Monday, July 28, 2008

Laman 2008, Hampeh...

Ahad Petang
27 Julai 2008
Taman Tasik Perdana

Semalam... baliknya dari berpoye-poye di Alamanda Putrajaya. Kami (cD, Khai n Fash) singgah mencemar duli di Taman Tasik Perdana. Katanya ingin merasai bahang Laman 2008 yang x berapa membara tu.. huhuhu... Sesampainya kami di lokasi tersebut, mata mula meliar menangkap susuk-susuk tubuh yang berkeliaran disana sini... Ya ampunnnn ramainya umat. Semalam merupakan hari terakhir Laman2008, pastinya warga kota yang sering dihidangkan dengan asap dan debu metropolitan x mahu lepaskan sajian berkonsepkan kehijauan flora di Taman Tasik Perdana.

di kejauhan cD nampak comey kan... huhuh perasan...

Bila semua warga kota berkumpul, tentunya ruang menjadi semakin sempit kan... dan pastinya mencari parking sesuatu yang azab sangat. Bagi kami yang sinonim dengan kawasan nie parking bukanlah satu masalah yang besar. cD memang pakar selok belok kawasan nie, tempat jogging cD gamaknya. so kami pun park la kat Taman Burung yang banyak sangat parking lot kosong tu..

Hajat dihati ingin membuat jalan pintas, confident nie terus meluru kat taman rusa tu nak wat shortcut katanya.. Alih-alih pak guard tu kata x leh masuk.. Hampeh tul. X per x per.. sabar, sekali lagi dengan confident kitorang meluru nak turun tangga bak menuruni Batu Caves kat belakang memorial Tun Razak tu.. sampai jer kat situ, jeng jeng jeng.... pintu pagar dia KUNCI.... hampeh lagi sekali. Badan dah berpeluh-peluh nie, memercik keringat huhuhu cian kat Fash.. lenjun katanya. Nak x nak terpaksa la kitorang menapak dengan membuat catwalk di pentas runway yang panjang itu, huhuhu.

Akhirnya sampai gak kami depan pintu masuk Laman2008.. Kehadiran kami disambut dengan bunga-bunga pelbagai warna yang hampir layu, sedih gile... huhuhu dan yang paling mengejutkan nak masuk kena bayar ok.. RM 3 dewasa dan RM 1 kanak-kanak. so terjawablah sudah mengapa Laman2008 x mendapat sambutan. Rakyat Malaysia kan semuanya kedekot.. huhuhu hampun...

Petikan Berita Minggu 27 Julai 2008
Laman2008 gagal tarik pengunjung
Oleh Rohaniza Idris roha@bharian.com.my
Acara disedia tidak menarik

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin mengakui Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia 2008 (Laman2008) gagal terutama untuk menarik 500,000 pengunjung seperti disasarkan berikutan kurang promosi dan sikap sambil lewa pihak berkaitan. Beliau berkata, acara yang disediakan sepanjang festival tidak menarik, selain faktor cuaca menyebabkan pengunjung merosot berbanding dua festival terdahulu pada 2004 dan 2006.

Menarik sangat...

"Mungkin juga Laman2008 tidak meriah kerana orang ramai takut keluar berbelanja berikutan sikap jimat cermat akibat penstrukturan semula harga minyak, baru-baru ini. Kita akan lakukan 'bedah siasat' secepat mungkin mengetahui punca sebenar kegagalan festival ini. "Namun, saya nampak kekurangan promosi dan sikap sambil lewa seperti melepaskan 'batuk di tangga' menjayakan festival kali ini menyebabkan ia kurang menyerlah berbanding festival terdahulu," katanya kepada Berita Minggu. Laman2008 yang diadakan di Taman Tasik Perdana, di sini, dianjurkan Jabatan Landskap Negara dan dihoskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selama seminggu berakhir hari ini.

Antara landskap di Laman2008...

Beliau akan memanggil mesyuarat sebaik saja Laman2008 berakhir bagi memastikan penganjuran festival berkenaan pada 2010 berjalan lancar dan menepati hasrat kerajaan ke arah menjadi negara taman menjelang 2020. Katanya, beliau memberi jaminan Laman2010 lebih meriah dan pengisian acara lebih memberi manfaat serta dapat menarik pengunjung dalam dan luar negara. "Untuk festival akan datang saya akan pastikan adanya seminar dan bengkel mengenai landskap atau kegiatan cucuk tanam. Kita juga akan dapatkan khidmat profesional dan pakar antarabangsa untuk memberikan ceramah berkaitan landskap dan seni taman. "Kementerian juga akan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap negeri bergabung mewakili negeri masing-masing dalam pameran. Penyertaan negara luar untuk pameran luar juga akan ditingkatkan," katanya.

p/s: RM 3 tu bukanlah mahal pun, sangat-sangat berbaloi dengan apa yang disajikan, malah melebihi rasanya. Kepuasan pada pecinta laman dan landskap katanya.. Ermm tapi kalau x silap cD Laman 2004 & 2006 x kena bayar kan? Sambutannya pun hebat... Entah lah.. sumernya pasal minyak kot

-cD-

5 comments:

budleee said...

hmm ye ka..

my friends pegi kata best.. i am not into the whole landscape thing... siram pokok bunga pun malas huhuuhu

Hidney said...

Apa kata gov buat FESTIVAL TURUNKN HARGA MINYAK 2008 untuk menjadikn mesia negara murah minyak menjelang 2020? Lagi berbaloi rasanya

-cD- said...

Budleee, Laman2008 tu mmg best, cuma pihak penganjur x peka jer...

Ucuk, minyak skang isu sensitif, x sempat dibawa ke perlimen pun senarai akan digugurkan...

lovely said...

wah nice laman tu..jauhnyer bpoyo2 sampai ke Taman Tasik Perdana...nice place...

Anonymous said...

ayoo turun 5 KG pingsanzzz