Saturday, August 30, 2008

51 Tahun Kemerdekaan Malaysia...

Merdeka.
Merdeka..
Merdeka...

Tepat jam 12 am malam nie, genaplah Malaysia tercinta menyambut Hari Kemerdekaan, Kebebasan yang ke-51. Apakah erti Merdeka pada Kamoo semua? Merdeka bukan hanya bebas dari cengkaman penjajah semata, masih banyak lagi bentuk penjajahan yang berlaku pada diri kita samada kita sedar atau tidak. Neo Kolonialisme misalnya, satu bentuk penjajahan cara baru yang kita sendiri tidak sedari telah melanda ramai dewasa ini. Pandai cD berhujah kan?? huhuhu tajuk assignment last sem katanya... huhuhu.

Sempena Hari ulangtahun Kemerdekaan nie, cD ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pembaca blog cD nie terutamanya dan seluruh rakyat Malaysia amnya, bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Kita harus bersyukur diatas kebebasan yang kita nikmati sekarang nie, semuanya adalah hasil titik peluh dan usaha pemimpin terdahulu yang bersusah payah membebasakan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah... Bukan mudah usaha untuk merealisasikan impian tersebut, sejarah sendiri telah mencoretkannya.. Rajin-rajinlah membuka n belek buku-buku sejarah Malaysia, semuanya tercoret disana.

Bagi mereka-mereka yang suka berpoye-poye diluar sana, berpoye la seadanya.... Berpoye sambil menghayati erti kemerdekaan katanya... Contoh terbaik.. cam cD, huhuhu ada masa kita berpoye, ada ketika kita berhibur dan ada waktunya kita menghayati erti pengorbanan dan jerih payah pemimpin terdahulu sehingga terciptanya satu masyarakat plural di seluruh Semenanjung dan juga Sabah Sarawak..

Bersamalah kita menyambut Kemerdekaan yang ke-51 dengan tema Perpaduan Teras Kejayaan.

Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!!!!!!!!

-cD-

2 comments:

kin said...

Ucapan Khas utk cD d Chomelest di MayaDelilah.blogspot ;)

akusiktauk said...

merdeka yg ke 45 utk sarawak!!