Thursday, July 31, 2008

The Love Guru, Best...

30 Julai 2008
Kamar Beradu cD
The Love Guru

Semalam cD layan DVD citer The Love Guru... Jangan marah, citer nie x kuar cinema lagi tapi cD da tengok huhuhu. Best gile la citer nie, sangat-sangat menghiburkan. Cite The Love Guru nie akan masuk panggung di Malaysia pada bulan Ogos... Bulan depan kuar laaa..

Punya la best layan citer nie sampai mak cD panggil makan pun cD x kuar bilik... Hebat x penangan The Love Guru nie?? huhuhhu sure ramai x sabar nak tengok cite nie kan... Nanti kuar kat cinema g la nonton ehhh. Puas hati sangat tengok citer nie, kualiti DVD yang cD beli nie pun best gak, clear gile DVD9... Mana x clear, citer nie da kuar kat Hollywood Jun ari tu.. Sama la gak ngan citer Sex And The City, cite nie pun cD da tengok last month ngan Khai... Clear gile n tanpa sensor ok... huhuhhuhu. Tatau la plak yang ditayangkan kat panggung Malaysia, sure banyak yang kena potong kan?

Malam nie nak layan Forgetting Sarah Marshall lak.. huhuhhu citer nie pun x kuar cinema Malaysia lagi.. yeyyyy bestnye idup.. Muahhhhh. Ermm cam dah lama je x muahhh kat pp kan...

-cD-

Dinner 35 Tahun MTIB...

28 Julai 2008
Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Malam Sekalung Budi, 35 Tahun MTIB Bersama Industri Perkayuan.

Semenjak tahun 1973, MTIB telah mempromosikan kepentingan industri pemprosesan kayu Malaysia, yang turut menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara, mempercepatkan industrialisasi dalam sektor ini, menggalakan kemajuan teknologi canggih di samping membangunkan piawaian untuk barangan kayu dan pemprosesannya.

Terima kasih kepada pihak kerajaan di atas penubuhan MTIB, pihak-pihak yang terlibat, pemimpin masa kini dan yang terdahulu, ahli-ahli Jemaah Lembaga serta klien yang telah menyumbang kepada MTIB dalam membentuk pertumbuhan dan daya hidup MTIB.

cD n Kak Zura...

Teman-teman di bawah Projek Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) Kak Zura, Julie n Faizah

Malam isnin lepas, cD dijemput untuk memeriahkan majlis Malam Sekalung Budi, 35 Tahun MTIB Bersama Industri Perkayuan. Pasti ada yang tertanya-tanya MTIB tu apa ehh? Ermmm MTIB adalah Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia). cD telah berkhidmat sebagai Asst. Accountant di MTIB hampir 4 tahun dan berbangga menjadi salah seorang warga kerja MTIB. Walaupun skang cD sambung study, kebajikan cD tidak pernah mereka abaikan.. Bersyukur sangat-sangat dengan apa yang cD miliki sekarang dan berharap semoga masa depan yang cerah akan menanti cD.. Amin....

-cD-

Wednesday, July 30, 2008

Kamoo, Segalanya Sudah Berakhir...

Ari nie 30 Julai 2008... Genaplah sebulan umur cD 26, ermmm ngape tetiba nak wat entri nie ehhh? Ada apa dengan genapnya sebulan umur cD? cD pun tatau nak mulakan dari mana, patutkah cD wujudkan entri yang x sepatutnya ini... Menoleh semula dan melirik pada jejak-jejak yang telah jauh ditinggalkan..

1.55pm tadi inbox gmail cD menerima sepucuk e-mail (huhuhu rasa kelakar lak, sepucuk kew?) whatever laaa.. Tertera nama pengirimnya dot.dot.dot.... Ya Allah, hampir gugur jantung cD. Adakah cD bermimpi, nyatanya tidak... degupan jantung semakin kencang, tertanya-tanya apakah kandungan e-mail tersebut. Tapi siapakah pengirimnya, mengapa lak cD cemas pabila menerima e-mail tersebut? Jeng jeng jeng...

Ya, pengirimnya adalah "Kamoo". Satu-satunya Kamoo yang pernah hadir dalam hidup cD dan merubah segala-galanya. Segalanya.... cD bahagia dengan keadaan cD seadanya, cD terima parut kecacatan kekal ini sebagai harga yang harus dibayar kerana mencintai Kamoo. Tiada penyesalan... Tiada dendam, apa yang wujud hanyalah pertanyaan dan rasa terkilan. cD x perlukan jawapannya lagi, biarlah pertanyaan dan soalan tersebut menjadi tanda tanya. Walau apa juga jawapannya cD x perlukannya lagi. Jelas segalanya telah berakhir. Izinkan cD jalani kehidupan ini dengan cara cD. Ceritera kita telah lama terkubur dan biarlah ianya kekal menjadi sejarah yang tidak mungkin cD lupakan. Cukuplah dengan apa yang telah kita tempuhi, sejujurnya cD x mampu untuk kembali ke jurang yang dalam itu. Payah untuk cD merangkak dan menyusuri mencari kembali sinar hidup cD... Kini Kamoo ingin kembali?? Maafkan cD sayang... Segalanya sudah berakhir. Percayalah cD x pernah berdendam, walau sekelumit... Kemaafan itu adalah dendam yang terindah, kita bukanlah dua insan yang bercinta lagi, masa telah merubah segalanya.

Jalanan hidup kita kini berbeza, cD dengan cara cD dan Kamoo dengan caramu. Terimalah kenyataan ini walau sesukar mana pun kerana pengorbanan itu sudah lama jadi milikku. Izinkan cD pergi, selamanya.

-cD-

Monday, July 28, 2008

Laman 2008, Hampeh...

Ahad Petang
27 Julai 2008
Taman Tasik Perdana

Semalam... baliknya dari berpoye-poye di Alamanda Putrajaya. Kami (cD, Khai n Fash) singgah mencemar duli di Taman Tasik Perdana. Katanya ingin merasai bahang Laman 2008 yang x berapa membara tu.. huhuhu... Sesampainya kami di lokasi tersebut, mata mula meliar menangkap susuk-susuk tubuh yang berkeliaran disana sini... Ya ampunnnn ramainya umat. Semalam merupakan hari terakhir Laman2008, pastinya warga kota yang sering dihidangkan dengan asap dan debu metropolitan x mahu lepaskan sajian berkonsepkan kehijauan flora di Taman Tasik Perdana.

di kejauhan cD nampak comey kan... huhuh perasan...

Bila semua warga kota berkumpul, tentunya ruang menjadi semakin sempit kan... dan pastinya mencari parking sesuatu yang azab sangat. Bagi kami yang sinonim dengan kawasan nie parking bukanlah satu masalah yang besar. cD memang pakar selok belok kawasan nie, tempat jogging cD gamaknya. so kami pun park la kat Taman Burung yang banyak sangat parking lot kosong tu..

Hajat dihati ingin membuat jalan pintas, confident nie terus meluru kat taman rusa tu nak wat shortcut katanya.. Alih-alih pak guard tu kata x leh masuk.. Hampeh tul. X per x per.. sabar, sekali lagi dengan confident kitorang meluru nak turun tangga bak menuruni Batu Caves kat belakang memorial Tun Razak tu.. sampai jer kat situ, jeng jeng jeng.... pintu pagar dia KUNCI.... hampeh lagi sekali. Badan dah berpeluh-peluh nie, memercik keringat huhuhu cian kat Fash.. lenjun katanya. Nak x nak terpaksa la kitorang menapak dengan membuat catwalk di pentas runway yang panjang itu, huhuhu.

Akhirnya sampai gak kami depan pintu masuk Laman2008.. Kehadiran kami disambut dengan bunga-bunga pelbagai warna yang hampir layu, sedih gile... huhuhu dan yang paling mengejutkan nak masuk kena bayar ok.. RM 3 dewasa dan RM 1 kanak-kanak. so terjawablah sudah mengapa Laman2008 x mendapat sambutan. Rakyat Malaysia kan semuanya kedekot.. huhuhu hampun...

Petikan Berita Minggu 27 Julai 2008
Laman2008 gagal tarik pengunjung
Oleh Rohaniza Idris roha@bharian.com.my
Acara disedia tidak menarik

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin mengakui Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia 2008 (Laman2008) gagal terutama untuk menarik 500,000 pengunjung seperti disasarkan berikutan kurang promosi dan sikap sambil lewa pihak berkaitan. Beliau berkata, acara yang disediakan sepanjang festival tidak menarik, selain faktor cuaca menyebabkan pengunjung merosot berbanding dua festival terdahulu pada 2004 dan 2006.

Menarik sangat...

"Mungkin juga Laman2008 tidak meriah kerana orang ramai takut keluar berbelanja berikutan sikap jimat cermat akibat penstrukturan semula harga minyak, baru-baru ini. Kita akan lakukan 'bedah siasat' secepat mungkin mengetahui punca sebenar kegagalan festival ini. "Namun, saya nampak kekurangan promosi dan sikap sambil lewa seperti melepaskan 'batuk di tangga' menjayakan festival kali ini menyebabkan ia kurang menyerlah berbanding festival terdahulu," katanya kepada Berita Minggu. Laman2008 yang diadakan di Taman Tasik Perdana, di sini, dianjurkan Jabatan Landskap Negara dan dihoskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selama seminggu berakhir hari ini.

Antara landskap di Laman2008...

Beliau akan memanggil mesyuarat sebaik saja Laman2008 berakhir bagi memastikan penganjuran festival berkenaan pada 2010 berjalan lancar dan menepati hasrat kerajaan ke arah menjadi negara taman menjelang 2020. Katanya, beliau memberi jaminan Laman2010 lebih meriah dan pengisian acara lebih memberi manfaat serta dapat menarik pengunjung dalam dan luar negara. "Untuk festival akan datang saya akan pastikan adanya seminar dan bengkel mengenai landskap atau kegiatan cucuk tanam. Kita juga akan dapatkan khidmat profesional dan pakar antarabangsa untuk memberikan ceramah berkaitan landskap dan seni taman. "Kementerian juga akan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap negeri bergabung mewakili negeri masing-masing dalam pameran. Penyertaan negara luar untuk pameran luar juga akan ditingkatkan," katanya.

p/s: RM 3 tu bukanlah mahal pun, sangat-sangat berbaloi dengan apa yang disajikan, malah melebihi rasanya. Kepuasan pada pecinta laman dan landskap katanya.. Ermm tapi kalau x silap cD Laman 2004 & 2006 x kena bayar kan? Sambutannya pun hebat... Entah lah.. sumernya pasal minyak kot

-cD-

Dari Pitch Ziana ke 5 Oktav Mariah...

Hamik ko... sekali update dah 3 entri, huhuhu. Ari tu cD, Khai ngan Kak Annie telah membuat lawatan muhibah ke Red-Box Plus di Pavilion. Lawatan tersebut tidak lain adalah untuk mengasah vokal yang telah lama berkarat... huhuhu

cD, Kak Annie & Khai... trio terhebat katanya...

Semuanya berlagak Diva, dari pitch tertinggi Akak Ziana dan 5 oktav Mariah Carey.. sehingga tenggelam ke laut Izwan Pilus dan Saiful Malaysian Idol... Berangan sangat. Kak Annie tersangat la power dengan lontaran vokal bak Ziana Zain... go Ziana folk.... Khai lak x habis-habis ngan Anuar Zain dia, cD?? Bagaimana ngan cD.. huhuhu cD mana pandai nyanyi (muka merah nie) tapi sempat layan menaruh harapan petang tu, zaiton sameon sangat.. Lagu-lagu nostalgia nie memang sebati ngan jiwa cD... dari Adam Ahmad (Kau Pergi Jua) sehingga ke versi Dayang.

sempat pose sambil tunggu Kak Anie shopping sakan...

cD pasan Kak Annie suka sangat nyanyi lagu Abang Lan.. huhuhu ade pape kew Kak Annie?? huhuhu Kantoi.. Lagu Abang Lan sumernya jiwang-jiwang belaka, time lagu Kembali Ceria tu sweet sangat, feel duet ngan Abg Lan kan?? huhuhhu.. Next time kita gegarkan lagi Red-Box tu ehhh

-cD-

The X-Files, I Want To Believe...

Sabtu Petang
26 Julai 2008, 2.35 pm
GSC One Utama
The X-Files, I Want To Believe

Ari sabtu lepas cD wat maraton lagi, huhuhhu x puas rasanya nonton satu movie jer. Kali nie layan X-Files lak, rindu ngan watak agen Mulder ngan agen Scully. Dulu-dulu suker layan citer x-files kat tv. jom baca sinopsis yang cD copaste dari Murai.com nie. Ringkas gile sinopsis dia...

Sinopsis THE X-FILES: I WANT TO BELIEVE
Masih mengekalkan mood daripada filem dan siri drama X-Files, sekuel kedua arahan Chris Carter cuba merungkai misteri di sebalik misteri yang berlaku di dalam THE X-FILES: I WANT TO BELIEVE . Agen Fox Mulder dan Dana Scully menerusi sekuel terbaru The X-Files akan berhadapan dengan masalah perhubungan yang masing-masing memilki pandangan dan pendapat berbeza. Mulder masih mencari kepastian daripada penjelajahannya manakala Scully pula menilai sesuatu misteri dari aspek pemandangan fizikal. Apakah akan berlaku antara kedua mereka? Adakah mereka mampu melerai misteri di dalam THE X-FILES: I WANT TO BELIEVE ?

Ehhh tetiba cD cam terkejut, The X-Files, I Want To Believe nie rupenya sekual kedua... Aaaaa ye kew? Ngape cD tatau ehhh.. Sebelom nie dah ade X-File the movie kew?? Ayoooo ketinggalan rupenya. Patut tengok citer nie cam blur jer, x dapat nak recall balik..

Kisah kali nie lebih hebat dimana agen Mulder dan Scully yang telah lama meninggalkan FBI kembali merungkaikan misteri kehilangan seorang agen FBI. Mereka dibantu oleh seorang psikik yang katanya boleh melihat dan tahu dimana lokasi sesuatu kejadian tu berlaku... Mata kuar darah lagi... huhuh Agak menghampakan.. kerana cD mengharapkan adanya kehadiran alien or makhluk-makhluk ganjil lain... tapi yang ade cumalah misteri kehilangan orang... cehhhh... Apa pun terhibur bile dapat tengok Mulder dan Scully kembali mesra, cinta mereka mekar kembali, romantik gile. huhuhu

-cD-

Dragon Wars...

Assalamualaikum...

Mood berblog masih suam-suam kuku lagi gamaknye, dah 4 hari cD x update blog... Walau ape jua mood ari nie, cD gagahkan diri untuk mengupdate.. Kita mulakan dengan weekend cD ehhh... Memandangkan sepanjang minggu lepas cD bz lite2, tibanya weekend untuk cD berpoye-poye lak... huhuhu

Sabtu Pagi
26 Julai 2008, 11.30 am
TGV One Utama
Dragon Wars

Sure korang pasan cD dah lama x cite pasal movie kan? Ermmm banyak movie best yang cD x update dalam nie, tapi sumernya cD dah nonton... cuma x sempat nak citekan jer.. huhuhu kekwat. Antara movie yang cD x sempat nak update dalam blog:-

Doomsday
Hellboy 2
Journey to the Center of the Earth
The Dark Knight

so sabtu last week cD teruskan hobi menonton dengan citer Dragon Wars, jom baca sinopsis citer nie.

Legenda Korea menyatakan bahawa pada setiap lima ratus tahun, dunia syurgawi akan menghadiahkan Imoogi untuk setiap kebajikan dan membenarkannya menjadi seekor naga sakti. Imoogi tersebut harus mencari satu loket yang digelar Yuh Yi Joo sebelum ianya ditemui Buraki, si ular syaitan. Makhluk-makhluk berbentuk naga mulai muncul di L.A, memasuki setiap bangunan dan menakutkan penduduk Bandar demi mencari seorang gadis bernama Sarah, yang dipercayai merupakan kelahiran semula Narin, pemegang Yuh Yi Joo pilihan. Pemberita TV Ethan menemui secebis puing yang mengaitkan dirinya kepada legenda tersebut. Ethan menyedari takdirnya untuk menjadi seorang wira, Haram, yang dilahirkan semula untuk melindungi Sarah dari naga yang jahat seraya menyelamatkan bandar tersebut dari kemusnahan.



Boleh tahan gak citer nie, lakonan mantap heronya Jason Behr.. Suke lakonan Jason sejak citer Roswell lagi. Movie nie menghidangkan kisah lagenda Korea... so bile dikatakan tentang lagenda tentulah sesuatu yang x diketahui kesahihan dan kebenarannya.. Secara logik kita boleh menerima bila ianya dikatakan lagenda, tapi bila lagenda tu bertukar dan hidup secara realiti dapatkan kita menerima keadaan nie?? huhuhu. Time Buraki menyerang kota LA rasa kelakar sangat, tapi still menghiburkan... ada satu part tu time Buraki memanjat bangunan pencakar langit rasa macam tengok cite King Kong plak...

Apa2 pun cD terhibur tengok citer nie.. cD menonton bukan untuk mengkritik, tapi untuk kepuasan sendiri.. Kalau tidak x kan la setiap minggu cD menonton kan... sonok tau ade hobi cam cD nie..

-cD-

Wednesday, July 23, 2008

After Tonight...

I look at you looking at me
Feels like a feeling meant to be
And as your body moves with mine
It's like I'm lifted out of time

And time again
Patiently I've waited
For this moment to arrive

After tonight
Will you remember
How sweet and tenderly
You reached for me
And pulled me closer
After you go
Will you return to love me
After tonight begins to fade

I feel your touch caressing me
This feeling's all l'll ever need
With every kiss from your sweet lips
It's like I'm drifting out of time

Alone will tell
If you feel the way I feel
When I look in your eyes

Time...
And time and time again
So patiently I've waited
For this moment to arrive

After tonight
Will you remember
How sweet and tenderly
You reached for me
And pulled me closer
After you go
Baby will you return to love me
After the night becomes the day

After tonight begins to fade

-cD-

Tuesday, July 22, 2008

Majlis Makan Malam Amal UUM...

Majlis Makan Malam Amal "Cahaya Kasih Untukmu"
oleh pelajar2 UUM.
Sabtu Malam, 8.00 pm - 11.00 pm
13 Julai 2008

Ermmm sori... entri nie agak lewat cD post. Malas nak cari alasan coz sememangnya x ada masa langsung nak update entri nie.. 13 Julai yang lepas berlangsungnya satu Majlis yang agak membanggakan cD dan rakan-rakan yang terlibat. Majlis tersebut adalah Majlis Makan Malam Amal "Cahaya Kasih Untukmu" anjuran pelajar-pelajar UUM. Projek khidmat masyarakat nie adalah subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar bagi melengkapkan dan menerapkan ilmu kemasyarakatan dalam diri setiap pelajar. Kami memilih konsep makan malam amal kerana merasakan ianya tepat dan bersesuaian dengan konsep kemasyarakatan. Majlis ini telah meraikan sebilangan besar warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal. Secara tidak langsung kami dapat meraikan mereka yang kurang berupaya dan dalam masa yang sama kami cuba memberikan kasih sayang untuk menghargai mereka. Golongan seperti mereka sangat sensitif dan merasakan diri jauh tersisih dari masyarakat.

cD ngan Azim, dak Azim nie tersangat lah Noti...




cD la tu...

Cik Nurul... susah cD tanpa dia..

Malam tu juga menyaksikan banyak mata yang menitiskan mutiaranya. cD tidak terkecuali, tersentuh bila melihat pakcik dan makcik yang ditinggalkan sebatang kara dan anak-anak kecil yang kehilangan belaian kasih sayang. Sebagai pelajar yang menganjurkan program nie cD dan rakan-rakan rasa amat berbangga kerana dapat menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Bukan wang ringgit yang mereka dambakan, cukuplah secebis keikhlasan kasih sayang.

