Tuesday, July 22, 2008

Majlis Makan Malam Amal UUM...

Majlis Makan Malam Amal "Cahaya Kasih Untukmu"
oleh pelajar2 UUM.
Sabtu Malam, 8.00 pm - 11.00 pm
13 Julai 2008

Ermmm sori... entri nie agak lewat cD post. Malas nak cari alasan coz sememangnya x ada masa langsung nak update entri nie.. 13 Julai yang lepas berlangsungnya satu Majlis yang agak membanggakan cD dan rakan-rakan yang terlibat. Majlis tersebut adalah Majlis Makan Malam Amal "Cahaya Kasih Untukmu" anjuran pelajar-pelajar UUM. Projek khidmat masyarakat nie adalah subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar bagi melengkapkan dan menerapkan ilmu kemasyarakatan dalam diri setiap pelajar. Kami memilih konsep makan malam amal kerana merasakan ianya tepat dan bersesuaian dengan konsep kemasyarakatan. Majlis ini telah meraikan sebilangan besar warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal. Secara tidak langsung kami dapat meraikan mereka yang kurang berupaya dan dalam masa yang sama kami cuba memberikan kasih sayang untuk menghargai mereka. Golongan seperti mereka sangat sensitif dan merasakan diri jauh tersisih dari masyarakat.

cD ngan Azim, dak Azim nie tersangat lah Noti...




cD la tu...

Cik Nurul... susah cD tanpa dia..

Malam tu juga menyaksikan banyak mata yang menitiskan mutiaranya. cD tidak terkecuali, tersentuh bila melihat pakcik dan makcik yang ditinggalkan sebatang kara dan anak-anak kecil yang kehilangan belaian kasih sayang. Sebagai pelajar yang menganjurkan program nie cD dan rakan-rakan rasa amat berbangga kerana dapat menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Bukan wang ringgit yang mereka dambakan, cukuplah secebis keikhlasan kasih sayang.

En. Khairol Anuar Wakil UUM, Penyelaras Program

Warga emas dari Rumah Penyayang Bakti

Persembahan anak-anak Darul Kifayah, anak-anak yatim dibawah jagaan cD n Nurul

Wakil UUM sendiri terharu dengan usaha kami, En Khairol Anuar Ishak, Penyelaras Sistem Pengajian Jarak Jauh UUM terkejut dengan apa yang mampu kami lakukan bagi menjayakan projek ini. Majlis seumpama ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pelajar UUM dan Majlis kami telah mendapat perhatian Akhbar Harian Metro dan Sinar Harian. Berita mengenai projek ini telah tersiar di dada akhbar selama 2 hari berturut-turut. Harian Metro, 16 Julai 2008 dan Sinar Harian 16 Julai 2008, 17 Julai 2008.

Keratan akhbar Harian Metro, 16 Julai 2008


Keratan akhbar Sinar Harian, 16 Julai 2007

Bukan publisiti yang mahu kami gemburkan, tapi usaha kemasyarakatan yang berjaya kami hulurkan. Tahniah kepada semua rakan-rakan yang terlibat, hope kita semua mendapat A untuk projek nie.. Semoga semester 4 nanti kita mampu menganjurkan Karnival pula seperti yang dicadangkan... Amin..

-cD-

1 comment:

nurulz said...

yooowwwwwwwwwwwwww...finally...ade gaks muka aku dlm blog ko eh..heeee terharu rase nyeeeeeee..wehhh aku pown sedey nengok anak2 yatim n org2 tua nih tau...diowang ni...mcm nenek2 n atuk2 kiter je kan...???
huuu si cd nih...siap suh aku tgglkan jejak lagik tu....bukan jejak jek yg aku tggl kan.....ngan tapak2 kasut pown aderrrrr skali...trimaszzzzz beb