Wednesday, January 28, 2009

Sedey...

Cuti CNY taun nie amat membosankan, bayangkan dalam 4 hari bercuti nie cD abeskan masa ngan ngangkang depan tv jer... pogem tv lak cam hanjeng... Ekceli 3 ari jer cD dok ngangkang depan tv, ari sabtu tu sempat juga poye-poye ngan kak Eny n Khai. X adalah poye sakan pun, just g karok kat Redbox, Garden... Hambek ko kena RM200++ tapi puas hati coz dapat melalak sampai lebam... Best sangat time layan Isabella, terasa cam AJL plak...

Ekceli bukan pasal karok yang cD nak storykan, tapi ada satu story yang agak sedey juga laaa.. Waaaaaa nak nanges dulu, cD nie kiranya jenis yang agak rajin membawa kete tapi amatlah payah nak g wat servis... Last sekali servis time mileage cecah 54k patutnya bila mileage dah cecah 59k or 60++ kena la servis lagi kan... tapi nan ado still redah lagi x hengat dunia nie... Sehinggalah satu ketika "Ma Yayang" tu semput dan lelah ditengah-tengah jalan, haaaa time tu baru gelabah dan cuak bagai... jeling-jeling mileage dah cecah 79k, ko mampu redah walaupun x servis dalam 20k? Hebat kan....


"Ma Yayang" yang telah sembuh... kekeke

So semalam tanpa rasa bersalah cD g la servis "Ma Yayang" tu... Ingatkan semput biasa jer, lepas tukar minyak itam kiranya keadaan akan kembali seperti biasa... tapi ado... nan ado. 2 dari 4 silinder "Ma Yayang x berfungsi, tu yang buat dia semput dan x cukup power bila naik bukit.. Abang pomen tu kata plug masuk air, ermmm bila plak la cD redah sungai dan laut?? Rasanya x penah, abang nie main serkap jarang je... tapi bila tengok keadaan memang sedey, plug tu sampai hitam.. katanya api x sampai tu yang itam... Demi sayangkan "Ma Yayang" cD turutkanlah... tukar menatang yang bernama "coil" tu jer dah cecah RM500, sedey... tukar sekali lampu depan yang dah setaun x berfungsi ngan servis tu mencecah RM800++. Nanges tau, semalam jer terbang RM800.... Waaaaaaa

Lenkali cukup jer mileage tu reti-reti la g servis ehhh, jangan tunggu da semput baru nak cari abang pomen...

p/s: Khai... ko jangan brani-brani nak pedajal aku ehhh... huhuhu, sebelom ko wat enrti aku post dulu...

-cD-

Friday, January 23, 2009

cD Rindu...

Pejamkan mata
Cuba rasakan semua
Yang pernah ada
Yang pernah singgah
Yang pernah tersisa...

Celikkan mata
Kosong...
Sepi tanpa Kamoo
Sepi tanpa suaramu
Sepi segalanya...

Ingin titiskan lara
Bila kenangkan cinta
Pedihnya menggores jiwa

Sendirian dalam sunyi
Tanpa kamoo menemani
Tetes-tetes basahi pipi
Sendiri lagi cD sepi...

Awak...
It hurts bila ingatkan awak, bila rindukan awak...
cD tau awak terluka, awak terasa hati kan...
Bagi awak cD cuma menerima, x pernah memberi..
Tapi awak silap...

cD x sesempurna mana awak...
Masih banyak cacat celanya
Awak pernah terluka, cD begitu juga
Akhirnya kita berjumpa...
Berkongsi rasa yang serupa

Sungguh hanya awak yang cD sayang..
Dan sesungguhnya cD akan sentiasa sayangkan awak...

p/s: awak..... cD rindu, rindu sangat kat awak...

-cD-

Thursday, January 22, 2009

Histeria Katanya...

Halooooo....

Penat rasanya berjalan ditengahari yang terik membara gini, tadi cD kena g pameran "Malaysia IBS International Exhibition (MIIE) di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras... seb bek dekat jer ngan opis. Sonok gak la coz banyak bahan yang menarik dipamerkan kat sini, nanti kalau ada masa cD cuba update entri nie ehh..

cD bukan nak cite pasal pameran, tapi pasal title entri nie... "Histeria Katanya" apa yang histeria ehhh? filem histeria pun dah lama ditayangkan, dah basi pun... Ekceli tadi cD dapat e-mail dari salah seorang ZF (Zianafolks) alaaa kak eny ler, sape lagi mak hayam besar yang sentiasa mengupdate story-story panas kat cD... Mekacih kak eny... Alkisahnya semalam story nie kuar kat paper Utusan, dan yang paling menarik perkataan "histeria" yang diguna pakai...

"Kemunculan Ziana Zain
menerusi lagu Dingin
mencetuskan "Histeria"
di Stadium Putra, Bukit Jalil"


keratan akhbar Utusan semalam...
siap scan tu, mekacih kak eny...



yang nie cD closeup supaya jelas...

cD bukanlah taksub sangat ngan artis yang bernama Ziana Zain nie, cD cam orang lain juga terutama ZF yang meminati kak G sejak zaman "Madah Berhelah" lagi... Bila kuar cerita-cerita x best pasal kak G tentulah ada yang sentap, lumrah la kan... tapi cD x ada la sampai nak gaduh or berdebat pasal isu nie, yang termampu cD lakukan hanyalah mencoretkan rasa hati di blog cD nie... Sebagai peminat kita harus menyokong dan menjadi tulang belakang artis kesayangan kita, bukan bergaduh x tentu pasal... Pada yang mengutuk dan mengeji kak G, cD cuma mampu mengucapkan terima kasih... sekurang-kurangnya Ziana Zain masih menjadi isu dan diperkatakan oleh kamoo semua. Paper utusan semalam pun dah kuarkan statement "Kemunculan ZZ mengundang histeria" so nak bising apa lagi?? Sendiri mau ingat laaa... x salah meminati seseorang artis, yang salahnya apabila artis itu dijadikan isu or topic perbalahan... Halooooo, korang gaduh-gaduh nie dapat apa? Penat dan dosa je...

AJL pun dah berlalu, cD secara peribadi berpuas hati dengan persembahan kak G malam tu, bukan rezeki namanya... tapi itu bukanlah penamatnya, kita tunggu Hits 1 plak... Maybe rezeki kak G kat Hits 1. Semoga "Dingin" menjadi juara di Hits 1, amin....

p/s: Matilah bila sesekali cD melaser... Hampun semua....

-cD-

Wednesday, January 21, 2009

AJL 23...


pose sebelum masuk stadium...

Ermmm sori le kalau Kamoo semua rasa enrti nie dah basi, nak wat cene komitmen cD terlalu banyak dan mendesak... hehehe hope alasan nie kukuh dan boleh diterima pakai. cD wat entri nie bukan tuk memberi ulasan or komen terhadap AJL yang telah berlansung dengan gemilangnya, just nak kongsi moment terindah cD n the gang dan ZF yang gigeh menyokong Ziana Zain (kak G) sampai ada yang putus urat coz menjerit tanpa henti... matilah propah.


pose dalam stadium....
(ZF sumua duduk sebelah media ok... adelah muka yang masuk paper nanti)


hijau/putih....

AJL 23 memang boleh dibanggakan coz hampir 90% artisnya hebat dan mantap, walaupun terselit satu dua kepincangan dalam pengendalian programnya rasanya masih boleh dimaafkan... Oppsss terkomen gak, tahniah diucapkan pada yang menang dan syabas pada semua yang masuk final coz Kamoo semua memang hebat...

Pada kak G, walaupun x menang sebarang anugerah, kak G tetap juara di hati peminat terutamanya ZF semua... Cayang kak G. Malam tu kak G telah memberikan sedaya mungkin dan kami semua berbangga dengan kemampuan vokal kak G yang menghampiri usia 41 tahun, ko mampu tarik key cam kak G?? Kalau x mampu jangan biadap, just senyap ok... matilah sentap. Tahniah juga pada MUH yang mengungguli kategori pop rock dan seterusnya merangkul gelaran Juara Lagu ke-23. Emmm sape lagi ehhh... Owhhhh abang pejal, tahniah le coz menang 3 kategori sekali gus (persembahan terbaik, vokal terbaik dan juara kategori balada) satu persembahan yang bertenaga dan fresh... sonok sangat time cheryl, ally dan faizal umumkan Juara Lagu ke-23... bila nama MUH disebut, kami ZF melonjak n menjerit sakan... kempunan peminat-peminat abang pejal tu... kekekek oopsssss.

Berbaloi rasanya bersesak-sesak untuk masuk ke stadium dan menjadi sebahagian dari rancangan AJL 23 kali nie, aluminasi muzik yang sangat hebat dan bertenaga. Alamak tertinggal lak juara kategori etnik, tahniah buat Farawahidah walaupun kemenangan anda tidak dijangkakan... oopsss tercarut lak.

ko mampu? "keep ur eyebrow up".....

penting nie, x de tiket x leh masuk....

stadium putra dibanjiri peminat AJL dan muzik tanah air...

padat...

meriah...

kami yang comey...

sebahagian ZF yang gigeh menyokong kak G..
Sebelah kiri tu Kamal.. dia kenal cD, tapi sori la cD x cam sangat.. katanya kenal melalui abg eQ..

x sangka jumpe Nuar...

p/s: Memoriku genggamilah, biarkan aku beralah....

-cD-

Tuesday, January 20, 2009

Bukti Kasih...

Emmm cene ehh nak membuktikan keluhuran kasih, ketulusan cinta dan keikhlasan sayang bila dipersoalkan? Okkk ooooo, cD sendiri tatau cena nak jawab soklan sebegini... terlalu rumit difikirkan bila rasa hati dipersoalkan dan x mampu pula dibuktikan dengan lakaran pena di atas lembaran kertas yang seterusnya menjadi dokumentasi sah sebagai bahan bukti...

"Sesuatu yang lahir dari hati
tidak mungkin mampu dibuktikan dengan perkataan...
tetapi ianya mampu dikukuhkan dengan
kata-kata yang disulami dengan getaran...

cinta, kasih dan sayang bukanlah akujanji
yang mampu dibuktikan pada helaian kertas
sebagai bukti dokumentasi yang sah..."

Cene? Kamoo semua setuju x dengan pendapat cD? Ermm maybe lain orang lain pengertiannya kan, terpulang pada fahaman masing-masing. Ngape cD berbicara soal hati ehhh? Haaaa nyebok le tu nak tau kan? hehehe, just nak lepaskan ketegangan yang melanda nie, penin dok mengadap "myFinancial"... sistem nie seakan asing bagi cD, maklumlah dah 4 taun guna "eSPKB" tetiba kena start dari "zero" semula...

p/s: semalam cD sedar, cD x sakit... apa yang pernah terucap, itulah kebenarannya... ya, terkadang it hurts, tapi itulah yang akan menghangatkan getarannya... 143.

-cD-

Monday, January 19, 2009

Awak...

Awak...
it hurts bila awak kata gitu...
ya, maybe cD sakit
tapi awak x berhak menidakkannya.

Semalam rasa itu kembali
hingga berputik dan mekar lagi
Hari ini cD tidak mengerti
mengapa perlunya lari dan sembunyi
Tolong jangan cari dan teruslah pergi
kerna esok mungkin cD akan mati....

it hurts...

p/s: ..............................

-cD-

Cerita Header Blog...