En. Khairol Anuar Wakil UUM, Penyelaras Program

Warga emas dari Rumah Penyayang Bakti

Persembahan anak-anak Darul Kifayah, anak-anak yatim dibawah jagaan cD n Nurul

Wakil UUM sendiri terharu dengan usaha kami, En Khairol Anuar Ishak, Penyelaras Sistem Pengajian Jarak Jauh UUM terkejut dengan apa yang mampu kami lakukan bagi menjayakan projek ini. Majlis seumpama ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pelajar UUM dan Majlis kami telah mendapat perhatian Akhbar Harian Metro dan Sinar Harian. Berita mengenai projek ini telah tersiar di dada akhbar selama 2 hari berturut-turut. Harian Metro, 16 Julai 2008 dan Sinar Harian 16 Julai 2008, 17 Julai 2008.

Keratan akhbar Harian Metro, 16 Julai 2008


Keratan akhbar Sinar Harian, 16 Julai 2007

Bukan publisiti yang mahu kami gemburkan, tapi usaha kemasyarakatan yang berjaya kami hulurkan. Tahniah kepada semua rakan-rakan yang terlibat, hope kita semua mendapat A untuk projek nie.. Semoga semester 4 nanti kita mampu menganjurkan Karnival pula seperti yang dicadangkan... Amin..

-cD-

cD Happy...

Lately nie cD ketandusan idea untuk berblog... Bukan x ade isu untuk dicoretkan, cuma entahlah... Ada ketikanya haluan menuju persimpangan, untuk meneruskan perjalanan satu simpang perlu dipilih. cD amat-amat lemah bila perlu memilih... cececece, Apa sumer nie? Ade-ade jer dak cD nie kan....

Tak sangka plak entri mimpi semalam memberikan kesan pada orang lain... cD ingat impaknya hanya cD yang rasai, tapi tempiasnya membasai juga hati insan-insan yang prihatin dan mengambil berat tentang cD. Mekacih, Kamoo tahu siapa Kamoo. Apa yang ingin cD nyatakan, entri semalam hanyalah sebuah mimpi... mimpi yang sering menghiasi lena cD. Peritnya sudah cD rawati, cuma parutnya x mampu cD baluti... bekas lukanya menjadi kecacatan kekal yang harus cD tanggung seumur hidup cD... so biarlah ianya kekal menjadi sejarah. cD happy sekarang, walaupun masih ada yang meraguinya. Kamoo juga tahu siapa Kamoo... Bangkitnnya cD dari lena ini, maka berakhirlah segala mimpi-mimpi...

Percayalah... tiada apa yang mahu cD rahsiakan, cD happy dengan keadaan cD sekarang. cD berusaha menjadi cD yang dulu, mencari kembali senyuman yang pernah lari bersembunyi. Mengetuk kembali pintu yang lama terkunci, agar bersinar ruang hati dan kembali menyinari.

Tak perlu cD buktikan apa-apa, jika tempias kelukaan cD mampu Kamoo rasai... Mengapa kegembiraan ini menjadi kesangsian lagi. Terimalah cD seadanya, terkadang cD x mampu menjadi cD yang dulu... Masa merubah segalanya, kitaranya membuatkan cD lebih berhati-hati. Bantulah cD menjadi siapa sebenarnya cD... Bukan cD yang dibentuk untuk kepuasan orang lain, cD x mampu menjadi sesuatu yang bukan cD....

-cD-

Monday, July 21, 2008

Mimpi...

Entah mengapa perasaan ini seakan resah gelisah.. Risaukan sesuatu yang telah jauh cD tinggalkan dibelakang.. Haruskah cD berpaling semula? Rasanya tidak...

Semalam mimpi cD berulang lagi, buat kesekian kalinya Kamoo muncul lagi dalam lena cD? Apakah makna semua ini? Ya Tuhanku berikanlah petunjukMu... Dalam lena mengalir juga air mata cD, Kamoo yang telah lama pergi kini muncul kembali.. Debaran didada semakin kencang, sesak rasanya.. Sedih melihat keadaan Kamoo yang tidak terurus, dan yang paling menyayat hati kecil cD, Kamoo semakin tenat dalam mengharungi saat-saat terakhir hayat mu.. Ya Allah mungkinkah ini cuma sekadar mimpi? Lindungilah Kamoo dari sebarang kecelakaan dan berikanlah Kamoo kesihatan dan kebahagiaan.

