Monday, June 16, 2008

Sebelum Cinta Bertukar Benci...

Sukarnya nak lelapkan mata
Ada ketika Kamoo menjengah di minda
Jam sudah 2.29 am adanya
cD disini Kamoo disana...



Tiada niat untuk menyakiti
Kamoo yang dulu cD sayangi
Tapi takdir penentunya... cinta kita tiada lagi

cD mohon maaf ke hujung kaki
Kerana hati Kamoo yang cD lukai
Jika cinta ini tidak dihenti
Pasti sengsara akan menanti

Sebelum cinta ini bertukar benci
Biarlah segalanya berakhir disini
Tetapi untuk melupai tidak sekali-kali

Kenapa cinta selalu menyakiti???
Kita insan yang sering dilamuni
Jawapannya mungkin tiada disini
Tapi lihatlah ke dasar nurani
Pasti Kamoo akan sedari

cD tidak menduga ini akan terjadi
Kasih Kamoo bak api yang dihujani
Tidak sehaluan lagi cinta ini
Kamoo berubah melangkah pergi

Satu hari Kamoo pasti mengerti
Mengapa cD mengalah lagi
Tergamak Kamoo calari sekeping hati
Yang sedia setia keakhir mati

Kamoo...
Kenangan cinta kita telah disemadi
Yang terus abadi di dalam memori
cD tak pernah menyesali
Perhubungan kita yang amat suci
Walaupun kasih berlalu pergi
Kamoo dihati keakhir nanti

-cDapee-

No comments: