Tuesday, September 30, 2008

Ketupat Palas...

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan ke-30, hari nie merupakan hari terakhir kita berpuasa dan esok seluruh umat Islam akan menyambut Syawal dan berhari raya. Alhamdulillah, kita berjaya mengharungi Ramadhan sekali lagi tahun ini dan esok merupakan hari kemenangan bagi kita semua yang telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Syukur kepada Allah SWT diatas setiap limpah kurnianya..

Bagi mereka-mereka yang pulang beraya di kampung tentu seronok kan? Ermmm cD biasa la, orang KL, saban tahun beraya juga di KL... Suasananya tetap meriah coz semua sanak saudara cD juga merupakan orang KL... Bukan itu saja, kebiasaannya rumah cD menjadi tumpuan sanak saudara di Hari Raya coz mak & abah cD merupakan fav dikalangan saudara mara terutamanya anak-anak saudara dowang... Mak ngan Abah memang ramah, coz tu semua orang selasa ngan dowang... x caya tanya Abang eQ, sebab tu tetiap taun 3/4 kali dia bertandang... oopssss

Daun palas yang telah dibuka...

Tetiap taun menjadi satu kemestian bagi family cD untuk masak Ketupat Palas dan rendang ayam... Menu nie memang laris di pagi raya, x sampai tengahari habis semuanya... Mak cD orang utara, so memang ketupat palas adalah satu kemestian dan kepakaran mak.. cD la yang selalu jadi mangsa untuk membuka dan membalut daun palas nie... leceh tau... (nie pun cD lari kejap, nak update blog katanya..) Ketupat palas nie memang sedap tapi nak menyediakannya amatlah leceh, makan masa katanya... Memula kena buka daun palas tu dulu, buang segala habuk yang ada dan balut mengikut bentuknya... Ketupat palas nie menggunakan beras pulut, x macam ketupat biasa yang gunakan beras... tu yang special tu.. Pulut dimasak bersama santan dan masak sehingga separuh saja, kira mentah ler... kemudian pulut tersebut akan dimasuk dan dibalut menggunakan daun palas tadi.. Lepas dah balut ngan daun palas, pulut tu akan dikukus hingga masak... Tu dia prosesnya.. rumit n leceh kan, tapi semua tu da jadi kebiasaan bagi cD dan keluarga setiap menjelang Syawal..

pic tengah tu adalah daun palas yang belum dibuka lagik...

Ermmm panjang lebar cD celoteh, k ler nak sambung wat keje sket... maybe lepas raya pertama cD akan update story-story raya lak, tunggu ehhh...

p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, sudi-sudilah bertandang ke teratak buruk cD kalau nak rasa ketupat palas.. Muahh muahh kat pp..

-cD

Restoran AJ..

Sabtu
28 September 2008
(28 Ramadhan 1429)
Restoran AJ
Kuala Lumpur

Hari sabtu lepas, cD berbuka lagik ngan Su.... kali nie kitorang berbuka di Restoran Aj lak, restoran nie dekat jer ngan Hotel Vistana Kuala Lumpur.. Su la yang cadangkan berbuka kat sini coz member Su, si Aley tu kata sedap... cD ok sajor... Ternyata makanan kat sini sedap, terutamanya masak asam dia... Restoran nie memang terkenal dengan masakan Johor dan asam pedasnya yang sungguh sedap..

Su ngan ayamnya...

Sebahagian blogger yang berbuka di Restoran AJ..

Secara kebetulan bukan cD dan Su jer blogger yang berbuka kat sini... Rupanya ramai lagik blogger yang berbuka di lokasi yang sama dengan kami... Antara blogger yang cD kenal dan selalu menjadi SR kat blog dowang adalah Abang Beruang Madu, Axim, Lily dan lelain... sori coz yang lain tu memang cD x kenal... Su sempat bergambar n berkenal-kenalan ngan dowang.. cD?? ermmm malu siot.. time nak balik jer cD salam ngan dowang... cD bukan sombong tapi malu.. huhuhuh. Kitorang pun x bergambar sangat petang tu.. banyak berbual dari hati ke hati katanya, macam-macam yang cD ngan su bualkan... tapi semuanya adalah rahsia kami...

