Monday, December 22, 2008

Maafkanlah...

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Ermmm peristiwa semalam seakan sukar untuk cD lupakan, berkali cD cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku.. tapi ternyata ianya sukar. Beberapa keping hati telah tercalar semalam, cD juga x terkecuali. Apa yang paling cD kesalkan ianya terjadi hanya kerana salah faham, dan cD mengaku cD yang patut dipersalahkan... Sebagai manusia alasan yang cukup sinonim adalah "x dapat lari dari membuat kesilapan" tapi kesilapan tersebut mampu dielak jika emosi tidak menguasai diri....

Pada kamoo... ya kamoo, cD mohon ampun dan maaf... Entahlah perasaan bersalah kian menebal dalam sanubari nie. x pernah cD alami situasi sebegini, walaupun singkat terlalu banyak yang telah kita kongsi bersama. cD terasa istimewa diperlakukan sebegitu, nyata insan yang lebih lama mengenali kamoo x miliki apa yang cD miliki. Terima kasih atas huluran yang luruh itu, nyata cD telah mencalitkan noda atas kealpaan diri sendiri.

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Semalaman cD memikirkan apa yang telah terjadi... Nyata segala kesalahan jatuh atas ubun2 cD, ketidaksabaran yang disirami emosi laknatullah telah mencetuskan kekusutan. Dinginnya menusuk ke kalbu dan menggigilkan tulang temulang. cD melirik kembali pada kiriman pesanan ringkas yang menjadi medan pertempuran kita semalam. Satu persatu cD amati... nyata beberapa ayat penting yang sepatutnya menjelaskan keadaan telah terlepas pandang. Sebetulnya keadaan tidak akan sekusut begini jika cD memahami makna yang ingin disampaikan... Entahlah, cD lemah dan tenggelam dalam pukulan emosi yang menggila. Mangsanya kita semua karam bersama. Maaf sekali lagi...

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...


cD sedar, keadaan x mampu kembali seperti sedia kala. Luka yang x terlihat oleh pandangan mata pasti mengalirkan darah yang x berwarna. cD yakin, coz cD pakar dalam kes-kes sebegini... tercalar dan robek sana sini amat sebati dengan insan bernama cD.. cD cuma berharap kejernihan kembali di muara pabila keruhnya dihanyutkan. Setiap titisan yang gugur semalam membuktikan kealpaan cD, dengan rendah diri cD menyesali atas apa yang berlaku, Maafkanlah...

p/s: terus melangkah, gagahi mencari arah.... Tuhan sinarilah kiblatku.

-cD-

12 comments:

i-chimera said...

huih... ayat leleh tak hengat... syhadu bukan main lagi tu...

kalau kita buang huruf K pada perkataan kawan... dan diganti dgn huruf L... kita boleh buat kesimpulan mudah - kawan boleh jadi lawan dgn 2 langkah mudah sahaja... tapi dlm kehidupan sebenar, satu langkah pun dah memadai...

errrr... sebaik mana pun kita, sesempurna mana pun kita, kita tetap manusia biasa... yg lemah, yg penuh dgn sifat2 mazmumah. Sesekali tetap terbuat salah jugak... sengaja atau tak.. dah di luar kawalan akal... mintak maaf elok2 ya. yg paling susah bukanlah nak memberi maaf, tapi nak rendahkan ego utk meminta maaf, maka... yg memberi maaf itu mulia, tapi yg berjaya rendahkan ego dan meminta maaf dgn ikhlas itu lebih mulia lagi...

minta maaf elok2. jgn terus keruhkan keadaan... kalau kita rasa kita yg keruhkan, kitalah yg perlu jernihkan balik...

(apesal pulak komen aku ni rasa mcm over je)

miSz.haNie said...

bro chime..tambah g sket.. "renung2kn..dan selamat beramal"..
hehehe
~~larikk..

kita sbg manusia biasa..
xpnah lepas dr kesilapan kn..
tp..yg pastinya sepatah kata "maaf" mampu mengubati sebuah kelukaan..

[ceh..bermadah bagai!]

you are now in my zone said...

comeback yg emo jeh...mcm2 cd nih... :)

RizaL said...

patutla lama tak update, tgh bersedih rupenyer, takpe cD.. tabahkan hati ok...

Anonymous said...

PANAS UOLLS MK TAK CAMPURIN YEAKK MBOK CD MAAPIN SAJAAAA MATILA KENA CARUTTZZZZ UOLLSSS-FASHA ALDRIANNA

[yAN!e][pUTraJAya] said...

CD...kenaper nih...

=[

tak mo la tgk CD sedeh2 cenggini....



eQbalzack said...

ish2...apa sudah jadik...????

cahayaqaseh said...

cd,

knpa ni?
jangan lah sedih2 cam gini....
akak cayang sangat kat cd...emmm adik musyukkk masam akak ni...emmm....

cd,
akak setuju dgn pdpt yg kat atas sekali tu (i-chimera)... emmm kawan boleh jadi lawan. tapi tak elok jadi lawan. kan bagus saling bermaafan. tak kira siapa buat salah...yg penting gi minta maaf utk menjernihkan hubungan.

akak suka cd yang tersenyum macam yg akak jumpa hari tu. tak mo sedih2 macam akak...

emmm ...cak....cak...cak...**senyum**

cahayaqaseh said...

cd ingat tak,
hari tu cd dah nampak akak...
terpusing2 cari cd...
bila cd muncul...akak nampak senyuman diwajah cd...

kekalkan senyuman cd
manis gitu

No OnE said...

patutlah sedih muka sebel gitu...waduh2 cD.udah la ya!usah mikirn masa lalu.emangnya perlu mandang trus kehadapan.iya, sga juga sedang sebel neee...tapi hidup perlu diterusin ya..maafin saja "forgive n foeget" though its very very hard to forget the one u love.. ;)

le célibataire said...

hye...nape sedih2 ni.....selamat bercuti...

splendid said...

I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!
wholesale jewelry