Monday, June 9, 2008

Prom Night...

Jumaat petang
6 Jun 2008, 7.00 pm
GSC One Utama, Petaling Jaya.
Prom Night ( A Night To Die For)

Ermmm sori-sori late update blog nie... huhuhu cam la ada pembaca setia yang mengikuti setiap perkembangan cD kan?? Tapi cD peduli apa, "ada aku kesah"??? opppsss terlebih sudah. Okay nak cite pasal aktiviti-aktiviti cD last week. Last week sempat nonton 2 movie jer, 1st cD tengok citer Prom Night (A Night To Die For)...

Sinopsis cite nie...

Filem arahan Nelson McCormick ini mengisahkan Donna lakonan Britany Snow iaitu seorang senior di sekolahnya yang sepatutnya bergembira pada majlis tari menari selepas terselamat dalam sebuah tragedi menakutkan. Tambahan pula, majlis ini diadakan khusus untuknya dan rakan-rakan lain sempena meraikan tahun akhir mereka di sekolah berkenaan. Bagaimanapun apabila malam menjelma, Donna dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada majlis berkenaan apabila lelaki jahat yang menghantui hidupnya selama ini, menjelma kembali untuk menuntut bela. Apa yang perlu dilakukan? Sudah tentu Donna dan rakan-rakannya perlu mencari jalan menyelamatkan diri daripada lebih ramai menjadi magsa pembunuh berkenaan. Apakah kesudahannya?

Saat mendebarkan, berhadapan dengan maut...

Pembunuh yang menghantui hidup Donna...

Kesudahannya?? Ayoooooo ngeri sangat, pembunuh nie kejam gile. Suka-suka jer dia bunuh sorang demi sorang, cian kat Donna nie coz hidup dalam ketakutan. Kawan-kawan dia semua mati dengan dasyat, paling sedih bf dia pun mati gak... Nangis

Nangis... bf Donna pun mati gak....


-cDapee-

No comments: