Thursday, April 9, 2009

Kursus Kenegaraan (BTN)...

Cemekom...

Just nak update uolls, cD kena g Kursus Kenegaraan (BTN) kat KBN Maran, Kuala Sentul Pahang dari 9 - 13 April 2009... Waaaaaaaaa da nak gerak la nie... Sempat lagi post entri kan. So cD tinggalkan Kamoo semua ngan 2 keping pic (baru je amek nie) untuk tatapan di kala rindu, matilah...

Tata... muahhh kat pp.

p/s: Doakan cD selamat pergi n kembali ehhh..

-cD-



Tuesday, April 7, 2009

Terapi...

Sememangnya lidah tiada Bertulang
Namun itu bukan alasan berdiam
Percintaan ini kita Memilihnya
Kesilapan hanya suatu perbandingan.....

Tetiba hati kecil cD merintih, lantas tergerak untuk mencoretkan entri buat mereka-mereka yang pernah terluka a.k.a kecewa dek panahan cinta yang tidak kesampaian.. cececece, da lama rasanya x beri nasihat cinta camni.. Dedulu cD senantiasa menjadi rujukan buat mereka-mereka yang patah hati... (pakar sangat ke nak nasihatkan orang, sedangkan diri sendiri pernah sekali dikecewakan). Apa yang berlegar di fikiran cumalah maut dan mati... Nauzubillah, kecewa bercinta bukanlah penamat riwayat hidup, kenapa harus memilih untuk mati setelah gagal bercinta?

Nak kata pakar tu idak lah, tapi setakat berkongsi pengalaman dan menjadi pendengar bagi tiap luahan, keluhan kesah yang terpendam nie memang cD lah tempat yang sesuai.. kekeke.. Terkadang pelik bila difikirkan, tapi percayalah ianya datang secara semulajadi, kepercayaan seseorang insan untuk mengkisahkan lara cintanya dizahirkan melalui luahan dalam penceritaan. Bukan mudah ehh nak menjadi pendengar nie, kita bukan hanya mendengar, tetapi melalui kisah yang diluahkan itu perlu pula disimpulkan. Time nie la kita harus bijak memberi pandangan, bagi kata-kata semangat pada yang dah patah hati tahap kronik tu. (perlu diingat ehh, time gini jangan gatal-gatal nak melaser pulak, berkemungkinan hati yang terluka akan bertambah parah jadinya..) Sukar kan, ternyata bukan mudah dan bukan semua orang boleh menjadi pendengar bagi tiap keluh kesah yang diluahkan. Ingat ehhh, walau apapun yang berlaku.. "PERCINTAAN INI KITA YANG MEMILIHNYA."

Entahlah... mendengar tiap luahan permasalahan nie dah menjadi seakan satu terapi bagi cD.. Secara x langsung ianya membantu menenangkan dalaman cD yang sentiasa berkecamuk.. Ye la hati menangis siapa yang tahu kan... cececec sekadar perumpamaan je. Maybe sekarang nie cD stress agaknya dan perlukan terapi... kekeke maka terhasillah entri merapu segini rupa..

Luka...
Pulanglah sayangku kembali segera
Luka...
Sampai hati menghilang tanpa berita
Luka...
Tegarnya kau biarkan ku sendiri merana
Biarku terus terluka.....

Ye laaa, cD stress nie... tolong... Sesapa ada masalah boleh luahkan skang, cD perlukan terapi dengan kadar segera... tolon....

p/s: sampai hati menghilang tanpa berita.

-cD-

Wednesday, April 1, 2009

Derma Darah...

Ermmm ekceli cD x berniat pun nak publish story nie.. Alaaa setakat derma darah semua orang boleh kan, lagi pun x menarik sangat pun kalau nak dijadikan entry. Tapi story nie jadi menarik apabila ianya terpapar di halaman 19, akhbar Harian Metro, 1 April 2009. Ehhh bukan April Fool ok, memang sahih lagi nyata... try la beli Harian Metro ari nie n selak-selak m/s 19.. (matilah sempat promo baca Harian Metro). Ingatkan member opis saje nak pedajal bila dowang sms mengatakan cD kuar paper, rupanya memang betul... nanges x pose maut...

Siyes cD x sangka story derma darah nie akan kuar paper. Masa MTIB buat pelancaran kempen derma darah nie x sebut plak media akan cover story nie... Kalau tau ada wakil media dah lama cD pose maut, huhuhu. Ingatkan just amek pic untuk masuk web MTIB jer... harus la pose kekwat kan, hamek ko pose pandangan sisi katanya... Nie je la sumbangan yang cD mampu berikan untuk bangsa dan negara dengan menderma darah, darah ok bukan DARA... hehe. Setakat nie rekod sumbangan cD baru mencecah angka 8, InsyaAllah usaha murni nie akan cD teruskan selagi darah cD suci... huhuh


Maaf, artikel kurang jelas... x sempat nak scan, snap sajor




cD la tu, yg baju n tie purple tu..

p/s: Dermalah darah demi bangsa dan negara....

-cD-