat kelukaan ini.

-cDapee-

1 comment:

Anonymous said...

ayooo adekk CD naper sedey2 nih meh cakap saper ygbuat meh akak V lazerkan katmuka dia lallallalla