Tuesday, July 22, 2008

cD Happy...

Lately nie cD ketandusan idea untuk berblog... Bukan x ade isu untuk dicoretkan, cuma entahlah... Ada ketikanya haluan menuju persimpangan, untuk meneruskan perjalanan satu simpang perlu dipilih. cD amat-amat lemah bila perlu memilih... cececece, Apa sumer nie? Ade-ade jer dak cD nie kan....

Tak sangka plak entri mimpi semalam memberikan kesan pada orang lain... cD ingat impaknya hanya cD yang rasai, tapi tempiasnya membasai juga hati insan-insan yang prihatin dan mengambil berat tentang cD. Mekacih, Kamoo tahu siapa Kamoo. Apa yang ingin cD nyatakan, entri semalam hanyalah sebuah mimpi... mimpi yang sering menghiasi lena cD. Peritnya sudah cD rawati, cuma parutnya x mampu cD baluti... bekas lukanya menjadi kecacatan kekal yang harus cD tanggung seumur hidup cD... so biarlah ianya kekal menjadi sejarah. cD happy sekarang, walaupun masih ada yang meraguinya. Kamoo juga tahu siapa Kamoo... Bangkitnnya cD dari lena ini, maka berakhirlah segala mimpi-mimpi...

Percayalah... tiada apa yang mahu cD rahsiakan, cD happy dengan keadaan cD sekarang. cD berusaha menjadi cD yang dulu, mencari kembali senyuman yang pernah lari bersembunyi. Mengetuk kembali pintu yang lama terkunci, agar bersinar ruang hati dan kembali menyinari.

Tak perlu cD buktikan apa-apa, jika tempias kelukaan cD mampu Kamoo rasai... Mengapa kegembiraan ini menjadi kesangsian lagi. Terimalah cD seadanya, terkadang cD x mampu menjadi cD yang dulu... Masa merubah segalanya, kitaranya membuatkan cD lebih berhati-hati. Bantulah cD menjadi siapa sebenarnya cD... Bukan cD yang dibentuk untuk kepuasan orang lain, cD x mampu menjadi sesuatu yang bukan cD....

-cD-

4 comments:

budleee said...

feel better in time :)

Hidney said...

best entry ni... (sambil lap air mata)

-cD- said...

Ermm ye ke? Huhuhuhu.. Dah dah lap air mata tu, buruk la ucuk...

Hidney said...

sesekali kita akan terleka dan melupakan apa yang kita pernah ada. kita jarang mahu menghargainya sehinggalah bila kita tersedar kembali. saat itu, barulah kita merasakan kehilangannya dan penyesalan mula mencengkam diri. kita cuba mengubah diri dan berusaha untuk mendapatkan apa yang telah tertinggal jauh. namun tidak semunya akan kita temui. tidak semuanya akan indah seperti dulu...

hargai apa yang kita miliki kini, kerana kemaafan tidak selalunya ada