Walau sehitam dan seburuk mana pun sejarah cD dan Kamoo... sedikitpun x pernah wujud rasa benci dihati ini. Mana mungkin insan yang lama bertahta dapat dibuang dalam sekalip mata saja... Orang lain cD x tahu, tapi sukar bagi cD... Sejak Kamoo lafazkan kata perpisahan sehingga ke saat dan detik ini, cD x pernah mendengar khabar langsung. Jika dahulu segala keperluan dan kesihatan Kamoo menjadi tanggungjawab cD, sekarang bagaimana?? Sakit pening Kamoo siapa yang menjaganya. Mengapa Kamoo muncul dalam lena cD dalam keadaan sebegitu? Mungkinkah Kamoo memerlukan cD disaat ini? Arghhhh mungkin tidak, Kamoo yang membuang cD dari hidup Kamoo. Mana mungkin Kamoo masih memerlukan cD... Mungkin Kamoo tidak tahu, kesan yang Kamoo tinggalkan ini memberikan parut yang berkekalan. Kecacatan seumur hidup yang terpaksa cD tanggung sendirian. 30 Jun lepas, gugur juga air mata cD... tiada ucapan ulang tahun dari Kamoo, mungkinkah Kamoo terlupa, argghhh tidak.. Tak mungkin Kamoo lupa. Jelas Kamoo telah kuburkan segalanya... cD tidak wujud lagi dalam kehidupan Kamoo. Itu membuktikan segalanya.

Kita pernah berjanji... mungkin Kamoo lupa, tapi tidak bagi cD.. Janji tersebut masih erat dalam genggaman cD. cD hanya mampu berdoa dan memohon semoga Kamoo sentiasa berada dalam kesihatan dan kebahagiaan. Jika sesuatu yang buruk menimpa Kamoo, carilah cD. Tiada benci dihati ini....

-cD-

Thursday, July 17, 2008

Happy Birthday Abah...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Abah...
Happy Birthday 2 You


Ari nie 17 Julai 2007, besday abah yang ke 63. cD mendoakan semoga Allah SWT memberikan Abah kesihatan dan kebahagian dunia dan akhirat. Banyak tahun Abah minta kek Oren, tapi cD tatau nak cari kat ner... Tahun nie hope hajat Abah dimakbulkan.. huhuhu kena berusaha cari kek oren gak nie.. Sape tahu ehh kat ner ade jual kek oren? Kalau takat kek lapis oren tu bersepah.. Tanak la kek cam tu.. Abah nak kek besday perisa oren...

Selamat ulang tahun Abah... ikhlas dari anak-anak mu.. (Along, angah, kak Anum, akak n cD...) Muah muah muahhh kat pp, Cayang Abah.

-cD-

Ayoooo Kena Tag...

Selamat bersiaran kembali, huhuhu...

Sowie lama cD x meng"update"kan blog nie, bz yaamat.. Hari nie baru berkesempatan menjengah blog sendiri. Tetiba cD di "Tag" katanye... Ayooo matilah, nak x nak kena juga, huhuhu mekacih la pada bro Rizal yang baik hati tu, coz bermurah hati meng"tag"kan cD... (siaplah dia lepas nie... huhuhuh)

1. Where is your cell phone? Dalam poket suar, huhuhu
2. Your significant other? Ntahler...
3. Your hair? Buat masa nie still hitam, esok cam nak blonde jer...
4. Your mother? Puan Fatimah
5. Your father? Encik Abdul Razak
6. Your favorite thing? Nonton Movie laaa
7. Your dream last night? Mimpi Kamoo... apa cite dia ehhh? (Rindu plak)
8. Your favorite drink? Vanila Coke
9. Your dream/goal? Dapat tunai 100 juta...
10. The room you're in? My room
11. Your hobby? Banyak sangat...
12. Your fear? Allah SWT
13. Where do you want to be in 6 years? Jauh dari Malaysia maybe...
14. What you're not? Gedik...
15. Muffins? Banana
16. One of your wish list items? Happy Forever...
17. Where you grew up? Gombak/Kl/Malaysia
18. The last thing you did? Buat report penyelarasan akaun amanah
19. What are you wearing? Kemeja Padini n Seluar PDI...
20. Favorite Gadget? Ade ke??
21. Your pets? X ada, mak x kasi bela...
22. Your computer? Acer
23. Your mood? OK jer
24. Missing someone? Ermmm dah penat...
25. Your car? Savvy..
26. Something you're not wearing? subang, huhuhuh nak mati.
27. Favorite store? Padini Concept Store
28. Like someone? Adalah....
29. Your favorite color? Red/White/Black/Blue
30. When is the last time you laughed? Baru jer tadi...
31. Last time you cried? Entah.... (kekwat kan)

Ermmmm dek kerana cD yang comey nie baik hati so cD x akan tag sesaper pun... huhuhu kekwat sangat... Banyak lagi keje nak kena siapkan nie.. kalau free kang cD update citer last week ehhh..

Daaaaaaa

-cD-

Friday, July 11, 2008

Haziq Lawat Uncle cD...

Sonoknye ari nie....

Tadi Haziq datang, huhuhu datang melawat uncle cD... Sonok sangat dapat pelok, ciom, pelok lagi n ciom lagi... huhuhu. Baru jer berkira-kira nak minta E mmskan pic Haziq, x sangka plak dapat kejutan kedatangan Haziq ari nie.. Dak comey nie bertambah-tambah comey skang.. x lama lagi kalah la uncle cD... huhuuh.

Haziq nie manja sangat laaa, ngan sumer orang dia nak, mesra alam sangat... Puas la pp tu asyik kena tonyoh jer manjang.. eeeiii akak2 n makcik2 kat cnie busyok-busyok kan Haziq.. Uncle cD jer mangi kan...

Manja... busyok uncle nie...


Muahhhh kat pp...


Mata dah layuuu.. Haziq ngantok laaa..


Pose ngantok la uncle....

Apa yang lagi sonok melainkan dapat pelok Haziq?? Maybe Hellboy II... huhuhu Yeyyyyyyy malam nie g tengok HellboyII ngan akak sha, khai n nana... Sonoknyer... 11 Julai 2008, hari yang penuh keseronokkan...

-cD-

Thursday, July 10, 2008

Selingkar Kasihnya...

Assalamualaikum,

Tiada kata seindah bahasa yang mampu menzahirkan perasaan dalaman cD ketika dan saat ini. Luaran jangan dikira, kerana cD pandai bermain mata.. kaburi segala duka juga lara... Hanya melalui lafaz madah mampu cD coretkan, segala sejarah mahupun future. Bermula dan berakhirnya sebuah ceritera sang pujangga. Kala hadirnya tidak dipinta, singgah beradu menjalin asmara... lantas melangkah begitu sahaja, nyata perginya tidak direla....

Cinta bukanlah segalanya, tetapi tanpa cinta mengapa lain rasanya? Setiap insan punyai perasaan, rasa cinta antara kehebatannya. Walaupun cinta bukan segala-gala, nyata SEPI bila ditinggalkan olehnya.


cD bermadah ikutkan rasa, namun jelas cD bukan primadona cinta... Apa yang mengalir dicurah adanya, maka tercipta selingkar kasihnya...

-cD-

Tuesday, July 8, 2008

"Dia"...

Saat kelam selimuti malam
Bulan sedia memancar bahagia
Kala bulan terangi alam
Pungguk masih merintih setia
Sedalam mana cD menyelam
Mengapa masih rindukan Dia??

Huhuhhu cene nak jawab nie ehhh.. siapa “Dia” yang cD maksudkan tu?? Huhuhuh mesti sumer sebok nak tau kan? kan? kan?... Ermmm mana leh cD g tau. Tapi yang pasti “Dia” bukan “Kamoo”… ceritera “Kamoo” telah lama berlalu…

Jangan main tangkap muat jer ehhh, “Dia” nie bukan cinta baru cD.. Tapi sesuatu yang sukar digambarkan… Kehadirannya membuatkan cD tenang.. Dekat dengannya memberikan kekuatan untuk meneruskan perjalanan… Apa yang pasti cD x mahu kehilangan “Dia” yang baru cD temui… Semoga selamanya setia temani.

Namooo arrr men teka-teki lagi, cD akan tinggalkan kamoo sumer ngan 1001 persoalan dan pertanyaan… huhuhuh kekwat x?? Daaaaaaaaa

-cD-

Monday, July 7, 2008

Happynya cD...

Hari nie cD happy sangat-sangat, da lama cD x alami detik-detik sebegini. Bagaikan cD yang dulu telah muncul kambali.. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana mengembalikan kecerian n kebahagian buat cD.

Sekali cinta melangkah
Selamanya bertitik NOKTAH
Sekali cinta berubah
cD YAKIN ketentuan Allah...

Kita tertawa tika gembira, kita menangis tika terluka.. Apa jua jalan ceritanya, bagaimana kesudahan ceriteranya, kita yang mencoraknya. Yakinlah pada qada dan qadarnya kerana segalanya sudah tercoret, sebagai hambanya kita hanya mampu menuruti dan cuba memperbaiki kelemahan diri. InsyaAllah segalanya pasti berubah...

Berbalik pada cite cD tadi... Apa yang menyebabkan cD Happy sangat-sangat ari nie? Nak tahu kenapa? uhuhu Pertamanya, cD terima adiah besday paling special tahun nie... Dari ari sabtu lagi cD tunggu adiah nie tapi x sampai-sampai. Akhirnya ari nie baru cD terima... Mekacih pada Hanie, terharu sangat... 1st time pic cD diabadikan menjadi potret yang cantik...

Chantik x??

Mekacih Hanie, muahhh kat pp...

Keduanya, ari nie besday akak cD, so tadi cD wat surprise tuk dier... Tak ade la wat grand-grand pun just beli kek n makan-makan jer.. Memang x plan apa pun, balik tadi g beli kek n teros alik umah... SURPRISE!!!!!!!! Terkejut la dia, rasa happy sangat bila kita dapat membuatkan orang lain gembira kan? Selama nie cD cuba menjaga hati dan menggembirakan orang lain, tapi family n adik beradik cD sendiri terabai. Skang masanya cD tebus semula kesilapan cD, ganjarannya.... cD happy sangat-sangat...

Ketiganya, hari nie juga hati cD rasa lapang dan tenang... Buat pertama kalinya cD merasa lepas bebas. Segala belenggu dan kesedihan yang menghimpit telah hilang entah kemana. Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini.

Tiada lagi duka
Tiada lagi titis air mata
cD telah dilahirkan semula...
Segar dan bernafas adanya...

Rasanya 3 sebab utama nie da cukup menggambarkan betapa Happynya hari cD... cD berharap kegembiraan ini tidak berakhir di sini. Biarlah ini menjadi permulaan bagi ceritera yang mahu mencoretkan kisahnya. Kisah untuk masa hadapan, cD juga coretannya...

-cD-

Happy Birthday Akak...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Akak...
Happy Birthday 2 You


Ari nie 7 Julai 2008 merupakan hari ulang tahun kelahiran Kakak cD, Shikin namanya. Ari nie genaplah umo dier 28 tahun... huhuh da tua. Ermm nak kena belikan kek kew? huhuhu Tengok la kalau cD bermurah hati ade la kek, kalau rase nak kedekot tu x ade laaa.. hahah kekwat ngan akak sendiri.

Tadi mak call dari umah, katanye ade bungkusan untuk cD.. yeyyyyyyyy mesti adiah besday dari Hanie tu.. penat tunggu akhirnya ari nie baru sampai. X sabar nak balik n buka adiah tu, sonoknye... Mekacih Hanie..

Next week cD kena ke Melaka plak, kena hadiri mesyuarat dan bengkel penyelarasan Wang Akaun Amanah... cD yang handle Akaun nie so x leh wakilkan orang len.. Malasnya nak jejakkan kaki di Bumi Hang Tuah tu.. Bukan ape cD seboleh-bolehnya x nak jejak langsung ke Melaka tu. Banyak benda yang akan menyentap dan merobek-robek hati cD nanti. Waaaaaa nanges. Nginap kat Avillion Legacy...

-cD-

Hancock...

Ermm rasa lemah sangat-sangat ari nie... Nak wat entri nie pun rasa x larat sangat, ngape demam cD x kebah-kebah ehhh?? Last week x banyak aktiviti yang mampu cD lakukan, maklumlah x sehat kan? Dalam x sehat tu sempat lagi nonton Hancock, huhuhu.

Sinopsis Hancock:

Dia memiliki kuasa luar biasa dan tanggungjawab yang sangat besar. Itulah John Hancock lakonan berkesan Will Smith. Seorang lelaki berkuasa lagi bongkak tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Sikapnya yang kurang disenangi orang ramai, malah sukar difahami itu menyebabkan ramai pihak menganggap Hancock tidak layak menyandang gelaran hero di bandar Los Angeles. Kuasa luar biasanya digunakan bukan untuk kebaikan, tetapi merosakkan harta awam sehingga membuatkan semua orang jelak dengannya. Bagaimanapun pesepsi itu berubah apabila, Hancock dipertemukan dengan seorang eksekutif perhubungan awam Ray Embrey (Jason Bateman) yang mengajarnya bagaimana untuk bergelar superhero kesayangan ramai Apakah tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada Hancock untuk membersihkan namanya bergelar superhero di hati masyarakat?

Nak tahu samada cite nie bagus or x nonton la sendiri ehhh, tapi bagi cD secara peribadi cite nie ok laaaa, terhibur gak. Banyak aksi-aksi menarik..

-cD-

Friday, July 4, 2008

Sepi...

Sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja...
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Putuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Nangis dengar lagu nie... mengenal erti SEPI.... Sendirian...

-cD-

OST Sepi...

Ermmm ari nie Jumaat, lunch break panjang... cD sempat jejalan ke One Utama tadi.. huhuhu Hajat di hati satu jer, nak cari OST Sepi... Sejak nonton filem Sepi ari tu lagi hati cD da berkobar-kobar nak dapatkan OSTnyer.. Penat gak menapak dari satu kedai ke satu kedai, tapi hampa.. Maybe baru lagi kot, so stok x sampai lagi...

Sebelom nak balik, cD cuba nasib sekali lagi kat kedai Speedy. Alhamdulillah... Akhirnya dapat gak cD OST Sepi.. Yeyyyyyyyyyyyy bestnyer..

OST Sepi
1. Kau Ada Dia - The Lima
2. Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
3. Senyum Indah - Crush!
4. Sepi - Yuni Shara
5. Aku Bukan Untukmu - Zaf & Lah
6. Jatuh Cinta - Pacai
7. Mungkin - Anuar Zain
8. Kembang Perawan - Gita Gutawa
9. Oh! Asmara (versi dialog) - Nora
10. Aku Dan Bulan - Hubuonen
11. Puisi Sepi - Baizura Kahar
12. Kita - Nieyl Mentor
13. Vocalizing - Gita Gutawa
14. Sayang-sayang (versi 2008) - Aliff Aziz
15. Rindu - Saiful
16. Seribu Kenangan - Didicazli
17. Hilang - Diddy
18. Seribu Tahun - Imran Ajmain

OST Sepi dan cD...

Happy gilew cD ari nie... Pemilihan lagu-lagu untuk OST nie sumer best-best... Paling cD suka tentunya Aku Bukan Untukmu - Zaf & Lah, Kau Ada Dia - The Lima dan Sepi - Yuni Shara...

-cD-