Thursday, May 15, 2008

Teman...

Apabila Kamoo ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kamoo mungkin akan menjauhinya....

Andai Kamoo ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kamoo akan membencinya....

Andai Kamoo inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kamoo mungkin akan memfitnahnya....

Andai Kamoo inginkan SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kamoo mungkin akan menyalahkannya....

Andai Kamoo inginkan SESEORANG sebagai teman,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan ... Kekurangan ... Keburukan ..
Kalau itu yang Kamoo boleh terima dari seorang TEMAN
Tidak mustahil Kamoo akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana Kamoo juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.....

-cDapee-

No comments: