Tuesday, May 13, 2008

Janda Baik...

Kisahnya bermula dengan lagenda seorang puteri yang cantik dan baik, sang puteri membantu dan merawat para pembesar dan pahlawan Negeri Pahang yang cedera dari perperangan di Selangor. Kini tempat indah ini lebih dikenali sebagai Janda Baik.

Dikelilingi oleh hutan dara dan banjaran titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Mengambil masa 40 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Janda Baik adalah destinasi percutian mendamaikan dengan udara yang segar dan hutan yang menghijau pasti menjanjikan sesuatu yang segar.

Dari percutian romantik bersama teman istimewa atau menghabiskan masa yang indah bersama keluarga sehinggalah mengaturkan majlis-majlis perkahwinan dan korporat. Semuanya ada di sini. Maklumat lanjut tentang Janda Baik boleh lawati di SINI <--- klik jer, jangan malu-malu.

Sebelom nie, cD hanya tahu Janda Baik adalah satu tempat yang berada di negeri Pahang. Tidak terfikir langsung adanya Janda Baik yang lain melainkan tempat itu. Rupa-rupanya masih ada satu lagi Janda Baik, jeng.. jeng... jeng..

Nie la Janda Baik yang cD maksudkan...

Tak sangka plak ada spesis tumbuhan yang diberi nama Janda Baik... 1st time cD tengok pokok nie masa teman kakak g beli tanah, baja n pasu ari tu. Tak pasti plak pokok nie mengeluarkan bunga or just berdaun sahaja.

-cDapee-

4 comments:

Anonymous said...

janda baek?...kakak penah pegi tapi time stadi dulula....so,korang bile nak lepak2....kite pegi langkawi ka....

Anonymous said...

alaaa kalo genting pun tah bila nak g langkawi bila lagik larikkkkkkkk...kaki saper yang busuk larikkkkk

Hidney said...

hahahaha tergelak baca entry ni. mcm yer yer jer ayat promote janda baik tu. hahahaha buat selalu!!!

-cDapee- said...

Saje promote, mana tau ucuk tergerak ati nak g ke... huhuhu