-cD-

Monday, September 29, 2008

Mekacih Zal...

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke-29, cuma tinggal 1 hari jer lagi sebelum semua umat islam menyambut kedatangan Syawal. Sure ramai yang telah berangkat pulang ke kampung halaman memasing kan? Dalam keseronokkan kita menyambut Syawal nie jangan lupa pada keselamatan diri dan juga keluarga... reti-reti la g servis kete tu dulu sebelum balik kampung... drive plak jangan melebihi had laju dibenarkan... pandu cermat jiwa selamat katanya... huhuhu

Ermmm ingat x janji cD pada entri lepas ari tu... sori ler lama sangat cD ambil masa nak update, bz katanya... shopping siang malam mengikuti rombongan Cik Kiah 2 gituuuu..Haaaa nantikan entri Rombongan Cik Kiah 2 nie nanti ehhh.. Tunggu... Pada yang masih ingat, cD ada beritahu yang cD dapat hadiah pengganti kepada hadiah dari Australia yang Zal tertinggal di Brunie tu kan?? Ingat x? Sampai cD merajuk katanya, ngade-ngade kan, x dapat hadiah pun nak majuk bagai... So sebagai penggantinya zal telah menghadiahkan cD ngan benda nie... tadaaaaaaaa

Chantek x? huhuhu.. bertambah lagi aksesori kat badan cD nie...


Kad raye yang lengkap beralamat.... tapi x ade setem katanya, merasa hantar by hand...

cD juga dapat kad Raye dari Brunei yang sepatutnya dipos dan bersetemkan Brunie.. tapi yang ironinya cD menerima kad raya tu by hand katanya... sentap siot, nama dan alamat dah lengkap.... "Yang Mulia" tu yang x tahan tu... tapi by hand... Kalau x merasa abg posman mencari Yang Mulia cD kat Gombak katanya.... huhuhuh. Pe pe pun, mekacih bebanyak kat Zal coz sudi melayan karenah cD yang meroyang kadang kalanya nie...

-cD-

Happy Birthday Hanie...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Hanie...
Happy Birthday 2 You

Ermmm Hari nie 29 September 2008, bersamaan 29 Ramadhan Hanie menyambut besday yang ke-26... cD mengambil peluang dan kesempatan nie untuk mengucapkan Happy Birthday & Selamat Hari Raya... huhuhu meriah gituuu sambut besday plus Raya lagi.. Hope Hanie sentiasa happy bersama insan tersayang, keluarga dan teman-teman, cD sentiasa mendoakan yang terbaik buat teman-teman cD semua...

Semoga apa yang terbina sekian lama, berkekalan sehingga ke akhirnya... Muahh muahh kat pp.

p/s: Hadiah besday dah dapat 2 minggu awal kan... jaga bebear tu bebaik ehhh

-cD-

Friday, September 26, 2008

Salam AidilFitri...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke-26 buat semua teman-teman tersayang... cD mengambil kesempatan nie untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, cD menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan, tercoret sesuatu yang mengguriskan hati dan perasaan kamoo semua. Maafkanlah... Sesungguhnya cD juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Dihari yang mulia ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan... lupakan segala permusuhan dan persengketaan, moga lahirnya syawal bersama 1001 kenangan yang menggembirakan kita semua.

Salam AidilFitri buat semua, cD cayang Kamoo.. muahh muahh kat pp.

-cD-

Thursday, September 25, 2008

Berbuka Bersama Putera Brunei...

Rabu
24 September 2008
(24 Ramadhan 1429)
Pizza Hut
Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum, salam ramadhan ke-25 buat semuanya..

Semalam, cD berkesempatan bertemu dan berbuka puasa bersama teman blogger dari Brunei. Putera Rizal namanya, huhuhu (Rizal nie sebenarnya bukanlah anak raja pun, berangan nak jadik putera konon... oopssss). Pertemuan nie bukanlah yang pertama, coz last year cD dah pernah jumpa Zal secara x sengaja di Curve, Mutiara Damansara. Time tu kitorang sama-sama berada di tempat dan waktu yang sama, walaupun bergegas untuk ke lokasi yang lain cD sempat luangkan beberapa minit untuk ketemu dangan Putera Brunei sorang nie... huhuhuh

Hope Zal berpuashati dengan pertemuan kali ke-2 nie, siap berbuka puasa sama-sama lagik kan? Semalam cD tingin sangat nak makan Pizza, bila tanye Zal dia kasi green light... so apelagi, jom Pizza... huhuhu. Sonok betul bila berbicara dengan putera Brunei nie, suka sangat memuji kecomeylan cD yang x sebarapa nie (muka merah sepanjang masa tawww, malu siot..) Banyak juga yang cuba di "korek" petang tu, tapi sorry arrr coz hidup cD tiada rahsia, x ade apa yang cD nak cerita dan kongsikan bersama... huhuhu len kali usaha lebih sket ehh, mana tau terkorek rahsia lain ke?

Nie ler menu kami berbuka semalam... Makan berdua jer, so x ade la penuh meja...


Ermmm mekacih bebanyak pada Zal coz belanja cD berbuka puasa di Pizza Hut. Sebenarnya cD majuk coz adiah dari Australia yang Zal janjikan tu tertinggal kat Brunie... Waaaaaaa, tapi majuk cD x lama coz dapat adiah lain dari zal.. huhuhu nak tau ape bendanya kena tunggu next entri ehh..

Pada Zal, mekacih bebanyak n sorry 4 everything....

p/s: Ari nie ade date ngan orang lain plak... wahhhhh

-cD-

Tuesday, September 23, 2008

Medan Ikan Bakar Kg. Baru Beshhhh...

Ahad
21 September 2008
(21 Ramadhan 1429)
Medan Ikan Bakar
Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum, salam ramadhan ke-23 buat semua.. pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke-23 kita mengerjakan ibadah puasa. InsyaAllah lagi 7 hari kita akan menyambut Syawal pula.. Yahoooo, sonoknya ari raye.. Ok, ok kita simpan dulu mood raye tu ehh, meh cD nak perkenalkan satu tempat makan yang best sangat (bagi cD ler, org len cD tatau). Macam yang cD katakan pada entri lepas, setelah penat berjalan kaki 1 kl untuk shopping raya.. akhirnya kami jumpa satu lokasi yang menarik untuk santapan berbuka puasa. Bayangkan kami berjalan dari Masjid India hingga ke Kg Baru mengikuti Rombongan Cik Kiah ittew dan akhirnya sampai ke Medan Ikan Bakar Kg. Baru nie..

Apa yang menarik sangat tentang Medan Ikan Bakar Kg. Baru nie?? Ermmm memang menarik sangat-sangat, meh cD nak story sket... kira tolong promote ler tapi cD x minta royalty mahupun komisen, huhuhu... tempat best mesti la promote kan... Antara yang menarik adalah:-

* Ramadhan Buffet RM20 hengget sajor...
* Ikan Bakar + 30 jenis lauk pauk yang menyelerakan...
* Makan sambil dihiburkan dengan alunan angklong...

Menarik kan? Gila la RM20 jer dapat makan ikan bakar (keli, pari, kembong... macam-macam lagi arrr) plus 30 jenis lauk pauk lain yang sungguh menyelerakan... Berbaloi sangat-sangat.


Nie antara menu yang kami ambil, penuh meja.. tatau nak letak mana dah... banyak gak lauk yang kami x ambil coz tatau nak pilih, terlalu banyak..

ikan bakar (keli dan pari)

sambal paru, baby kailan goreng dan ayam berempah...

sambal ikan bilis petai, daging sambal dan ayam paprik..

siput sedut masak lemak pun ada...

kerabu perot ngan sayur campur...


pencuci molot, ade tembikai + belimbing dan agar-agar milo + oren..


sebahagian meja kami... makan yuk...