Ermmm ari nie ada masa terluang, so sempat lah cD nak update sket-sket... Entri AJL akan menyusul kemudian coz x sempat nak edit n pilih pic lagi... Kalau nak tau cite dan ulasan tentang AJL leh jengok ke blog Nuar, ade gak terselit cite cD kat situ (mekacih Nuar)...

Berbalik pada cite header untuk blog http://cdapee.blogspot.com. Header yang 1st tu adalah header asal yang telah cD guna pakai sejak memula blog nie wujud. Tatau ngape, tapi cD sayang sangat kat header yang satu nie. Maybe coz ianya adalah titik permulaan bagi setiap coretan yang cD lakarkan. Ala-ala muka sebek dan patah hati katanya, simbolik la sangat...

Header ke-2 tu baru je lagi cD buat, konon-konon wajah baru di tahun baru la... tapi just diguna pakai dalam 2 hari je, kredit pada Hanie coz sudi menghabiskan masa senggangnya untuk kerja-kerja edit nie dan terhasillah header ke-3 tu... chantek kan? Tapi untuk lebih simbolik dan dramatik perkataan "cry" tu telah dibesarkan, maka terlahirlah header ke-4... chantek gile, cD puas hati sangat-sangat, mekacih hanie...

Emmm pic yang last tu sebenarnya adalah footer blog cD, tapi memandangkan tahun nie cD menggunakan konsep kelam dan gelita so footer tu cD simpan jer laaa.. Malas nak tukar dah, cD akan kekal dengan wajah baru nie untuk satu tempoh masa yang agak lama... ermmm maybe, tengok la cene.. huhuh

p/s: ku x bisa juarai AJL ke-23... waaaaaaaaaaaa

-cD-

Wednesday, January 14, 2009

Rasa Itu Kembali...

Bagaimana harus cD mulakan
Segalanya bagaikan khayalan
Rasa yang telah lama mati menggamit kini
Rasa yang payah untuk dimengerti
Tapi indah bila di abadi....

Semalam....

Lena cD dikejutkan dengan satu panggilan yang cD x jangkakan sama sekali. Jam menunjukkan angka 10.47pm... Arghhh ngantuknye, emmm lately nie cD kerap tido awal, sekitar jam 8 or 9 cD dah lena dibuai mimpi-mimpi.... tapi itu bukanlah persoalannya, kita berbalik pada panggilan yang cD terima tu. Ciannya "Dia" baru pulang dari kerja waktu menghubungi cD....

Dia : Awak, dengar hot fm skang...
cD : .....?.....

Ermmm x sangka "Dia" tujukan lagu untuk cD, so sweet... 1st time dalam 27 tahun cD ditujukan lagu menerusi radio yang lebih hangat daripada biasa tu, hot fm ler... Mekacih, muahh muahh kat pp. Getarannya semakin kuat dirasakan, adakah ini rasa yang bisa membahagiakan atau membinasakan. Biarlah sekali ini rasa itu kekal mekar seadanya, dan bila tiba waktu layunya cD tetap merelakan pemergianya... huuhhu bahagianya.

Tiba-tiba...

Peritnya, rasa pedih yang amat menyakitkan... Seakan sesuatu yang tajam menusuk betis cD... lantas satu tamparan hebat dilemparkan pada betis gebu itu... Mampus ko nyamuk, cis mengganggu mimpi indah ku.... kekeke

p/s: Mekacih *****, muahhh muahhh kat pp.

Kamoo semua x yah nak wat spekulasi ehh... jelas cite tu hanya mimpi... huhuhu ye ke mimpi?

-cD-

Tuesday, January 13, 2009

Try Not To Cry...

Tiada pernah cD menduga semua ini akan terjadi
Di waktu-waktu sebegini
Disaat ini cD hanya mampu membiarkan diri selalu merindui Kamoo
cD ingin Kamoo mengerti hasrat di jiwa ini...

