Thursday, July 31, 2008

Dinner 35 Tahun MTIB...

28 Julai 2008
Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Malam Sekalung Budi, 35 Tahun MTIB Bersama Industri Perkayuan.

Semenjak tahun 1973, MTIB telah mempromosikan kepentingan industri pemprosesan kayu Malaysia, yang turut menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara, mempercepatkan industrialisasi dalam sektor ini, menggalakan kemajuan teknologi canggih di samping membangunkan piawaian untuk barangan kayu dan pemprosesannya.

Terima kasih kepada pihak kerajaan di atas penubuhan MTIB, pihak-pihak yang terlibat, pemimpin masa kini dan yang terdahulu, ahli-ahli Jemaah Lembaga serta klien yang telah menyumbang kepada MTIB dalam membentuk pertumbuhan dan daya hidup MTIB.

cD n Kak Zura...

Teman-teman di bawah Projek Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) Kak Zura, Julie n Faizah

Malam isnin lepas, cD dijemput untuk memeriahkan majlis Malam Sekalung Budi, 35 Tahun MTIB Bersama Industri Perkayuan. Pasti ada yang tertanya-tanya MTIB tu apa ehh? Ermmm MTIB adalah Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia). cD telah berkhidmat sebagai Asst. Accountant di MTIB hampir 4 tahun dan berbangga menjadi salah seorang warga kerja MTIB. Walaupun skang cD sambung study, kebajikan cD tidak pernah mereka abaikan.. Bersyukur sangat-sangat dengan apa yang cD miliki sekarang dan berharap semoga masa depan yang cerah akan menanti cD.. Amin....

-cD-

1 comment:

penny stock said...

ok. I found an information here that i want to look for.