Thursday, September 4, 2008

Pulasan...

Buah Pulasan atau nama sainstifiknya Nephelium Mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Wahhh wikipedia sangat entri nie, tapi bagi cD buah pulasan lebih sedap berbanding rambutan... Ingat x entri Durian Kampung Sungai Dara ari tu? cD kan tingin sangat nak makan buah pulasan time tu, tapi belum musim... Skang nie pegi la mana-mana kedai buah, rata-rata menjual buah pulasan nie. Alhamdulillah, lepas gak hajat dan keinginan cD nak makan buah nie.. Kalau x silap dah 3 taun x merasa buah nie...

sedap gile....

Kalau Kamoo sumer nak tau, nie la menu cD bersahur pagi tadi.. huhuhuh, diet gegila. Disiplin pemakanan cD telah bermula, dah 4 ari cD x sentuh nasi katanya... menu berbuka puasa lak 2 biji pisang n sekotak susu low fat Dutch Lady, huhuhu.. matilah kalau x turun berat badan cD nanges...

Cene nak memenuhi undangan berbuka puasa nie... x kan cD nak tengok aje dowang makan... waaaaa terpaksalah cD langgar pantang larang nanti, huhuhu demi memenuhi undangan cD sanggup berkorban..

Mood berblog agak kurang lately nie, tatau ngape.. tapi Ramadhan bukanlah alasannya.. Semoga kita semua selamat mengharungi hingga ke akhir, amin...

-cD-

No comments: