Monday, May 26, 2008

Slamat Pengantin Baru Shikin...

Sabtu, 24 Mei 2008
Kampung Sungai Lui, Raub Pahang.

Selamat Pengantin Baru Shikin, semoga bahtera yang dibina kekal dan bahagia hendaknya. Sabtu lepas cD gagahkan diri ke Raub untuk mengotakan janji bagi memeriahkan majlis perkahwinan Shikin dan Zamri. Shikin nie kawan baik cD time sama-sama berkhidmat di Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad. Dia la teman gaduh, teman mengadu masalah, teman makan sama-sama... huhuhu Rindu saat-saat hapi dulu.

Kini, Shikin telah sah menjadi isteri dan teman hidup orang, semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa... Amin. Setahun yang lepas, dalam bulan Mei juga cD pernah ke Raub... Masa tu majlis perkahwinan E. cD tidak sendirian, kerana Kamoo ada menemani cD.. tapi kunjungan ke Raub kali nie Kamoo tiada. Sebak rasanya bila terkenang memori tersebut, sama-sama gelak tertawa dalam kereta, gurau senda dan genggaman erat jari-jemari Kamoo sepanjang perjalanan seakan masih terasa. Hangatnya suasana itu, tapi kini... Kamoo tiada.

Arghhhh cD jangan bunuh mood kebahagian perkahwinan Shikin.. sori teremosi jap.. huhuh. Nie cD titipkan sebahagian dari gambar perkahwinan Shikin..

Anggun, Ratu sehari...

Nak jugak....

cD, mencomelkan dirinya... huhu

-cDapee-

No comments: