Tuesday, June 3, 2008

Kamoo...

Setitis air mata gugur ke bumi
Menjadi lautan kaca harus direnangi.....

Siapalah mengetahui rindu yang mencengkam jika bukan diri sendiri, siapa pula merasa derita sengsara akibat ditinggalkan sendirian? Masih jua diri ini... Bila akan berakhirnya episod duka, akankah terbit sinar dihujung sana? Sejujurnya cD tak berdaya harunginya sendirian, bantulah cD rentasi liku ini. Lepaskan cD terbang bebas, sendirian......

Kerana cintakan Kamoo cD jadi begini
Kerana sayangkan Kamoo cD telan semuanya
Bertapa hebatnya Kamoo dihati ini.....

cD berharap satu ketika nanti Kamoo mengerti... Kamoo sedar... siapa cD di hati Kamoo? Kita akan menghargai seseorang setelah kita kehilangannya, tapi dalam situasi cD sebaliknya. cD ada mahupun tiada tidak memberikan sebarang kesan, wujud atau ghaibnya cD tidak mencacatkan suasana. Kejamkah hakikat ini? tapi itulah realitinya. Apa yang diberi tak pernah mencukupi, tak pernah menyenangi.. cD akui cD bukan yang terbaik, tapi cD sudah berikan yang termampu untuk kita berdua. Terkadang cD lakukan sesuatu yang diluar batas dan kemampuan cD, untuk apa semua itu? Semua yang cD lakukan demi untuk Kamoo, tapi masih tidak mencukupi... tapi janganlah Kamoo kesali, kerana pengorbanan sudah lama jadi milik cD. Hadirnya cD bukan untuk melengkapkan, sebaliknya untuk mengorbankan diri demi kebahagian Kamoo... cD ikhlas...

Walaupun impian dalam kesamaran
cD yakin........

Akan terbukakah pintu hati ini? Akan kembalikah senyuman dibibir? Jika benar Kamoo menyayangi, cD mohon Kamoo fahami cD untuk kali ini... Tak pernah cD minta apa-apa pengorbanan dari Kamoo, hanya ini satu-satunya pinta cD.. Fahamilah...

Pertemuan adalah permulaan bagi sebuah perpisahan
Mengapa harus dipertemukan jika akhirnya tetap terpisah
Selagi di hati masih cinta dan rindu
Selama itulah cD akan setia...
Percayalah.

Kembalilah senyum dirimu, cD...

-cDapee-

2 comments:

No OnE said...

sedihnyer baca blog ni.and there's one part u've said "Kita akan menghargai seseorang setelah kita kehilangannya" which i believe is true.But apa pun, i dont think in our situation it will bring any meaning to us as they will still dont even wanna realize it.
jgn sedih2 k cD.Bersamalah kita berdua mencari kembali diri kita yang hilang.mencari keceriaan yang mana dulunya kitalah yang orgnya yang menggembirakan dan memberikan sinar kpd org lain.umpama lilin..sebab elektrik pun tarif naik dah 1 julan nanti so kita ni lilin jerla.membakar diri utk kegembiraan org lain biar kita sendiri terluka...;)

-cDapee- said...

Waaaaa komen sha buat cD sebak... tatau la sampai bila nak jadi pelita dibawah purnama nie.. sampai masa padam juga cahayanya, mana setanding cahaya purnama yg menyinari seluruh alam..