Thursday, October 23, 2008

Sri Munawwarah Design

Khamis
23 Oktober 2008
Sri Munawwarah Design
Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur.

Tengahari tadi, cD n akak-akak kat opis nie ke TTDI, nak shopping tudung katanya. Ari nie kat opis x ler bz sangat so why not, tepat jer kul 12 kami dah cabut.. matilah mengular. Ermmm lokasi yang dituju adalah Sri Munawwarah Design, kelengkapan pakaian haji dan umrah katanya... Bole tahan gak harga barangan kat sini, tudung jer antara RM80 - RM200... berbaloi ke? Maklum ler antara penggemar barangan kat sini termasuklah Noor Kumalasari katanya.

Nak masuk kena buka kasut ok, kekwat sungguh... bukan tu aje, lelaki x leh masuk dalam.. ada kawasan-kawasan yang dilarang... mrasa ko tunggu kat luar. Ermmm pada pendapat cD kalau nak bergaya skali pun biarlah berpada... berbaloi ke sehelai tudung yang digunakan untuk menutup aurat harganya mencecah ratusan RM?? Ko fikirlah sendiri...

Last-last akak-akak opis cD nie kuar ngan tangan kosong... dowang pun sependapat ngan cD agaknya.. huhuhu matilah boikot Sri Munawwarah Design katanya...

pandangan dari luar kedai...

hiasan dalaman... leh tahan...

kena bukak kasut sebelom masuk.. kekwat..

antara koleksi di Sri Munawwarah Design...


mrasa dok kat luar, wanita sahaja ok...

p/s: membazir tu sedara setan kan kan kan???

-cD-

24 comments:

Lyd said...

mahalnyerrr... tak sanggup nk habiskan duit sbyk tu untuk beli sehelai tudung..huhu

-cD- said...

tau x per... membazir sedara setan...

RizaL said...

saja la tu nk buat gempak.. mmg kekwat sungguh...

budleee said...

takpe kalau feeling wanita

masuk jer hikssssss

amirul usheruff dzulkarnain said...

MEMBAZER AMALAN SETAN..!!!

pikir sendiri uolzzz.!!!

azizisamsudin said...

CD, makcik2 or kakak2 nie nak gak kelihatan chantik ... ACAP pun nak kelihatan chantik ....kan ?? MAyB banyak sgt duit dorang nak beli tudung2 ratusan hengget itew... siapa yang mampu .. beli la ...
siapa yang x mampu .. pegi jer kat jalan masjid india ... belambak2 tudung katsane ..

P/S: cD x nak buat Aksi Pakai 2DONG?
KOMPEM meletup,,,,jgn kate noorkumalasari.... kak OGY pun boleh nangis ....!

-cD- said...

Rizal - apa yg gempaknye? cD or Sri Munawwarah yg kekwat? cD citer apa yg betol jer, tanpa tokok tambah... ehh ye ke tak tambah perisa? oopsss

-cD- said...

budlee - ermmm heels tertinggal, kalau x dah masuk.. oopssss..

-cD- said...

Acap - jangan jadi SETAN. kalau idak kita x akan bertemu di Syurga.. matilah..

-cD- said...

zizi - betul tu zi, terpulang pada hak masing2 kan.. doit ko, ada aku kesah?? huhuhu

p/s: aksi tudong? ermmm cD x ada keberanian ler, takut tersebak sebelom sempat beraksi.. matilah..

amirul usheruff dzulkarnain said...

catwalk sambi nangis kan masa peraga tudung koleksi terbaru..

backgroung music..bila izrail datang memanggil..

tokeh butik kedaung said...

Mr. Acap.. u mmg very the kannnn...*:p*

kalo nak peraga tudong, xde catwalk occay.. Photo session utk katalog sajork....*matilah nak jugakkkk....*

-cD- said...

Acap - matilah belom sempat nanges da terbakar di panah petir...

-cD- said...

tokeh butik kedaung - ermm kalau nak amek job tudung i tanah yg litup ok.. kalau leh nak yg mcm Dato' Siti tu... leh kuar2 rambut blonde i..

[yAN!e][pUTraJAya] said...

RUANG UNTUK WANITA SAHAJA...

he he he...ntah2 CD dah menyamar jd wanita kot...dah pandai pakai kasut tinggi skang ni kan....

muehehehhe

i-chimera said...

