Monday, June 30, 2008

Sepi... Nangis...

Sabtu Tengahari
28 Jun 2008, 1.00 pm
GSC, One Utama, Petaling Jaya.
Sepi

Sepi

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku,
Kekasihku,
Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku,
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang,
Biar alam ini kelam
Biar ia SEPI sepertiku...


Sinopsis Sepi...

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN. Adam, seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan masterpiece untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait didalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Seperti yang telah dirancang, cD ngan Sha date lagi.. huhuhuh. Patutnye Abang eQ join skali, tapi disebabkan Abang cD tu bz bangat ngan "Dunia Baru" so kami berdua jer laaa... Ya Allah, tatau cene nak gambarkan perasaan cD bile nonton cite nie.. Menitik-nitik air mata.. sedihnya... Maybe disebabkan jalan cite yang memaparkan erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN begitu dekat dengan cD. Terasa tempiasnya. Barisan pelakon jangan cakap laaa.. sumernya hebat-hebat, kredit pada Nasha Aziz, Afdlin dan Vanida... Kamoo hebat.. Tony dan Eja juga berjaya membuat mata cD pedih lantas menitiskan mutiara-mutiara jernih.
cD dengan pastinya memberikan 5 bintang tuk citer nie... Best Malay Movie 2008.


Akak SaCha....


cD n SaCha...

-cDapee-

3 comments:

DaK haNIe said...

erkss...br cadang nk g tgk weekend nih....kene spare tissue bebyk ler nih..huhuhuhuhu

-cDapee- said...

Harus... nanti lencun plak lengan baju... huhuhu

DaK haNIe said...

haksss..jaatttttt!!!
(ape g..pinjam lengan bj cd la...wakakaka)