Tuesday, March 31, 2009

Tahajud Cinta...


cD mohon ampun dan maaf kerana tidak mempedulikan blog nie untuk beberapa ketika sehingga ianya dipenuhi habuk dan dedebu.. matilah bz sangat katanya, just nak update story Sirah Junjungan ari tu. Berjujuran air mata ok, x kira laki or pompuan.. semuanya turut menitiskan air mata bila menghayati, memahami jesteru menginsafi diri iktibar dari kisah Rasulullah S.A.W. Sebak sangat-sangat..

“Beribu tahun telah berlalu , beribu batu telah tertimbus. Kami yang tidak pernah melihat wajahmu,yang tidak pernah mendengar suaramu.Menemukan jalan hidup , Ya Allah!! Sampaikan Selawatku dan salam kami kepada Rasulullah tercinta..Ya Arhamanar Rahimin…”

Sinopsis Sirah Junjungan; Tahajud Cinta...

Di antara… kebatuan cadas, padang pasir, panas matahari membakar kulit. Di tanah Mekah, bangunan kukuh Kaabah yang sejak awal dibangun untuk menyembah yang Maha Kuasa kini telah berubah dikelilingi berhala. Kejahiliahan membuat perilaku menjadi amat rendah dan nista. Budak dan hamba abdi menjadi binatang yang tak berharga, wanita hanya jadi pemuas nafsu belaka, anak perempuan dikuburkan hanya untuk ditertawa riakan oleh sang ayah yang tidak rela memiliki anak perempuan. Berhala-berhala disimpan, dijadikanpenyembahan kepada jalan kegelapan. Berhala menjadi sesembahan mereka bernama Lata Uzza.

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy. Seorang wanita dirundung kepedihan tatkala suami tercinta pulang ke alam baqa, padahal di perut dikandung janin yang amat dicinta. Ketika terlahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahir- kan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah. Bayi inilah yang terlahir menjadi pemadam api sesembahan kaum Majushi. Di tahun gajah, telah lahir bayi mulia Muhammad bin Abdullah.

Muhammad tampil menjadi cahaya bagi lingkungannya. Tidak hanya sebagai penyejuk tetapi juga sebagai penegak hilar-bilar keadilan. Beliau tegak bagai karang yang kukuh menghadapi kebatilan. Hiful fudul adalah cahaya yang mulai berkibar untuk menegakkan kebenaran dalam kegelapan kejahiliahan.

Di telapak tangannya Muhammad terdapat api yang menyala yang dapat menunjukkan jalan yang benar sedangkan di dalam darahnya mengalir akidah yang kuat yang sentiasa siap untuk menentang sesiapa yang membangkang, dan sesungguhnya sudah menjadi sunatullah, setiap perubahan selalu mendapat tentangan. Kaum Musyrikin Quraisy seakan tidak rela, Muhammad mencerai-beraikan keluarga mereka, Muhammad akan menggantikan sembahan mereka, Muhammad akan meruntuhkan peradaban mereka. Maka, bermulalah siksaan datang.

Cinta kepada Allah… Cinta kepada Rasul! Membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti. Kekejaman bermaharajalela. Kehilangan sanak saudara. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Muhammad kehilangan bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal di saat belum sempat memeluk agama Islam. Derita semakin terusai dan yang lebih memilukan apabila isteri tercinta pula, Siti Khadijah, penyejuk di kala batin resah, yang meneguhkan di kala goyah, yang rela menafkahkan harta, tenaga demi dakwah, dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Rasulullah Muhammad S.A.W betul-betul pilu kehilangan isteri, kekasih, penyejuk dan peneguh. Hampir seperempat abad mendampingi suka duka. Itulah tahun kedukaan bagi baginda.

Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan orang-orang Quraish terhadap Muhammad. Kalau dulu Abu Talib adalah pembela Muhammmad tetapi sejak ketiadaan bapa saudaranya itu, orang-orang Quraisy makin bermaharajalela. Ke mana sahaja Muhammad pergi, pasti baginda akan direjam dengan batu bahkan ditaburkan pasir di atas kepala, dibaling dengan najis namun baginda menghadapi kekejaman musuh dengan perisai kesabaran dan istiqamah.

Kesakitan yang dilalui sama sekali tidak mampu menghentikan nafas perjuangan kaummuslimin sehingga kemajuan Islam semakin pesat. Baginda Muhammad berjaya memujuk tokoh-tokoh utama Quraish untuk masuk Islam lantaran golongan Quraish menjadi marah dan mengadakan pakatan untuk menyekat ekonomi kaum muslimin. Setelah 3 tahun kaum muslimin terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dari kaum Quraish dan selama itu juga mereka berlindung di Lembah Abu Talib, akhirnya Muhammad sudah tidak lagi sanggup melihat kesakitan dan kezaliman orang-orang Quraish terhadap kaum muslimin. Ramai yang menderita lalu Muhammad mengarahkan supaya kaum muslimin kembali ke rumah masing-masing untuk berdepan dengan orang Quraish manakala sahabat-sahabatnya diputuskan berhijrah ke Madinah untuk mencari penempatan baru.

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah merupakan langkah awal dari proses terbentuknya Darul Islam yang pertama di muka bumi saat itu. Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas penting bagi negara ini iaitu pembi- naan masjid, mempersaudarakan sesama kaum Muslimin dan mengatur kehidupan sesama kaum Muslimin. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi.

Bagi kaum Quraisy , tidak ada sebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan orang Islam selain tumpahnya darah melalui peperangan. Bahkan Nabi pun terhujam di Bukit Uhud. Luka menganga. Hamzah singa Allah terhujam, dirobek, dikunyah jantungnya oleh Hendon. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan, Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan

Rasulullah dengan para sahabat masih meneruskan dakwah dengan berangkat masuk semula ke Mekah. Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Akhirnya, baginda berjaya membawa Abu Sofyan mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.


p/s: Tahniah buat kak Erma Fatima, ternyata usaha murninya berjaya mengetuk pintu-pintu hati yang selama ini lalai dan alpa dengan hal-hal duniawi semata..

-cD-

Wednesday, March 25, 2009

Katak & Pisang...

Katak pisang katak puru,
Adakah katak dan pisang sepupu?
Jangan perasan atau terharu,
Bukan I miss U atau I love U
Just nak ucap selamat hari Rabu

Ko sentap x? Pepagi buta da dapat sms melaser just nak ucap selamat hari rabu... Matilah bila manusia makin kreatif, nak ucap selamat pun berpantun bagai... Mekacih pada insan yang menghantar sms nie, selamat hari rabu gak ehh..

p/s: Katak dan pisang sah-sah bukan sepupu coz mak bapak dowang lain spesis ok... Balik buka semula buku teks "Alam dan Manusia"

-cD-

Friday, March 20, 2009

Sirah Junjungan...



Assalamualaikum...

Wahhhh tetiba berubah konsep, maklum la malam nie cD nak g nonton "Sirah Junjungan", teater muzikal islam katanya... matilah kena panah petir lak kang merapu yang bukan-bukan. Ermmm cD nie sokong x kira apa juga pementasan, baik penglipurlara dongeng mahupun yang berkisar tentang kehidupan dan juga keagamaan. Tapi kebanyakan orang lebih gemar kepada muzikal yang terbuka berbanding muzikal yang berunsur keagamaan seperti Sirah Junjungan nie. Kekadang sedey gak coz pementasan sebegini dipandang sepi, ngape ehhh?

So 18-20 Mac nie tibalah giliran Diva Dato' Siti Nurhaliza, time nie jugalah jualan tiket ibarat goreng pisang panas berbanding malam-malam sebelomnya... cD akan nonton malam nie, pementasan malam terakhir Siti setelah 3 malam dipentaskan... Jom la reramai meriahkan teater muzikal nie, sokonglah akak Erma Fatima kita tu... cian kat dia.


Antara Petikan Akhbar:
Tiada banyak perubahan ketara yang dilakukan di dalam teater Muzikal Islam ‘Sirah Junjungan’ yang dipentaskan buat kali kedua mulai semalam, 9 Mac hingga 22 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selain tajuknya yang ditambah ‘Tahajud Cinta’, pengarahnya, Eirma Fatima atau sebelum ini dikenali sebagai Erma Fatima membuat perubahan dari segi latar set, props, beberapa orang pelakon, dan pertambahan penyanyi latar. Jika dahulu, hanya penyanyi Jamal Abdillah, Al-Fahmy, Tuty dan Salleh dari kumpulan Brothers yang menyinari muzikal tersebut. Kali ini, masih mengekalkan Jamal, Eirma turut menjemput beberapa penyanyi popular seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi.

