Monday, June 30, 2008

Happy Birthday cD...

Assalamualaikum...

Ari nie 30 Jun 2008... Ari Isnin... Ermmm ngape ngan ari nie ehh. Yeyyyyyyyyy Ari nie Besday cD... huhuhuh Opsss ari nie bukan besday cD sowang jer, coz ari nie gak besday my best friend, Khai. Kitorang berkongsi tarikh kelahiran yang sama.. so Happy Birthday 2 Us.. huhuh

Antara hadiah terawal cD terima... Mekacih Kak Izz n Fasha

Tatau nak gambarkan perasaan cD time nie.. Yang pastinya cD bersyukur coz diberi peluang untuk bernafas lagi sehingga detik tertulisnya blog nie.. Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT. Suka dan duka sudah lumrah, cD mengharapkan sesuatu yang lebih indah sempena ulangtahun ke-26 nie.. Amin.. Hari demi hari keyakinan cD bertambah, kesabaran cD berbuah dan kehidupan cD juga turut berubah.. Berakhirlah segala sejarah, kini masanya untuk lembaran berubah arah.. Kemanakah haluan cD? Pastinya kehadapan, x sanggup menoleh dan berpaling lagi.. Tinggalah..

Thanks pada kawan-kawan yang menghantar sms tepat pukul 12 am semalam dan juga hari nie.. Mekasih atas ingatan Kamoo semua. Kamoo tahu bertapa berertinya ingatan Kamoo pada cD. cD cayang Kamoo semua. Muahhh muahh n muahh kat pp.

Blog nie ade susulan.. Tunggu ehhh

-cDapee-

Wanted...

Sabtu Petang
28 Jun 2008, 4.20 pm
GSC, One Utama, Petaling Jaya.
Wanted

Alang-alang da date, cD ngan Sha wat maraton teros.. huhuhu lepas nonton SEPI kitorang tengok Wanted plak. Citer nie pun hebat gak, penuh dengan aksi-aksi diluar jangkauan minda. Hebat sungguh.. Malas nak citer banyak-banyak coz cD bukanya wat review movie, just nak kongsi movie-movie hebat yang sedang hangat.. so g la nonton ehhh.. Rasai sendiri kehebatan Wanted.

Movie nie pun cD bagi 5 bintang gak.. Hebat..

-cDapee-

Sepi... Nangis...

Sabtu Tengahari
28 Jun 2008, 1.00 pm
GSC, One Utama, Petaling Jaya.
Sepi

Sepi

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku,
Kekasihku,
Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku,
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang,
Biar alam ini kelam
Biar ia SEPI sepertiku...


Sinopsis Sepi...

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN. Adam, seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan masterpiece untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait didalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Seperti yang telah dirancang, cD ngan Sha date lagi.. huhuhuh. Patutnye Abang eQ join skali, tapi disebabkan Abang cD tu bz bangat ngan "Dunia Baru" so kami berdua jer laaa... Ya Allah, tatau cene nak gambarkan perasaan cD bile nonton cite nie.. Menitik-nitik air mata.. sedihnya... Maybe disebabkan jalan cite yang memaparkan erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN begitu dekat dengan cD. Terasa tempiasnya. Barisan pelakon jangan cakap laaa.. sumernya hebat-hebat, kredit pada Nasha Aziz, Afdlin dan Vanida... Kamoo hebat.. Tony dan Eja juga berjaya membuat mata cD pedih lantas menitiskan mutiara-mutiara jernih.
cD dengan pastinya memberikan 5 bintang tuk citer nie... Best Malay Movie 2008.


Akak SaCha....


cD n SaCha...

-cDapee-

Saturday, June 28, 2008

Happy Birthday Ma...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Ma...
Happy Birthday 2 You

Errrmm... Skang da kul 1.30 am, tepat kul 12 am tadi genapla umur Ma 29 tahun.. huhuhu Eppy Besday Ma, muahhh kat pp. Di kejauhan nie Pa cuma mampu wish jer tuk Ma di sana.. Kalau nak adiah Ma kena la datang sini ehhh..

Hope Ma sentiasa happy dalam apa juga yang Ma lakukan.. Pa tau Ma kuat untuk hadapi semua dugaan yang mendatang kan? Jangan sesekali mengalah dan berputus asa, banyak yang Ma da buktikan bahawa Ma boleh lakukan sesuatu dengan jayanya... Hope sumpahan kucin tu dah berakhir, oppssss tercarut plak..

Mehhh Pa nak pelok n ciom sket... Muahhhh
Happy Birthday Ma.

Muahhhh kat pp Ma.

-cDapee-

Thursday, June 26, 2008

Berpoye-Poye di The Gardens...

Ahad
22 Jun 2008
The Gardens

Ermmm entri nie patutnya cD post ari senin ari tu.. tapi yer la kan, disebabkan komitmen yang melampau sangat ari nie baru sempat nak post... Abis jer exam ari tu cD teros meraikannya dengan berpoye-poye bersama geng mental... Sonok gilew dapat lepak ngan Kak Izz, Fasha n Khai. Terasa sangat ke"happy"an tu... Mana idaknya, dah hampir 2 minggu kitorang x jumpe, memasing bz manjang.... what 2 to... memetik statement Kak Izz

Lokasi berpoye-poye kali nie adalah The Gardens... Aktiviti kitorang x banyak berubah, still the same... snap-snap cam org gila... gossip-gossip... gelak kuat-kuat.. Hope gambar-gambar nie dapat menzahirkan apa yang terjadi pada hari tersebut...

Kakak ku yg kepenatan... coz br balik dr Kampung...


sukernye...

Model Lewre??

-cDapee-

Wednesday, June 25, 2008

Made Of Honour, Best....

Isnin Petang
23 Jun 2008, 7.00 pm
TGV KLCC, Kuala Lumpur.
Made Of Honour

Yes.... Akhirnya dapat gak tengok citer nie... huhuhu movie yang paling cD tunggu-tunggu.. Best arr coz dapat tengok Mc Dreamy nie... oppsss terlebih sudah. Made Of Honour adelah movie ke-3 yang cD nonton. X perlu x-plain panjang2 la, cD x peduli ape orang nak cakap... bagi cD citer nie nie memang best sangat... Korang tau kan cD minat citer-citer yang berkisar komidi romantik nie... Jiwang siot... situasi yang sama masa nonton What Happen In Vegas...

Sinopsis Made Of Honour....

Bagi Tom lakonan Patrick Dempsey, kehidupannya sentiasa ceria, berjaya dan dikelilingi ramai wanita cantik. Namun begitu, hidupnya sentiasa bergantung kepada Hannah (Michelle Monaghan) iaitu rakan baik sepanjang hayatnya. Bagaikan satu kejutan, apabila Hannah memberi tahu untuk pergi ke Scotland buat beberapa minggu atas alasan kerja. Selama itu jugalah Tom merasa keseorangan dan hidup tak keruan tanpa Hannah di sisi. Dia mengambil keputusan, untuk memberi tahu hasrat hatinya kepada Hannah sebaik saja wanita itu pulang dari Scotland. Bagaimanapun lain pula ceritanya, apabila Hannah memperkenalkan bakal suaminya kepada Tom. Apakah reaksi dan tindakan Tom seterusnya untuk memberi tahu rasa cintanya kepada Hannah? Semuanya terjawab di dalam MADE OF HONOUR.

Tom n Hannah...

cD nonton citer nie ngan Khai jer.. Kak Izz ngan Fasha bz katanye...

Patrick Dempsey, hero rebutan... huhuhu

Mc Dreamy....

Feeling gilew tengok citer nie... huhuhhu. Nak tengok 5-6 kali pun cD x kesah... Kalau sha hajak tengok citer nie lagi pun cD on jer... huhuhu sori sha cD da tengok dulu... plan ketok abg eQ x menjadi nampaknye...

-cDapee-

The Happening...

Isnin Pagi
23 Jun 2008, 11.20 am
GSC One Utama, Petaling Jaya.
The Happening

The Happening, movie ke-2 cD nonton.. Ermm cite nie pun menarik gak coz hidupan manusia dijangkiti oleh sejenis virus yang tersebar melalui udara. Kiranya alam sikitar, terutamanya tumbuh-tumbuhan melepaskan satu toksin yang boleh mengubah hormon manusia. Mereka yang dijangkiti oleh virus nie akan berkelakuan pelik dan akhirnya akan bertindak membunuh diri sendiri... Ngeri sangat coz ade yang cakar muka, terjun bangunan, gantung diri.. hishhh..

Sinopsis The Happening...

Selepas The Sixth Sense, Signs dan The Village, pengarah artistik M Night Shyamalan hadir dengan sebuah filem thriller berkisarkan kehidupan sebuah keluarga yang berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Sebuah situasi yang bukan saja menyukarkan keluarga berkenaan, malahan membelenggu kebanyakan manusia yang tinggal di beberapa bandar Amerika Syarikat. Ia hadir tanpa sebarang amaran, bergentayangan ke merata tempat, di mana jua yang sekaligus menyebabkan sesiapa yang dijangkitinya akan melepasi kelaziman manusia. Apakah sebenarnya situasi itu? Apakah ada penawarnya?.

