Monday, August 11, 2008

Susuk...

Jumaat Malam
08/08/08, 11.45 pm
TGV KLCC, Kuala Lumpur
Susuk

Last week, cD dating ngan Abang eQ n Akak SaCha... kami bertiga g nonton midnight citer SUSUK. Sure ramai yang x sabar-sabar nak tengok citer nie kan? Yer la, produk yang terperam lebih 2 tahun katenya. Apa yang hebat sangat sampai mengambil masa yang terlalu lama untuk ditayangkan... Jangkanya, filem ini ditayangkan pada penghujung 2006 atau awal 2007. Bagaimanapun, atas sebab-sebab yang hanya diketahui pihak produksi, filem arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili ini menemui penonton, khamis lalu. Begitupun, filem yang menampilkan Ida Nerina, Diana Rafar, Aleeza Kassim sebagai umpan ini tetap ditunggu-tunggu walaupun hampir dua tahun terperap tanpa sebarang berita.

Sinopsis Susuk.

Kisah seorang jururawat bernama Soraya yang bercita-cita menjadi bintang terkenal. Dalam usaha menggapai impiannya itu, dia terjebak dengan amalan syirik iaitu mengenakan susuk. Dari susuk biasa, Soraya memakai susuk keramat hasil pujukan Dukun Dewangga (Adlin Aman Ramlie) demi untuk mendapatkan kecantikan berkekalan. Namun, kalau sudah namanya bersahabat dengan syaitan, susuk yang dipakai Soraya menuntut pengorbanan bukan sedikit. Sebagai syarat, orang yang disayangi menjadi korban bermula dengan ibunya kemudian kakak dan dua anak saudaranya. Paling tragis apabila Soraya bertukar menjadi pontianak yang menyaksikan dia membunuh manusia bagi mendapatkan dagingnya.

Nyata filem nie terlalu kompleks dan memerlukan penonton banyak berfikir.. Jika tidak pastinya ramai yang tidak memahami jalan cerita tersebut. Setiap kisah mempunyai hubung kaitnya. Bagusnya filem nie coz ianya memaksa penonton memahami siapakah sebenarnya Suzana? Suzana adalah Soraya yang telah ditranformasikan.. Soraya ibarat ulat yang kemudianya menjadi kepompong, Suzana pula rama-rama yg lahir dari kepompong tersebut. rumitkan? Ramai gak yang merungut, coz mereka hanya melihat tanpa berfikir... Bagi cD berbaloi penantian selama 2 tahun kerana produk yang diperam tersebut nyata memberikan hasil yang WOW... Hebat. Pedulikan pada kritikan-kritikan yang dilemparkan, bagi cD citer nie memang hebat.

Suka sangat watak Mona (Sofea Jane).. celik je mata, ayat yang disembur JAHANAM... huhuh kelas. Lakonan mantap Ida Nerina x perlu dicanang lagi, memang hebat. Puas hati sangat...

Kami yang bisa membuat ramai nanges n makan hati.. huhuhu

tepi, tepi cD nye nie...

comel la tu wat muka....

Ucuk mesti sentap tengok pic nie... huhuhu

Thanks pada akak SaCha n Abang eQ coz sanggup temankan adik cD menonton Susuk, huhuhu... nanti kita ngedate lagi ehh.

-cD-

5 comments:

Amir said...

Terima kasih atas komen dan sokongan anda :-)

-cD- said...

Ayoooo pengarah Susuk (Amir Muhammad) sendiri komen my blog... terharu + teruja..

No OnE said...

mak aihh yerker?bestnyer blog cD da famous...huhuhu...

-cD- said...

huhuhu x sangka bro amir tu jejak blog cD..

akusiktauk said...

citer susuk besh..
:)