Tuesday, June 30, 2009

Konsert Lelaki Ini Anuar Zain...

Ermmm cD nak story sket pasal Konsert Anuar Zain "Lelaki Ini" yang akan berlangsung pada 1 & 2 Julai di Panggung Sari, Istana Budaya. Saja post entry nie awal, takut ada yang sentap lagi ngan cD... cD sekali lagi akan ke Istana Budaya untuk menonton Konsert Lelaki Ini pada esok hari, 1 Julai 2009. Malas nak story bebanyak, kang ada yang sentap dan terasa hati plak, so cD panjangkan petikan dari Mstar Online untuk tatapan kamoo semua.

Petikan Mstar Online, 30 Jun 2009:

"Konsert Lelaki Ini Anuar Zain imbau banyak kenangan lagu lama"

SEPANJANG berkecimpung dalam industri ini, buat pertama kalinya mulai esok selama dua hari berturut-turut penyanyi Anuar Zain akan menjayakan konsert solonya di Malaysia. Sebelum ini, Anuar pernah membuat konsert solonya di pentas bertaraf antarabangsa, iaitu di Esplanade Theater, Singapura pada November lalu.

Kali ini, konsert yang dinamakan ‘Konsert Lelaki Ini’ itu menampilkan persembahannya bersama iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan selama dua jam di Istana Budaya, Kuala Lumpur anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009. Persembahannya pada dua malam itu akan diiringi oleh 55 orang pemuzik dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Muzik Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi manakala muzik ‘live band’ di bawah arahan Aylwin Santiago.

Yang menariknya, penyanyi popular menerusi lagu ‘Lelaki Ini’ dan ‘Ketulusan Hati’ ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu popular daripada album-album lama dan barunya malah buat pertama kalinya turut menyanyikan lagu nostalgia yang menjadi kegemarannya. “Anuar akan menyanyikan lebih 20 buah lagu dari albumnya sewaktu kecil hingga ketiga-tiga album sekarang iaitu ‘Bila Resah’, ‘Keabadian Cinta’ dan ‘Lelaki Ini’

“Dia juga akan menyanyikan lagu-lagu kegemarannya semasa dia sedang membesar seperti lagu Penantian nyanyian arwah Zubir Ali dari kumpulan Harmoni dan Berdirinya Seorang Perindu oleh Ibnor Riza,” kata pengurusnya, Rohila bagi pihak Anuar yang kini sibuk dengan latihan sekarang. Ditanya tentang kelainan yang ditonjolkan, Rohila menyifatkan konsert Anuar tiada yang ‘extra-ordinary’. “Saya rasa tiada apa yang berbeza dengan ‘showcase’ yang pernah dia lakukan di sini dan Anuar akan sekadar menyanyi dan menghiburkan peminatnya sahaja. “Lagipun, dia tiada masa untuk membuat kelainan,” ujar Rohila lagi.

Diaju tentang perkembangan Anuar selepas menjayakan konsert ini, Rohila berkata Anuar mempunyai projeknya tersendiri namun tidak boleh diuar-uarkan buat masa ini. “Apa yang saya boleh katakan, dia juga sedang mengumpul lagu untuk album terbarunya yang melibatkan komposer tempatan dan komposer Indonesia. “Kita belum tahu lagi bila dia dapat mengeluarkan album terbarunya sebab Anuar ni jenis selagi tiada lagu dan tidak mencapai sasarannya, selagi itu dia akan menunggu,” ulas Rohila seakan sudah ‘masak’ dengan perangai Anuar.

Saksikan ‘Konsert Lelaki Ini Anuar Zain’ pada esok, 1 Julai hingga 2 Julai di Istana Budaya (IB), pukul 8.30 malam dengan tiket berharga RM25, RM80, RM150, RM180 dan RM150. Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi talian 03-4149 8600, datang sendiri ke kaunter Box-Office di IB atau layari laman web http://www.ticket2u.biz/.

p/s: Lelaki ini yang selalu dipersalahkan...

-cD-

Happy Birthday To You & Me..


Happy Birthday 2 U/Me
Happy Birthday 2 U/Me
Happy Birthday 2 Khai & cD
Happy Birthday 2 U/Me...


Yey... Ari nie 30 Jun 2009, genaplah umur cD & Khai 27 Tahun. Ishhhh da semakin meningkat usia, tapi perangai still cam budak-budak. Apa yang penting kerjasama... ehhh silap, apa yang penting hidup mesti happy & enjoy. Banyak sangat dugaan sepanjang 27 tahun nie, pahit manis kehidupan semuanya telah cD rasai. Segalanya telah cD hadapi dan jadikan ianya pengalaman untuk meniti hari-hari yang mendatang. Alhamdulillah tahun 2009 nie sinar makin bergemerlapan dan cahayanya menerangi kelam kisah 2008, syukur sangat-sangat ke hadrat Illahi atas kurniaannya.

Pagi tadi sebelum keluar rumah, mak peluk dan cium pp cD sambil mengucapkan Selamat ulangtahun Sayang... Ahhh tersentuh sangat, mekacih mak.. Thanks juga pada kekawan yang wish melalui sms dan call Hanie, Dani, Sakura, Adi, Zati, Yanie, Fasha, Abang Epul, Ash, Sue, Kakak, Emy, Shid, Abang Ucen, Nurul, Kak Lily, Kak Ayu & Kak Anum.. Thanks semua, cD cayang Kamoo semua, muahh muahh kat pp.

Thanks ucuk atas nyanyian dan wish secara live tu.. kekekek

p/s: Cintai dan sakiti aku, jika itu mampu membuatmu kembali senyum.. Selamat Ulangtahun cD...

-cD-

Monday, June 29, 2009

Konsert Eksklusif "SATU" Dato' Siti Nurhaliza...