Hero citer nie, Mark Wahlberg...

-cDapee-

Get Smart...

Ahad Malam
22 Jun 2008, 10.00 pm
GSC Alamanda, Putrajaya.
Get Smart

Lama sungguh cD x post entri wayang kan... mana x nyer, last week kan bz bangat. Tapi jangan risau, cD da tebus sumernya ngan nonton 3 movie... huhuhuh bermula ngan citer Get Smart. Citer nie memang best gilew, aksi + komidi.. = gelak guling-guling... pecah pewot dibuatnya. cD tengok citer nie ngan Abang Han, lama gak x nonton ngan dia, tetiba malam tu dia hajak.. cD pun ape lagi, on jer la... exam pun baru abis. Syoknye idup.. Thanks abang, banje movie... muahhh kat pp.

Sinopsis Get Smart...

Dari pengarah Peter Segal, Get Smart menceritakan kisah agen perisik Maxwell Smart lakonan Steve Carell dari agensi Control dalam misinya memerangi jenayah dan kegiatan sindiket dari kumpulan penjahat KAOS. Kerana tiada pilihan lain, Maxwell dipilih oleh ibu pejabat Control di Amerika Syarikat untuk mengetuai misi penuh bahaya berkenaan yang sememangnya amat diidamkan agen itu, apatah lagi dapat bekerjasama dengan agen paling popular, Agent 23 lakonan The Rock.

Control turut dianggotai agen cantik, menawan tetapi berpengalaman iaitu Agent 99 (Anne Hathway). Adakah mereka berjaya menangani kuasa jahat dari KAOS yang didalangi oleh Siegfried (Terrence Stamp)?

Memang terhibur sangat-sangat nonton citer nie.. cD jamin kepuasan adalah hak milik anda, wahhhhhhh statement. Anne Hathway cantik sangat dalam citer nie... dalam citer apa pun Anne tetap nampak chantek... so pada yang belom tengok tu g la tengok ehhh.. best sangat.

-cDapee-

Happy Birthday Aleya Natasya...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Aleya Natasya...
Happy Birthday 2 You

Semalam... 24 Jun 2008, besday anak buah cD yang nakal nie.. Aleya Natasya namanya. Semalam juga genaplah 3 tahun usia Tasya. Tasya nie anak tunggal kakak cD, cian Tasya coz dalam usia yang muda dia kehilangan kasih sayang seorang "Ayah". Kehidupan.... penuh dengan ranjau dan cabaran, pada yang kuat semangat segalanya bisa ditempuhi... tapi pada yang lemah akan tersungkurlah jawabnya. Apa pun Tasya bertuah coz ada Ibu, Wan, Atok n Ucu.... Semoga Tasya membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna dewasa kelak, InsyaAllah.. Amin.

Aleya Natasya

Majlis besday Tasya nie wat kat umah jer, kitorang adik beradik, mak n abah jer.. Ibarat satu tradisi, selain hari raya dan kenduri kendara... time besday cam nie la kami sumer akan berkumpul satu family. Bulan Jun paling meriah coz besday Tasya, angah juga cD... End of this month besday cD tau.. g beli adiah cepat, huhuhuh..

Tasya ngan maknya... (Kakak cD)

Pada Tasya.... Ucu sentiasa mendoakan kesihatan n kesejahteraan buat Kamoo, semoga Tasya membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berguna kelak. Pada akak... bukan mudah menjadi Ibu tunggal, banyakkan bersabar dan berusahalah menjadi seorang Ibu yang terbaik...
Amin...

-cDapee-

MB 3 in 1 Individual Tournament...

Ermmm ari ahad nie, 29 Jun 2008 Malaysian Bowlers menganjurkan satu tournament iaitu "MB 3 in 1 Individual Tournament"... Wahhh bestnye dah lama sangat cD x membaling, huhuhuh. Sape-sape yang berminat nak jadi penonton or pom-pom girl/boy tuk cD leh ler reramai memeriahkan majlis... huhuhu.

Tournament nie akan diadakan kat KL Megalanes Endah Perade, Sri Petaling... dekat jer ngan Stadium Bukit Jalil tu, seberang jalan jer.. Pada mereka-mereka yang berminat nak jadi member Malaysian Bowlers boleh la datang n daftar... Maklumat lanjut tentang Malaysian Bowlers klik jer --- >> SINI

Jumpe sana ehhh ahad nie..

-cDapee-

Tuesday, June 24, 2008

Dengarlah Kekasih...

Lamanya cD x update blog nie kan? Hampir seminggu gak la blog nie bersawang katanye… Ermmm last week cD betul-betul bz… dengan examnya lagi, kekadang terasa letih, rimas pun ye gak… macam-macam nak kena setelkan dalam satu ruang waktu yang sesak, tapi Alhamdulillah semuanya dah selamat.

Skang nie jam 2.48 am… mata masih terasa ringan dan sukar dilelapkan… Sesekali cD teringat pada bayangan “Kamoo”… dan rindu pun mula bertandang, maka relailah satu persatu kelopak-kelopak hati yang sayu… Kamoo, cD rindu.

Tadi cD selongkar inbox gmail… cD baca setiap email yang pernah Kamoo titipkan… satu persatu… tetiba terasa sayu, semakin rindu dan bertambah pilu bila menyedari hakikatnya semua telah berlalu. Bagaikan baru semalam kita berjanji untuk sehidup semati, setia bersama berdua selamanya… Ya Allah, hapuskanlah rindu ini, lelah rasanya berada dalam ruang kerinduan yang sesak ini. Biarlah cD hidup dalam kenangan, apa yang berlaku teramat pahit untuk ditelan tapi disebalik kepahitan tersebut terselit kemanisan yang sukar cD lupakan… Bukan sehari dua, bukan juga sebulan dua… banyak yang telah kita harungi bersama, susah senang cD gagahi juga. cD x mampu nak zahirkan rindu ini…

Masih tertanya-tanya… Apakah makna disebalik email terakhir Kamoo?? Mengapa ianya ditujukan pada cD, sedangkan Kamoo yang meminta supaya semuanya berakhir disini. Haruskah cD yang menerima hukuman sebegini? Apakah cD yang bersalah? Terlalu banyak persoalan yang Kamoo tinggalkan… Walau apa juga jawapannya, semua telah berakhir…

Dengarlah Kekasih

Telah sekian lama aku menanti
Sebuah kepastian dari seorang kekasih
Sudah sekian lama hubungan ini
Sampai bilakah kita kan terus begini?

Telah bermusim aku dalam keresahan
Apakah impian ku jadi kenyataan
Kekasih biarlah cinta ini berakhir
Pada mahligai yang diimpikan
Dengarlah kekasih hasratku ini
Kebahagiaan ada disini

-cDapee-

Monday, June 16, 2008

Sebelum Cinta Bertukar Benci...

Sukarnya nak lelapkan mata
Ada ketika Kamoo menjengah di minda
Jam sudah 2.29 am adanya
cD disini Kamoo disana...



Tiada niat untuk menyakiti
Kamoo yang dulu cD sayangi
Tapi takdir penentunya... cinta kita tiada lagi

cD mohon maaf ke hujung kaki
Kerana hati Kamoo yang cD lukai
Jika cinta ini tidak dihenti
Pasti sengsara akan menanti

Sebelum cinta ini bertukar benci
Biarlah segalanya berakhir disini
Tetapi untuk melupai tidak sekali-kali

Kenapa cinta selalu menyakiti???
Kita insan yang sering dilamuni
Jawapannya mungkin tiada disini
Tapi lihatlah ke dasar nurani
Pasti Kamoo akan sedari

cD tidak menduga ini akan terjadi
Kasih Kamoo bak api yang dihujani
Tidak sehaluan lagi cinta ini
Kamoo berubah melangkah pergi

Satu hari Kamoo pasti mengerti
Mengapa cD mengalah lagi
Tergamak Kamoo calari sekeping hati
Yang sedia setia keakhir mati

Kamoo...
Kenangan cinta kita telah disemadi
Yang terus abadi di dalam memori
cD tak pernah menyesali
Perhubungan kita yang amat suci
Walaupun kasih berlalu pergi
Kamoo dihati keakhir nanti

-cDapee-

Ucuk, Mc'D dan IKEA...

Ahad Petang/Malam
15 Jun 2008, 6.30 pm – 10.30 pm
KL Sentral/IKEA

Pagi tadi cD terima sms daripada ucuk yang berbunyi “Ari nie Reel ke KL, flight kul 4.30 petang” Ermmm mimpi ke cD?? Rasanya tidak, jam dah menunjukkan pukul 9.07 am… Ayoooo terbabas ari nie. Kebiasaannya walaupun weekend cD jarang bangun lewat, paling lewat pun kul 7.30 am. Semuanya gara-gara berjaga semalam la nie, sebok mengarang satu madah. Entah mengapa semalam idea mencurah-curah, lantas cD coretkan madah tersebut menjadi satu puisi indah buat Kamoo. (nanti cD post entri nie khas buat Kamoo).

Mulanya tak plan pun nak jumpa coz Khairil yang akan jemput Reel, tapi petang tadi tengah syok buat taik mata… masuk satu sms yang berbunyi lebih kurang begini ”Khairil x dapat jemput, huhuhu…” Apa maknanya huhuhuhu tu?? Hehehe… Maknanya cD la yang kena amek Reel. Tanpa buang masa cD terus sms SaCha, ajak temankan cD sama-sama jemput Reel. Sha bagi green light so dapatlah wat surprise tuk ucuk… Lama gak dowang nie x jumpa since besday cD last year. Hampir sejam gak la cD ngan SaCha menapak kat sentral tu menunggu ketibaan Yang Mulia Tengku Schazreel, kekeke. Nyata Reel kaget bila terpandang Sha disebelah cD, surprise…… (adegan seterusnya terpaksa dirahsiakan.... Huhuhu)

Lapar katanya…. Ermmm ucuk memang x gemar makan dalam flight, dia sanggup berlapar dari menjamah makanan dalam flight tu. Ngidam nak makan Mc’D plak katanya… so cD ngan Sha pun turuti permintaan ucuk, kang kempunan susah plak. Time makan nie lah saat yang paling best sekali, coz sambil makan boleh gosip-gosip. Topic paling hangat pastinya Abg eQ dan skandal-skandalnya…. huhuhu ampun abg. Banyak gak la isu yang dibangkitkan, sumernya hangat-hangat. Bukan selalu dapat pelung cam nie so kami manfaatkan sepenuhnya waktu yang ada.

Memandangkan pewot da kenyang, destinasi seterusnya adalah IKEA. X sah x ke IKEA kan? Apalah best sangat IKEA tu.. Jawapannya hanya kami yang tahu. Ermmm sempat snap-snap kat depan toilet lagi… Penat tawaf IKEA kami pun berangkat pulang, tapi sebelom tu sempat lagi snap-snap untuk terakhir kali… macam 10 taun x jumpe kamera…

Thanks Ucuk ngan SaCha untuk satu hari yang menyeronokkan. Walaupun cuma beberapa jam, cD happy sangat dapat luangkan masa bersama-sama Kamoo… Thanks gak kat ucuk coz kasi hadiah yang selalu cD minta tu… huhuhhu apa hadiahnya?? Sha je yang tahu… Muahhh kat pp.

SaCha n cD...

Ucuk, SaCha n cD...

Ucuk n cD...

Abang eQ jangan jelez... huhuhu



Ucuk n cD lagi...



Kami yang comey....



Model IKEA??



Model IKEA lagi??

-cDapee-

Saturday, June 14, 2008

Si Hijau Yang Ganas...

Jumaat petang
14 Jun 2008, 7.20 pm
TGV One Utama, Petaling Jaya.
The Incredible Hulk

Huarghhhh... ngantuknye, skang da jam 1.53 am, lagi 7 minit masuk pukul 2 pagi. Ermmm saje nak update blog takut esok-esok bz plak. Minggu nie aktiviti menonton cD mulakan dengan movie The Incredible Hulk, si hijau yang gagah perkasa huhuhu.

cD suke sangat ngan citer nie, entah kenapa plot tentang kegigihan Dr. Bruce Banner untuk mencari penawar bagi mengubati virus gamma dalam tubuhnya dan keperitan menjadi pelarian/orang buruan lebih menarik perhatian cD berbanding aksi-aksi si hijau nie. Tu belom lagi kisah cinta dia ngan Dr. Betty Ross, nanges....

Tatau nak cite cene, tapi bagi cD cite nie memang best sangat-sangat. Semua orang tahu jalan citer Hulk nie kan? Dia akan bertukar menjadi makhluk tuhan yang paling seksi, ehhhhh tersilap.... huhuhu bertukar menjadi makhluk hijau yang ganas apabila gagal mengawal kemarahanya. Kali nie Hulk terpaksa berhadapan dengan satu makhluk ganas ciptaan General Thunderbolt Ross, jahat gile General nie... Berjayakah Hulk menewaskan makhluk tersebut? Bagaimana kisah cinta Bruce dan Betty? Sedih, kecewa, geram semuanya bercampur menjadi satu dan mewujudkan perasaaan yang bisa membuatkan Kamoo mengukirkan senyuman kepuasan. so g la nonton cepat....

-cDapee-