Tiba-tiba Kamoo menjelma masuk ke dalam jiwa
Tiba-tiba hati bertanya dimanakah Kamoo selama hidupku ini
Selama cD sendiri...

Tiada guna berdiam saja
Nyata hati tidak mampu bertanya
Apalah dayaku ini
Mungkin akan mengecewakan satu jiwa....

p/s: Miss you but try not to cry...

-cD-

Bebanan Kerja Yang Membebankan...

Waaaaaaaaaa...

Rasa cam nak nanges je, huhuhu ngade kan... baru kena wat keje sket dah merungut, manje sangat la ko nie cD... Tu dia laser diri sendiri katanya, dulu boleh la ngangkang, layan tenet, layan blog 24 jam tanpa henti... skang hamek ko, tugasan tanpa henti plak. Dulu cD x penah keje ari sabtu, weekend adalah time untuk berpoye-poye, skang kene keje... last saturday cD keje dari 9.30am sampai 5.30pm, nanges.... (ekceli memang x keje sabtu, tapi kena siapkan report LPO yang boss nak)



Antara tugasan yang cD terima tiap 5 minit...
baru sket nie, report LPO x buat lagi...

Ermmm semua nie adalah cabaran dalam persekitaran kerja yang baru, sebenarnya inilah yang cD mahukan... sentiasa sebok dengan tugasan tanpa henti, setidak-tidaknya peredaran waktu tidak terasa sangat. Bayangkan 4 tahun dulu cD cuma bz sehari @ dua je dalam seminggu... tu pun time nak meeting or bentangkan report... selebihnya enjoy, kekeke. (cD x makan gaji buta ehhh, memang skop tugasan cD kecil... just handle 1 projek je dalam setahun).

Persekitaran kerja baru nie menjadikan cD lebih dewasa... opssss mmg dewasa dah pun, maksud cD lebih matang dan bertanggungjawab pada tugas dan amanah yang diberikan. Lepas nie nampaknya sikap manje n ngengada tu kena kikis skit-skit dan maintain mana yang patut je... huhuhu. Emmm coretan cD berakhir disini, ada tugasan yang perlu cD buat... (skil penulisan cD da lari laaa, cam bosan je bila baca balik... waaaaaaaaaaaaa)..

p/s: Rindu lagi...

-cD-

Tuesday, January 6, 2009

Mulakan Harimu...

Assalamualikum...

Akhirnya ketemu juga kita ehhh.. uhuhu, sori ler coz cD bz sungguh lately nie. Ari tu bz ngan closing skang bz ngan penempatan dan keje baru lak. Maklum la dah balik ke HQ, tanggungjawab makin besar x macam dulu masih boleh goyang kaki dan dok ngangkang jer... Paling sedih cD masih x dapat kemudahan komputer lagi, seb bek la bawak laptop sendiri... kalau idak nganga je la sehari suntuk ngadap dokumen kewangan nie...

Alhamdulillah syukur, tempat dan persekitaran baru nie agak selesa dan sempurna.. cuma kebebasan berinternet agak terbatas.. kalau dulu 24 jam boleh hadap tenet skang dah x boleh.. huhuhu komitmen di HQ harus diutamakan... cecece... Ermmm kat sini cD ditempatkan di aras 14, so hari-hari cD dapat buat laporan statistik kesesakan lalu lintas kat bawah.. kekeke banyak sungguh kenderaan yang lalu lalang kat sini.


Pemandangan dari aras 14, Kuala Lumpur seakan jauh... waaaaaaaa



Persekitaran baru yang mendamaikan...



Tengok kat bawah tu, kesesakan lalu lintas... siap leh buat statistik lagi..

Maaflah coz x dapat nak update banyak.... Masa seakan mencemburui cD, tapi jangan risau ada peluang dan kesempatan akan cD manfaatkan sebaiknya... Sampai ketemu di lain kali... huhuhu cayang kamoo semua.. muahh muahh kat pp.

p/s: Rindu...

-cD-