Ahad, 28 Jun 2009
Konsert Eksklusif "SATU" Dato' Siti Nurhaliza
Panggung Sari, Istana Budaya
Kuala Lumpur.

Ermmm comeback ngan story konsert kisahnya.. Semalam cD berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan lagi konsert terakhir Dato' Siti Nurhaliza "SATU" di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Konsert yang berlangsung selama 3 hari itu ternyata gah dan hebat selayak empunya diri yang membuat konsert siapa lagi jikalau bukan penghibur no 1 Malaysia.

Tak banyak yang cD nak storykan, cuma cD boleh katakan berbaloi cD membayar RM180 untuk satu konsert yang cukup ekskusif. Walaupun cD bukanlah fanatik Tok Ti, x semudah itu untuk cD lepaskan peluang menyaksikan konsert eksklusif seperti ini, apatah lagi ianya dilangsungkan di Istana Budaya yang bertaraf antarabangsa. Kalau nak tau ulasan lanjut, padat dan lengkap silalah berkunjung ke blog Nuar segalanya yang perlu kamoo ketahui ada di sana.

p/s: Cintaku bukan diatas kertas, cintaku biarlah menjadi rahsia...

-cD-

Wednesday, June 24, 2009

cD Pasti Kembali...

Bila sendirian fikiran buntu
Mengingati kamoo adakah perlu
Nyata kamoo bukanlah milikku
Hati sayu bertambah pilu

Bila sendirian terasa sendu
Resah gelisah tidak menentu
Bukalah kasih bukakan pintu
cD kembali kerna rindu

Bila sendirian cD sepi
Terkulat-kulat seorang diri
cD janji di saat ini
Comeback seperti yang dijanji

cD pasti kembali...

p/s: cD pasti kembali, hanya waktu bisa merubah segalanya.

-cD-

Happy Birthday Aleya Natasya...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Aleya Natasya
Happy Birthday 2 You

Hari nie 24 Jun 2009, genaplah 4 tahun usia Aleya Natasya, anak buah cD. Aleya Natasya nie merupakan cucu kesayangan mak & abah, maklumlah tinggal ngan atuk dan wan makin menjadi-jadi manjanya. Mak dan abahlah tempat Aleya Natasya bermanja selepas ibunya, selain dari anak tunggal Aleya Natasya nie x de ayah. Cian kan, di usia yang muda dia kehilangan kasih sayang seorang ayah. Kekadang cD sedih gak, cD cuma mampu memberikan yang terbaik dan menjadi seorang pakcik yang boleh membahagiakan Tasya seadanya.

p/s: Cuba memberi dan menjadi yang terbaik untuk diri dan keluarga, terima kasih untuk segalanya...

-cD-

Tuesday, June 23, 2009

Mencari Damai di Hati...

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

p/s: Setinggi dan sejauh mana terbang menggapai awan, daratan juga tetap dirindu... Selebar dan semanis mana senyum diukir, luka dihati terus mengalir.

-cD-

Monday, June 22, 2009

Ada Masanya...

Ada masa yang akan ku fikirkan
Kiranya kau pergi dariku
Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu

Tak sanggup untuk ku bayangkan
Andainya takdir jauhkan kau dariku
Satu yang ku mahu hanyalah kamoo

p/s: Abah dah beransur sembuh, mekacih pada kamoo-kamoo yang sudi bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan abah. Buat abang eQ mekacih atas kunjungan ari tu.

-cD-

Tuesday, June 2, 2009

Abah Masuk Hospital...

Isnin, 1 Jun 2009
5.45 pm - 10.15 pm
Zon Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Semalam kira-kira jam 4.40 pm, cD dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari kakak cD, nada yang dihemburkan nyata cemas dan tidak terkawal. Kak Anum mengarahkan cD segera pulang ke rumah kerana abah diserang sakit jantung dan menyukarkannya untuk bernafas. Lemah seluruh anggota badan dibuatnya bila menerima khabar tersebut, tapi cD gagahkan juga untuk segera pulang ke rumah.

Hampir 3 jam abah ditempatkan di zon kecemasan, denyutkan jantungnya akan diperiksa setiap 30 minit. Sedih melihat keadaan abah ketika ini, sudahlah bernafas dengan bantuan oksigen... kiri kanan salur nadinya pula disuntik untuk mendapatkan darahnya bagi pemeriksaan lanjut. Bayangkan bagaimana tubuh tua tersebut menghadapi semua ini... mengalir juga air mata cD... Dr mengesahkan yang jantung abah bengkak dan dimasuki air, cemas juga dibuatnya tapi Alhamdulillah setelah hampir 3 jam keadaan abah mula stabil. Abah kemudiannya dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya, Dr perlu memasukkan ubat lawas kencing ke dalam saluran darah abah supaya air yang berlebihan dapat dikeluarkan.

Buat kamoo semua, cD bukanlah menagih simpati... cuma mengharapkan kamoo semua bersama-sama mendoakan kesejahteraan abah cD. Moga-moga berkat doa kamoo semua, abah cD mampu sembuh dan pulih dengan seberapa segera. Amin...

p/s: Apa yang menakutkan, abah menghidap penyakit 3 serangkai... Jantung, darah tinggi dan kencing manis... penyakit-penyakit ini juga telah disahkan adalah penyakit keturunan, Ya Allah lindungilah hambamu ini dari segala bala penyakit... Amin.

-cD-

Monday, June 1, 2009

Menunggu Esok Kembali...

Tiap saat dan waktu berlalu
Ku hitung tanpa rasa jemu
Hingga hari esok kembali lagi...

p/s: Hari ini aku sendiri, esok belum pasti... kerana esok pasti kembali lagi.

-cD-