Monday, June 9, 2008

Kung Fu Panda Best...

Sabtu petang
7 Jun 2008, 5.50 pm
GSC One Utama, Petaling Jaya.
Kung Fu Panda

2nd movie cD last week... Best gile tengok cite Kung Fu Panda, lagi best coz cD g nonton reramai ngan geng mental Kak Izz, Fasha n Khai (Jill, nama baru ko kan?).. berangan x sudah. Cite nie memang best gile, cD x tipuuuuu... sungguh, percayalah. Tiket untuk citer nie cam pisang goreng, kejap je da abis... cinema plak full house.

Jom baca sinopsisnya...

Penuh minat, besar dan sedikit cemerkap, Po adalah peminat Kung Fu nombor satu di tempatnya. Minat ini tidak memberikan kelebihan kepada beruang panda ini memandangkan Po hanya bekerja di kedai mi keluarganya. Namun tanpa diduga, terdapat suatu ramalan kuno yang menyebabkan Po telah terpilih untuk melaksanakan tugas penting. Po menyertai dunia Kung Fu dan menuntut ilmu bersama idolanya, Furious Five-Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey di bawah pimpinan Master Shifu. Tanpa mereka mengetahui, harimau bintang bernama Tai Lung yang berpaling tadah dan penuh dendam semakin menghampiri mereka dan Po bertanggungjawab untuk menghalang ancaman ini. Dapatkah Po menjadi wira dan mengatasi segala kelemahannya? Filem animasi ini menggunakan khidmat suara bintang-bintang terkenal seperti Jack Black, Jackie Chan, Dustin Hoffman, Lucy Liu, Angelina Jolie dan ramai lagi.

Po, panda yang cute sangat...

Animasi Mark Osborne ini mengisahkan kehidupan seekor beruang panda bernama Po yang pemalas. Impiannya untuk menyertai kumpulan Kung Fu terulung di dunia akhirnya tercapai apabila dipilih untuk menyertai kumpulan berkenaan yang dianggotai Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey. Di bawah pengawasan mahaguru Master Shifu, impian Po bagaimanapun di ganggu oleh seekor harimau kumbang putih bernama Tai Lung yang cuba mendominasi kumpulan berkenaan. Siapakah yang akhirnya layak bergelar ketua kumpulan Kung Fu berkenaan? Adakah Po atau Tai Lung?

Bagi peminat-peminat filem animasi tentu x mahu lepaskan peluang nie kan? cD jamin cite nie memang best dan sangat-sangat menghiburkan. Tapi canang la cene pun kalau x minat cite animasi kita x leh wat apa kan... x salah mencuba dan alami sendiri sensasi yang hebat ini.. wahhhhhh ye ye jer cD nie...

g tengok reramai ehhh, cuti skool dah habis, budak sekolah da x der.. huhuhu

-cDapee-

No comments: