Wednesday, March 18, 2009

Bowling...

Ermmm alang-alang semalam dah buka story pasal bowling, ari nie cD nak story tentang sejarah awal pembabitan cD dalam arena bowling... cececcehh, cam bowler profesional lak lagaknye. cD nie sejak kecil memang aktif, terutamanya bersukan... pernah wakili sekolah peringkat zon dan daerah dalam acara merentas desa dan bola tampar. Tahun 1999 cD nyaris-nyaris mewakili Negeri Selangor untuk kejohanan bola tampar bawah 18thn, mungkin x ada rezeki... cD terpaksa menolak tawaran tersebut coz tahun tu cD perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tamat sekolah menengah, cD mula berjinak-jinak ngan bowling lak.. Ye la nak aktif dalam volleyball rasa cam dah x de peluang, nak atau tidak cD harus mencari sesuatu yang lain bagi mengisi waktu-waktu singgang katanya. Time tu bowling sangatlah popular dan Shalin Zulkifli merupakan ikon bowling yang sangat diminati. cD bertambah aktif dalam sukan bowling nie sejak join Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia, skang nie lebih dikenali ngan nama Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Kat bank nie gak la cD kenal ngan Nuar, kami bertugas di bahagian yang sama tetapi berlainan seksyen... sonok kawan ngan Nuar nie coz dia handle sistem, so senang nak dapat maklumat tentang individu-individu tertentu.. matilah lari topik dah.. Kelab sukan bank nie memang aktif.. terutamanya bowling, dan yang paling best tetiap bulan pasti ada tournament yang dianjurkan... Banyak kutip trofi time keje ngan Bank Pembangunan nie... sonok sangat.

cD aktif gak join tournament-tournament luar yang dianjurkan.. Pernah jadi johan tournament yang dianjurkan oleh Sahabat Integratif Malaysia (SIM), Planet YM... dan sekarang cD merupakan member Malaysian Bowler, kelab yang ditubuhkan oleh pencinta sukan bowling di Malaysia yang dipengerusikan oleh Azidi Ameran, suami kepada Shalin Zulkifli.. kalau nak jumpe dowang nie datang la ke Pin Junction di Cineleisure Damansara... Last sekali cD main kat Pin Junction nie 1 Mac 2009, yang menang Voucher RM400 tu... atas undangan dan jemputan dari KP Forestry sendiri, Dato' Seri Azahar bin Muda.

Ermmm gitu la kisahnya..


p/s: High game yang pernah cD dapat 258 jatuhan pin... last game ari tu mampu jatuhkan 217 jer...

-cD-

5 comments:

ierma said...

perghhh....
nak jadik ank murid laaa ngn cd...
heheheehehehhe

[yAN!e][pUTraJAya] said...

jom berguru dengan Cd...
ekekkekke....
jangan wat ajaran sesat udah ler..
kang ke longkang lak kiter yer cikgu cD.....

kekkekekke

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥

*********************************

cahayaqaseh said...

ajar akak cd,
akak tak reti main bowling lah...huhu

-cD- said...

ermm nanti nak buka pusat bowling sendiri.. kekek merasa la jadi tokey..

wulan said...

WEH..TU LOGO bpmb LAMA DA..KUI3X...