Wednesday, May 21, 2008

Lakaran Kehidupan cD...

Mengimbas kenangan 3-4 tahun lepas, cD senyum sendiri. Seorang insan yang naif, lincah, hapi, degil dan manje. Segalanya datang dalam satu pakej, maybe x lengkap tapi memadai bagi insan yang bernama cD. Tiada halangan dalam kehidupan seharian, apa yang cD tahu dia hapi dengan dunianya. cD ada keluarga yang menyayangi, kawan-kawan yang memahami dan kebebasan hidup tanpa sebarang komitmen. Jarang cD mempamerkan kedukaan dan kesedihannya, tiada istilah terluka atau kecewa. Kehidupan cD seakan sebuah lukisan, lakaranya cukup indah dan jelas tergambar pada tiap lirikan yang memandang.

"Seronoknya menjalani kehidupan sebagai seorang yang bergelar cD", statement nie pernah keluar dari mulut seorang hamba Allah. Sejujurnya cD sendiri terkejut dengan penilaian hamba Allah tersebut. Manusia menilai sesuatu yang zahir melalui apa yang tergambar oleh pandangan mata, tapi mereka tidak memahami apa yang terpendam jauh didasar yang tidak terselam dalamnya.

Kehidupan di dalam lukisan, lakaran yang cukup indah..

cD selesa dengan pandangan sebegitu, biarlah dimata umum cD seorang yang hapi dan bebas dari sebarang belengu masalah. Apa yang tersirat dan terpendam adalah milik cD sepenuhnya. Perasaan ini bukan untuk dikongsi bersama, kelukaan dan kekecewaan menjadikan cD seorang yang kuat dan tabah. Jika semua ini dikongsi bersama, cD khuatir cD akan menjadi lemah dan tidak mampu menanganinya sendirian, bagaimana jika cD tiada tempat untuk bergantung? tempat untuk mengadu? Oleh itu cD harus berani berdiri diatas titian ini tanpa bergantung pada sesiapa. Bukan ego, tapi cD harus dan perlu hadapinya.

Terkadang cD rindu pada waktu-waktu yang berlalu. Rindu pada cD yang dulu, juga rindu pada Kamoo. Sesungguhnya bukan mudah, menjalani kehidupan ini tanpa Kamoo disisi.. Biarlah cD membawa jauh rindu ini, moga masa mampu merawat segalanya kerana pengorbanan sudah lama menjadi milik cD...

Jauh disudut hati cD masih bermimpi, mimpi yang indah moga esok Kamoo kembali lagi. Jauh disudut hati ada waktu-waktunya, cD berdoa Kamoo pulang semula... Walaupun berat, cD tetap menerima pemergian Kamoo buat selamanya...

-cDapee-

3 comments:

No OnE said...

nanti jika ada masa sacha nak nyanyikan algu sudir tu la utk cD...yer2..sedih lagu tu..but bila layan terasa syahdu gitu..
rasanya life cD 3-4 tahun dulu mmg sgt happy.seperti life sacha 2 tahun lalu.bangga sebentar bilaman ada teman yg ckp sacha ni sumber inspirasi dia.cam artis plak rasanya..ekeke..lincah, ceria, suka mengusik orang itulah sacha..tapi dek kerana peristiwa yg menjeruk rasa sacha jadi begini..boring!
ekeke..cD jgn sedih2 k...life goes on..huhuhuh

Anonymous said...

jgn sedih2 syg...muga kamoo itu tau betapa rugi dia kehilangan u...fasha...

-cDapee- said...

Ermmm ari tu g red box nyanyi lagu hujan... deras jer ngalir air hujan.. huhuhu Thanks sha, cD x sedih sangat cuma terkilan jer.. Kehidupan menjadikan kita insan yang berbeza... Sha juga, kita x boleh hidup dalam kenangan, biarlah ianya menjadi sejarah akan akan terus dikenang..