Wednesday, July 30, 2008

Kamoo, Segalanya Sudah Berakhir...

Ari nie 30 Julai 2008... Genaplah sebulan umur cD 26, ermmm ngape tetiba nak wat entri nie ehhh? Ada apa dengan genapnya sebulan umur cD? cD pun tatau nak mulakan dari mana, patutkah cD wujudkan entri yang x sepatutnya ini... Menoleh semula dan melirik pada jejak-jejak yang telah jauh ditinggalkan..

1.55pm tadi inbox gmail cD menerima sepucuk e-mail (huhuhu rasa kelakar lak, sepucuk kew?) whatever laaa.. Tertera nama pengirimnya dot.dot.dot.... Ya Allah, hampir gugur jantung cD. Adakah cD bermimpi, nyatanya tidak... degupan jantung semakin kencang, tertanya-tanya apakah kandungan e-mail tersebut. Tapi siapakah pengirimnya, mengapa lak cD cemas pabila menerima e-mail tersebut? Jeng jeng jeng...

Ya, pengirimnya adalah "Kamoo". Satu-satunya Kamoo yang pernah hadir dalam hidup cD dan merubah segala-galanya. Segalanya.... cD bahagia dengan keadaan cD seadanya, cD terima parut kecacatan kekal ini sebagai harga yang harus dibayar kerana mencintai Kamoo. Tiada penyesalan... Tiada dendam, apa yang wujud hanyalah pertanyaan dan rasa terkilan. cD x perlukan jawapannya lagi, biarlah pertanyaan dan soalan tersebut menjadi tanda tanya. Walau apa juga jawapannya cD x perlukannya lagi. Jelas segalanya telah berakhir. Izinkan cD jalani kehidupan ini dengan cara cD. Ceritera kita telah lama terkubur dan biarlah ianya kekal menjadi sejarah yang tidak mungkin cD lupakan. Cukuplah dengan apa yang telah kita tempuhi, sejujurnya cD x mampu untuk kembali ke jurang yang dalam itu. Payah untuk cD merangkak dan menyusuri mencari kembali sinar hidup cD... Kini Kamoo ingin kembali?? Maafkan cD sayang... Segalanya sudah berakhir. Percayalah cD x pernah berdendam, walau sekelumit... Kemaafan itu adalah dendam yang terindah, kita bukanlah dua insan yang bercinta lagi, masa telah merubah segalanya.

Jalanan hidup kita kini berbeza, cD dengan cara cD dan Kamoo dengan caramu. Terimalah kenyataan ini walau sesukar mana pun kerana pengorbanan itu sudah lama jadi milikku. Izinkan cD pergi, selamanya.

-cD-

2 comments:

Anonymous said...

cinta pertama tidak semestinya bersatu...tapi pasti bahagia itu adalah milik "kamu" CD...

-cD- said...

Mekacih... Ya, cD pun pasti.. satu hari nanti bahagia tetap milik cD.