Sri Munawarah ke??? huhu... memang mahal giler2lah kat situ... dulu masa wardina kahwin dulu, baju kawin dia buat kat situlah... pastu masa anak soltan brunei kawin pulak, dia punya tokey sri munawarah dpt jemputan khas utk pakaikan tudung menantu soltan berunai tu.. betul ni... sebab tu lah dia kekwat... errr...

itulah Cd ngape tinggalkan heels... kalau tak mesti dpt msuk jugak try2 pakai tudung kat fitting room...

-cD- said...

Yanie - mana der laaa, heels tinggal kat umah... wakakkahh

-cD- said...

anak soltan brunei leh ler... cD nie kerabat majapahit, mane mampu... oopssss..

p/s: blom sedia untuk berimej tudong, matilah kekwat

Anonymous said...

saye rase sume tau tudung munawarah ni mahal.... tapi sape yang mampu beli je... sape tak mampu pegik je pasar malam atau pun pakai je tudung bawal.... ape salah nye nak menutup aurat bayar lebih sikit... ni kalau nak berjoli ke buat maksiat ke sanggup je nak bayar ribu2... why not kalau tutup aurat bayar lebih sikit.... ini utk org yang mampu... bukan nak menghina yang tak mampu... kdg2 beli kasut & baju branded pun dah harge ratus2....

Sri Munawwarah Design said...

Harap maaf - hanya nak betulkan sikit.....

Dalam kedai Tudung Munawwarah yang di siarkan gambar ini _ lelaki tidak dibenarkan masuk kerana memberi keselesaan kepada semua wanita untuk mencuba tudung tanpa pandangan lelaki bukan mahram.
Ada 3 kedai Munawwarah yang lain di mana lelaki dibenarkan masuk. kedai Tudung ini juga menyediakan kerusi dan tv untuk yang mununggu dan bagi mereka yang nak lihat koleksi pakaian lelaki - terdapat di kedai Munawwarah yang berhampiran.Sebelah pun ada kedai makan dan minum...

Buka kasut untuk menjamin kebersihan kerana sering ada majlis agama dan solat berjemaah di dalam......adat Timur.....buka kasut lah....

Harga tudung adalah dari RM40 sehingga RM150...kebanyakannya adalah dibawah harga RM100...hanya yang limited edition atau exclusive sahaja berharga lebih RM120 dan itupun tidak ada yang berharga lebih RM200. Memang menokok tambah.....

i-chemara - Pemilik Sri Munawwarah tidak membuat tudung menantu sultan Brunei walaupun kami ramai pelanggan dari Brunei.

Sila awasi perkara dan info yang disebarkan kerana boleh menjadi fitnah. Kalau membazir untuk tudung adalah amalan setan..bagaimana pula dengan menabur fitnah?

Kalau tak pasti, sila dapatkan penjelasan dari pihak yang berkenaan. DAtang sekali pun dah buat prasangka yang bukan-bukan.

Wallahu'alam.

pihak pengurusan Sri Munawwarah Design

-cD- said...

Owhh ada penjelasan dari pihak Pengurusan Sri Munawwarah..

Maaf kalau info saya tu tersasar, maklumlah x dibenarkan masuk.. harga tu diberitahu oleh kawan2 wanita yang mencuba.. Harap dengan penjelasan pihak tuan dapat merungkai segalanya..

Sri Munawwarah Design said...

Tulah..lain kali check dulu sebelum hebahkan kat blog..jadi cerita sensasi yang tak betul....silap-silap jadi fitnah.....

Lupa pulak cd nak cerita yang ada tempat duduk dan tv kat tempat tunggu yek......

tq sekali lagi.....

Anonymous said...

Lazimnya orang bukan Islam atau yang tidak practice Islam , pasti tidak faham keperluan melindungi aurat wanita daripada pandangan lelaki bukan muhrim . Mungkin sebab tu blog writer ni tersasar intipati blognya.

-cD- said...

ehh ehh Anonymous nie, Pihak Pengurusan Sri Munawwarah tegur sikit dia lak yg kuat melatah...

Siap menghakimi intipati blog lagi, kita semua manusia, kesilapan sering berlaku... jika teguran itu betul kita terima dan jadikan iktibar. Mengaku akan kesilapan dan kekhilafan diri.

Apa gunanya berselindung di sebalik "Anonymous" dan mengambil pelung menghentam org lain? Siapa awak untuk mengatakan itipati blog ini tersasar? Awak x pernah melakukan walau secalit kesilapan dan dosa ke? Awak malaikat?

Manusia memang begitu..

p/s: Terima kasih kembali pada Pihak Pengurusan Sri Munawwarah.