Ermmm cD memang puas hati sangat-sangat makan kat sini, dah ler murah gila... sedap pulak tu. Boleh dikatakan semua menu dia sedap sangat-sangat. Antara yang serasi ngan lidah cD adalah kerabu perot dia, sedap siot... sambal ikan bilis petai jangan cakap ler, emmm cD makan bilis jer (sori tatau makan petai) huhuh kekwat kan.. Ikan bakar dia pun sedap sangat... Owhhh lupe ade tom yam gak, perghhhh leleh air liur..

So tunggu per lagi, penat cD promote nie.. Ramadhan pun cuma tinggal 7 hari jer lagi. Kalau tatau lokasi Medan Ikan Bakar nie kat mana, jangan risau... senang jer.. Lokasi dia betul-betul dihadapan Bank Pembangunan dan Universiti Kuala Lumpur tu...

Satu lagi yang menjadi daya tarikan tempat nie, setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kamoo semua akan didendangkan dengan alunan muzik melayu asli... siap ade pemain angklong lagi tu... power siot, kira setaraf Toi ler bro yang main angklong tu.. Syok gile makan sambil dengar muzik angklong nie...


Hebat skill bro nie main angklong...

p/s: kamoo cuma ade 7 hari saja lagik... cepat...

-cD-

Rombongan Cik Kiah...

Ahad
21 September 2008
(21 Ramadhan 1429)
Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur
(Ampang Park, Masjid India, Jamek, Semua House, Sogo, Pertama Komplek, Mj, Kg Baru)
Rombongan Cik Kiah (cat walk ok)

Nie ler entri yang menyebabkan kaki n pale lutut cD nak tercabut tu.. huhuhu Mahu idaknya, cD ikot serta Rombongan Cik Kiah gituuuu, jejalan satu Bandaraya Kuala Lumpur untuk shopping raya katanya. Selain cD, Khai, Kak Eny dan Fash turut serta dalam rombongan Cik Kiah nie... Kak Iza bz mencuci baju di rumah katanya. Kitorang memang plan tanak bawak kete, ko nak mati carik parking 3 jam?? huhuhu. Berbekalkan "Touch n Go" sorang satu, kami pun menaiki tren kehulu dan kehilir mengikot bontot Cik Kiah, ooppsss huhuhu.

Dari "Putra" beralih ke "Star", kemudian berjalan kaki 3-5 kilometer mencuci mata dan mencari barang-barang yang berkenan di hati.. Kemudian kembali ke Putra semula, itulah rutin kami... tu x termasuk lagi hujan lebat diselang ribut petir tu... seb bek x kena panah petir, huhuhu. Sakan nie window shopping kat Sogo, keadaan dah cam sardin, padat gilew... nak shopping cene, so kami hanya mampu window sajor... Window punya window x sedar dah pukul 4.30 pm, sebok la pulak mencari lokasi untuk santapan berbuka puasa. Puas mencari katanya, dari Mj ke Jalan Tun Razak, belakang Hotel Imperial tu dulu banyak kedai makan.. tapi nan adooooo.. nak x nak terpaksa la menapak ke Kg Baru.. Rasakan ko, nak sangat ikot Rombongan Cik Kiah kan... Hamek...

Akhirnya kami jumpe lokasi yang berkenan dihati dan sanubari. Best gile siot tempat nie, buffet dia RM20 jer... siap ikan bakar n 30 jenis lauk pauk... meriah, nanti cD wat entri khas untuk cite nie.. Tunggu.

Malas nak cite lagi, penat siot.. so saksikanlah pic-pic nie mengikut kronologinya... sebelom, semasa dan selepas Rombongan Cik Kiah ittew... Enjoy

Sebelom....
Gigih nie menunggu tren, sempat snap-snap..

Semasa....
Berehat sebentar coz penat berjalan 3-5 kilometer, Masjid Jamek, India, Semua House


Semasa lagi..
sesi shopping kat Sogo lak, azab coz cam sardin kat sini...


Selepas beberapa jam....
Walaupun penat tetap memberi pose termampu gituuu

Tamat sesi shopping dan menunggu waktu berbuka puasa..
Tengok lr muka memasing... huhuhuh rasakan..


p/s: Cik Kiah jahat, namooooo ikot rombongan dia lagik... waaaaaaaaaaaa

-cD-