Penyanyi-penyanyi ini akan melakukan persembahan nyanyian mengikut giliran iaitu Jamal mulai semalam hingga 14 Mac, Siti (18-20 Mac), Mawi (21 Mac) manakala Amy (22 Mac).

p/s: Ketika Islam dicabar..Rasulullah S.A.W dihina. Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang diyakini.

-cD-

Wednesday, March 18, 2009

Bowling...

Ermmm alang-alang semalam dah buka story pasal bowling, ari nie cD nak story tentang sejarah awal pembabitan cD dalam arena bowling... cececcehh, cam bowler profesional lak lagaknye. cD nie sejak kecil memang aktif, terutamanya bersukan... pernah wakili sekolah peringkat zon dan daerah dalam acara merentas desa dan bola tampar. Tahun 1999 cD nyaris-nyaris mewakili Negeri Selangor untuk kejohanan bola tampar bawah 18thn, mungkin x ada rezeki... cD terpaksa menolak tawaran tersebut coz tahun tu cD perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tamat sekolah menengah, cD mula berjinak-jinak ngan bowling lak.. Ye la nak aktif dalam volleyball rasa cam dah x de peluang, nak atau tidak cD harus mencari sesuatu yang lain bagi mengisi waktu-waktu singgang katanya. Time tu bowling sangatlah popular dan Shalin Zulkifli merupakan ikon bowling yang sangat diminati. cD bertambah aktif dalam sukan bowling nie sejak join Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia, skang nie lebih dikenali ngan nama Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Kat bank nie gak la cD kenal ngan Nuar, kami bertugas di bahagian yang sama tetapi berlainan seksyen... sonok kawan ngan Nuar nie coz dia handle sistem, so senang nak dapat maklumat tentang individu-individu tertentu.. matilah lari topik dah.. Kelab sukan bank nie memang aktif.. terutamanya bowling, dan yang paling best tetiap bulan pasti ada tournament yang dianjurkan... Banyak kutip trofi time keje ngan Bank Pembangunan nie... sonok sangat.

cD aktif gak join tournament-tournament luar yang dianjurkan.. Pernah jadi johan tournament yang dianjurkan oleh Sahabat Integratif Malaysia (SIM), Planet YM... dan sekarang cD merupakan member Malaysian Bowler, kelab yang ditubuhkan oleh pencinta sukan bowling di Malaysia yang dipengerusikan oleh Azidi Ameran, suami kepada Shalin Zulkifli.. kalau nak jumpe dowang nie datang la ke Pin Junction di Cineleisure Damansara... Last sekali cD main kat Pin Junction nie 1 Mac 2009, yang menang Voucher RM400 tu... atas undangan dan jemputan dari KP Forestry sendiri, Dato' Seri Azahar bin Muda.

Ermmm gitu la kisahnya..


p/s: High game yang pernah cD dapat 258 jatuhan pin... last game ari tu mampu jatuhkan 217 jer...

-cD-

Tuesday, March 17, 2009

Voucer Jusco RM 400...

Ekceli x de mood pun nak update blog nie, perasaan bersalah sentiasa melingkari sanubari bila mengenangkan himpunan dokumen-dokumen tuntutan yang bertimbun disisi kiri meja... Arghhhh "berhenti sebentar bersama kit kat laaaa", matilah curi tagline coklat kit kat katanya. Ko mampu?

Lunch tadi cD sempat lari ke opis lama, Forestry... Rindu sangat kekawan kat hutan tu, matilah orang utan katanya... Ekceli bukan saje-saje nak mencemar duli pun, keje kat opis tu menggunung tunggu ditarah perlahan-lahan. Tujuan utama cD singgah adalah untuk menuntut "Voucher" Jusco yang cD menang time tournament bowling Forestry ari tu... Terharu sangat coz KP Forestry, Dato' Seri Azahar bin Muda sendiri yang jemput cD untuk turut serta dalam tournament nie.. Bayangkan, walaupun cD tidak lagi berkhidmat bersama Forestry, Dato' Seri tetap ingat dan memberi jemputan VIP lagi, matilah ramai orang utan yang sentap n makan hati. Main pula satu team n satu lane ngan KP, TKP & Pengarah-Pengarah unit, lagi la mengundang kontroversi...

Bukan nak membangga diri, tapi setiap kali join tournament mesti cD x pulang ngan tangan kosong... Alhamdulilah cD dapat no. 3 setelah satahun lebih x praktis membaling... dan yang paling best cD dapat "High Game" dengan jatuhan pin 217 pada game ke-3..



No. 3 - RM 250
High Game - RM 150

Bestnye dapat RM 400 Voucher Josco, x sabar nak g shopping.... Kebiasaan tournament pasti hadianya berupa hamper or trofi kan, berlainan dengan konsep Dato' Seri... tiap kali tournament pasti voucer jusco menjadi taruhan... orang lain maybe x suka, tapi cD suka... ko gile x suka dapat voucer? bole shopping sakan ok.... Ermmm harap-harap lain kali Dato' Seri sudi menjemput cD lagi.. kekeke.

p/s: Rindukan 4 tahun yang berlalu, 4 tahun bersama Forestry...

-cD-

Friday, March 13, 2009

Coklat?...

Assalamualaikum,

Buat pembaca yang dikasihi... cecece mukadimah yang sesuatu sangat, cD memohon jutaan ampun dan maaf kerana lama x update blog. Masa sangat-sangatlah terbatas untuk cD mencoretkan barang sepatah dua perkataan.. Bebanan kerja agak melampau kebelakangan nie, mana nak siapkan penyata, mana nak semak dan luluskan claim, meeting lagi... Next week ada entrance conference bersama dengan Jabatan Audit Negara lak... tapi x pe, bebanan nie just untuk bulan nie aje... lepas tu leh la start poye-poye semula, yeyyyyyyyy....

x banyak yang menarik berlaku dalam seminggu dua nie... just bz ngan keje, kursus, keje, keje n keje... cuma nak kongsi satu story menarik.. Ermmm konteks menarik tu maybe bagi cD je la kot, coz cD yang alami... Apalah yang menarik sangat tu ehhh, jeng jeng jeng... cD dapat coklat... huhuhu dapat coklat pun nak kecoh kan, pedulik apa kan... suka hati lah.. Coklat nie digubah jadi bunga.... Mekacih awak... Sayang nak makan so saya letak atas meja opis.. Sorry coz bz sangat, sure awak rasa terabai kan...



Ermmm cita pasal coklat terus tingat kat Kak Iza.. mekacih ehh kakak coz kasi coklat dari Langkawi ari tu... Cayang kat kakak.

p/s: Waaaaaaaaaaaa lama x nonton movie... jom..

-cD-

Wednesday, March 4, 2009

Happy Birthday Haziq...

Isnin
2 Mac 2009
Besday Haziq (1 Tahun)

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Haziq...
Happy Birthday 2 You


Enrti yang satu nie pun agak terlewat gak, jika 1 Mac besday my mum... 2 Mac lak besday si comey Haziq... Haziq dah masuk 1 tahun, gigi pun da tumbuh 6 batang... kekeke sure si comey nie kuat meng"geget"... Happy Belated Birthday Haziq, muahhh muahh kat pp.

p/s: Cayang Haziq gak...

-cD-

Happy Birthday Mak...

Ahad
1 Mac 2009
Besday Mak yang ke-54

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Mak...
Happy Birthday 2 You

1 Mac yang lepas merupakan besday Mak cD yang ke-54, Happy Belated Birthday Mak... Ermm entri nie terlewat sket coz bebanan kerja yang melampau sangat sekarang nie... Biasa la keje gomen kan, Mac/April merupakan bulan yang amat-amat bz bagi unit kewangan... bulan nie la nak siapkan segala penyata sebelum dihantar ke Jabatan Audit Negara. Mulai esok plak cD akan menghadiri kursus induksi khusus (5-8 mac 2009)... so faham-faham la kalau blog cD nie bersawang ehhh..

p/s: Cayang sangat kat Mak, muahh muahh kat pp.

-cD-