Monday, August 4, 2008

Mummy 3...

Jumaat malam
1 Ogos 2008, 9.30 pm
TGV KLCC, Kuala Lumpur
The Mummy, Tomb Of The Dragon Emperor

Last week, ari jumaat malam cD n the geng g nonton movie lagi... Kali nie movie yang dinanti-nantikan The Mummy, Tomb Of The Dragon Emperor. Keluarga cD bertambah besar kali nie huhuuh kami ber-7 malam tu.. (cD, Khai, Fash, Kak Iza, Tasya, Emi n Kak Annie). Ermm minta ampun kat Abang eQ coz x hajak, tatau plak plan ari Ahad tu x menjadi.. Sori.

Kita tengok sinopsis dulu ehhh...

Sekiranya anda merasakan pengembaraan Rick O'Connell telah berakhir di Mesir dalam The Mummy dan The Mummy Returns, bersiap sedialah untuk beralih ke China pula bagi sekuel ketiga yang lebih mendebarkan! Sebagai satu kelainan, The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (The Mummy 3) arahan Rob Cohen, menggabungkan beberapa bintang filem terkenal dari Hong Kong seperti Datuk Michelle Yeoh dan Jet Li selain Isabella Leong dan Albert Kwan.

Apa yang menarik, Universal Pictures kali ini cuba beralih angin dengan memilih skrip asal karya Alfred Gough dan Miles Millar yang membongkar khazanah mumia Maharaja China pertama, Qin Shi Huang lakonan Jet Li. Untuk itu, tiada lagi cerita yang berlatar belakangkan piramid mahupun kota kuno Mesir, sebaliknya monumen hebat di Tanah Besar China bersama terusan dan sungai sebagai kekuatan kali ini. Di samping itu, apa yang membezakan filem ini juga, tiada lagi pelakon jelita Rachel Weisz, sebaliknya watak utama sebagai Evelyn digantikan pelakon filem Coyote Ugly, Maria Bello. Pun begitu peminat tidak perlu gusar kerana watak hero, Rick O'Connell, masih dipegang oleh Brendan Fraser.



Malas nak komen banyak.. bagi cD citer nie best, walaupun macam lari dari konsep awal mummy... Mummy cina gitu... Sumernya nampak menarik, cD suke gambaran dan lokasi dalam citer nie.. chantek-chantek.. Terkilan gak ler coz watak Evelyn tu ditukarkan, tatau ngape...

-cD-

3 comments:

abg eq... said...

tiba2 je menitik air mata baca entry mummy ni...huhuhuhuhuh....

***malam ni nak tengok mummy sorang2 je....ingat mummy..ingat cD n sacha..ahak!

-cD- said...

Alalalal jangan arr sedey2 abang... nanti cD temankan ehhh.. huhuhu

ima said...

arghhhhhhh..tensen x sempat lagik nak tgk the mummy itew...next week dh nak fly holiday..lagk xde masa...tidakkkkkkkkkkk