Monday, July 7, 2008

Hancock...

Ermm rasa lemah sangat-sangat ari nie... Nak wat entri nie pun rasa x larat sangat, ngape demam cD x kebah-kebah ehhh?? Last week x banyak aktiviti yang mampu cD lakukan, maklumlah x sehat kan? Dalam x sehat tu sempat lagi nonton Hancock, huhuhu.

Sinopsis Hancock:

Dia memiliki kuasa luar biasa dan tanggungjawab yang sangat besar. Itulah John Hancock lakonan berkesan Will Smith. Seorang lelaki berkuasa lagi bongkak tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Sikapnya yang kurang disenangi orang ramai, malah sukar difahami itu menyebabkan ramai pihak menganggap Hancock tidak layak menyandang gelaran hero di bandar Los Angeles. Kuasa luar biasanya digunakan bukan untuk kebaikan, tetapi merosakkan harta awam sehingga membuatkan semua orang jelak dengannya. Bagaimanapun pesepsi itu berubah apabila, Hancock dipertemukan dengan seorang eksekutif perhubungan awam Ray Embrey (Jason Bateman) yang mengajarnya bagaimana untuk bergelar superhero kesayangan ramai Apakah tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada Hancock untuk membersihkan namanya bergelar superhero di hati masyarakat?

Nak tahu samada cite nie bagus or x nonton la sendiri ehhh, tapi bagi cD secara peribadi cite nie ok laaaa, terhibur gak. Banyak aksi-aksi menarik..

-cD-

No comments: