Monday, August 4, 2008

Kemaafan Tidak Selalunya Ada...

"Maaf" pastinya sesuatu yang bukan asing bagi sesiapa juga, sejak kecil cD telah diajar untuk memahami dan mengaplikasikan "Maaf" dalam kehidupan seharian. "Maaf" cukup mudah untuk dilafazkan, tapi apakah pengertian "Maaf" itu sendiri semudah melafazkannya? Setiap kesalahan pasti akan disulami dengan kata-kata maaf, sekali kemaafan diberikan mudah pula untuk mengulangi kesilapan yang sama. Terkadang cD tertanya, Mengapa?? Mengapa mudahnya kata "Maaf" dilontarkan atas kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Mungkinkah kerana ianya terlalu mudah untuk diucapkan. MAAF... hanya sepatah perkataan yang mengandungi 4 huruf, kanak-kanak seumur 5 tahun juga pandai mengucapkannya.

(cD meminjam kata-kata Ucuk untuk entri kali nie, Thanks Ucuk coz selalu ada...)

"sesekali kita akan terleka dan melupakan apa yang kita pernah ada. kita jarang mahu menghargainya sehinggalah bila kita tersedar kembali. saat itu, barulah kita merasakan kehilangannya dan penyesalan mula mencengkam diri. kita cuba mengubah diri dan berusaha untuk mendapatkan apa yang telah tertinggal jauh. namun tidak semunya akan kita temui. tidak semuanya akan indah seperti dulu...

hargai apa yang kita miliki kini, kerana kemaafan tidak selalunya ada

"Memang benar apa yang dinyatakan oleh Ucuk tu, tapi bagi cD ruang kemaafan sentiasa terbuka. Walau sekecil zarah, mahu sebesar gunung sekalipun.. cD sedia memaafkan kerana cD sendiri x lari dari membuat kesilapan. Setiap manusia pernah melakukannya, apa yang membezakannya adakah mereka betul-betul menyesali perbuatan tersebut dan ikhlas dalam memohon kemaafan?? Itu bezanya. cD x pernah menyimpan dendam kerana dendam dan kebencian akan memusnahkan, bagi cD kemaafan adalah dendam yang terindah.

cD berbicara secara umum, tidak menjatuhkan kenyataan dari entri ini pada sesiapa.. Terpulang pada diri kita sendiri untuk menyedari hakikat ini. Kita semua pernah melakukan kesilapan, pernah memohon kemaafan dan menyesali atas setiap perbuatan. Sekiranya kemaafan diterima pastikan kesilapan yang sama tidak terulang, sebaliknya jika ruang kemaafan tiada janganlah berdendam berpanjangan... berdoalah agar hatinya terbuka untuk menerima kemaafan, sabar dan redha pada ketentuan...

Bagi cD sendiri... secara peribadi cD ingin memohon ampun dan maaf pada hati-hati yang pernah terluka dengan kata-kata, perbuatan dan coretan cD. Sesungguhnya cD juga insan biasa yang terkadang alpa tanpa menyedarinya.. Maafkanlah cD... Sebaliknya jika Kamoo pula pernah melakukan apa-apa kesilapan pada cD, janganlah risau kerana cD tidak sekejam mana. Siapalah diri ini untuk menjatuhkan hukuman?? cD sentiasa pastikan ruang untuk kemaafkan itu ada...

-cD-

4 comments:

Hidney said...

Thanks ucuk. Terharu dgn entry ni.

Sekadar memetik, ''tidak semua maaf akan menjernihkn apa yg telah dikeruhkn. Umpama paku yg diketuk pada kayu, walaupun setelah ditanggalkn paku itu, lubangnya tetap ada.''

-cD- said...

Thanks gak coz selalu ada.... Ya, betul x semua yg keruh mampu jernih semula.. Moga selang peredaran waktu mampu mengambuskan lubang2 tersebut.

Anonymous said...

lubang paku itu boleh juga ditutup dengan wood paste. sekian terima kasih. hehehe

-cD- said...

mmg la bole, tapi kesannya tetap berbekas... sesuatu yang tidak terlihat oleh pandangan mata adalah sesuatu yang lebih menyakitkan...