Monday, July 28, 2008

The X-Files, I Want To Believe...

Sabtu Petang
26 Julai 2008, 2.35 pm
GSC One Utama
The X-Files, I Want To Believe

Ari sabtu lepas cD wat maraton lagi, huhuhhu x puas rasanya nonton satu movie jer. Kali nie layan X-Files lak, rindu ngan watak agen Mulder ngan agen Scully. Dulu-dulu suker layan citer x-files kat tv. jom baca sinopsis yang cD copaste dari Murai.com nie. Ringkas gile sinopsis dia...

Sinopsis THE X-FILES: I WANT TO BELIEVE
Masih mengekalkan mood daripada filem dan siri drama X-Files, sekuel kedua arahan Chris Carter cuba merungkai misteri di sebalik misteri yang berlaku di dalam THE X-FILES: I WANT TO BELIEVE . Agen Fox Mulder dan Dana Scully menerusi sekuel terbaru The X-Files akan berhadapan dengan masalah perhubungan yang masing-masing memilki pandangan dan pendapat berbeza. Mulder masih mencari kepastian daripada penjelajahannya manakala Scully pula menilai sesuatu misteri dari aspek pemandangan fizikal. Apakah akan berlaku antara kedua mereka? Adakah mereka mampu melerai misteri di dalam THE X-FILES: I WANT TO BELIEVE ?

Ehhh tetiba cD cam terkejut, The X-Files, I Want To Believe nie rupenya sekual kedua... Aaaaa ye kew? Ngape cD tatau ehhh.. Sebelom nie dah ade X-File the movie kew?? Ayoooo ketinggalan rupenya. Patut tengok citer nie cam blur jer, x dapat nak recall balik..

Kisah kali nie lebih hebat dimana agen Mulder dan Scully yang telah lama meninggalkan FBI kembali merungkaikan misteri kehilangan seorang agen FBI. Mereka dibantu oleh seorang psikik yang katanya boleh melihat dan tahu dimana lokasi sesuatu kejadian tu berlaku... Mata kuar darah lagi... huhuh Agak menghampakan.. kerana cD mengharapkan adanya kehadiran alien or makhluk-makhluk ganjil lain... tapi yang ade cumalah misteri kehilangan orang... cehhhh... Apa pun terhibur bile dapat tengok Mulder dan Scully kembali mesra, cinta mereka mekar kembali, romantik gile. huhuhu

-cD-